Corak bekerja hybrid menjadi pilihan  pekerja dalam membuat keputusan untuk bekerja dengan sesuatu syarikat. Atas faktor itu, ramai majikan mula menawarkan waktu kerja fleksibel atau kerja dari rumah (WFH) untuk memikat pekerja untuk bekerja dengan syarikat.

Namun, waktu kerja fleksibel dan kerja dari rumah (WFH) yang sering kelihatan serupa ini sebenarnya berbeza kerana satu melibatkan undang-undang buruh di Malaysia manakala satu lagi tertakluk pada polisi sesuatu syarikat.

Perbezaan Waktu Kerja Flesibel dan WFH

Waktu kerja fleksibel merujuk kepada kebebasan mengubah jam mula dan tamat kerja, selagi jumlah jam mingguan, maksimum 45 jam dipenuhi. Ia termasuk dalam Aturan Kerja Fleksibel (AKF) di bawah Seksyen 60P Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022), di mana pekerja boleh mohon secara bertulis untuk ubah:

  • Waktu
  • Hari
  • tempat kerja
  • Atau ketiga-tiganya

Sebaliknya, WFH adalah bentuk tempat kerja fleksibel sepenuhnya, membolehkan kerja dari rumah atau lokasi lain, tanpa mengubah jam tetap walaupun ada sesetengah boleh digabung dengan fleksibiliti waktu.

Contoh Perbezaan Waktu Kerja Fleksibel dan WFH

Bayangkan anda seorang ibu tunggal.

  • Waktu kerja fleksibel membolehkan anda masuk pejabat lewat pagi (contohnya jam 11 pagi) untuk menghantar anak ke sekolah, tetapi masih perlu berada di pejabat sehingga lewat petang.
  • WFH pula membolehkan anda kekal berada di rumah, tapi jam bekerja, contohnya 9 pagi–5 petang, adalah tetap. 

Dari segi persamaan pula, kedua-duanya meningkatkan work-life balance, mengurangkan tekanan dan memacu produktiviti.

Hak Pekerja dan Majikan

Pekerja boleh mohon AKF secara bertulis di mana majikan mesti balas dalam 60 hari, dengan alasan munasabah jika menolaknya. Selain itu, majikan juga boleh tetapkan syarat seperti laporan harian atau elaun internet untuk WFH, tapi tak boleh kurangkan gaji atau bonus sedia ada. Jika berlaku penolakan tanpa alasan, pekerja boleh buat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Bagi WFH pula, situasinya sama iaitu ia berdasarkan polisi syarikat. Maka di sini majikan boleh tetapkan hari, tempoh dan cara laporan pekerjaan. Tetapi satu perkara yang pasti majikan tidak dibenarkan untuk memotong gaji kerana bekerja tidak berada dalam pejabat.

Kelebihan dan Cabaran

Salah satu kelebihan corak bekerja hybrid ini ialah ia dapat meningkatkan motivasi dan mengurangkan kadar berhenti (turnover). Apabila pekerja berasa selesa untuk bekerja, maka ia secara tidak langsung menyingkirkan perasaan negatif dalam pekerjaan.

Dari sisi syarikat pula, corak bekerja hybrid ini terbukti dapat menjimatkan kos yang ditanggung seperti bayaran bil atau bayaran sewa pejabat.

Namun, cabaran utama yang menjadi penghalang corak bekerja hybrid dilaksanakan sepenuhnya adalah masalah komunikasi. Para majikan perlu memilih medium komunikasi yang betul untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Cara Mohon dan Tips

Untuk memohon AKF, prosedurnya telah dijelaskan dalam buku akta.

  • Tulis permohonan dengan menyatakan bentuk (waktu/hari/tempat), alasan kukuh (contohnya untuk menjaga anak sakit), dan tempoh.
  • Tunggu balasan 60 hari.
  • Jika lulus, patuhi syarat yang ditetapkan.​

Baca juga: Wujudkah Aturan Kerja Fleksibel di Malaysia?

Kesimpulannya, walaupun waktu kerja flesible dan wfh jatuh dalam kategori sama iaitu kerja hybrid, namun terdapat perbezaan cara perlaksanaan, permohonan, dan bagaimana ia berfungsi.

Penting untuk anda kenal pasti corak mana yang sesuai dengan gerak kerja syarikat sebelum memperkenalkannya. Pekerja juga perlu manfaatkan kelebihan corak bekerja hybrid ini sebaik mungkin dan jangan ambil kesempatan atas kelebihan yang diberikan.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Cara Masukkan ‘Skill’ dengan Betul dalam ResumeUmum

Cara Masukkan ‘Skill’ dengan Betul dalam Resume

Zahin ByondZahin ByondMay 4, 2026
Boleh Ke Majikan Tahan (Hold) Gaji Pekerja Nak Berhenti?Umum

Boleh Ke Majikan Tahan (Hold) Gaji Pekerja Nak Berhenti?

Zahin ByondZahin ByondMay 6, 2026
sebab-sebab pekerja boleh dipecat
3 Sebab Utama Pekerja Boleh DiberhentikanUmum

3 Sebab Utama Pekerja Boleh Diberhentikan

Zahin ByondZahin ByondApril 22, 2026

Leave a Reply