Adakah anda seorang majikan di Malaysia yang keliru tentang kewajipan membayar cukai HRDF? Ramai majikan dan pemilik syarikat masih tertanya-tanya sama ada mereka perlu mendaftar dengan HRD Corp (Human Resource Development Corporation) dan membayar levi HRDF atau tidak.
Artikel ini akan jawab semua persoalan daripada kewajiban pembayaran hinggalah cara membuat tuntutan latihan yang boleh kurangkan kos syarikat anda.
Apa Itu Cukai/ Levi HRDF?
Cukai HRDF (Human Resource Development Fund) atau Levi Pembangunan Sumber Manusia adalah kutipan wajib bagi majikan di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001.
Dana ini digunakan untuk:
- Latihan & peningkatan kemahiran pekerja
- Program pembangunan tenaga kerja
- Insentif kepada syarikat yang melatih pekerja
Apa Beza HRDF dengan HRDC?
Sebelum kita teruskan, penting untuk tahu bahawa HRDF (Human Resources Development Fund) dani HRDCorp (Pembangunan Sumber Manusia Berhad) adalah sama. Ia cuma dijenamakan semula sejak 2021, fungsi dan cara tuntutannya masih masa.
Adakah Cukai HRDF Wajib Dibayar?
Ya, jika syarikat anda memenuhi syarat berikut:
- Mempunyai 10 atau lebih pekerja (termasuk pekerja tempatan & asing)
- Beroperasi dalam sektor wajib berdaftar (contoh: Pembuatan, Perkhidmatan, Pelancongan)
Tidak wajib atau pilihan jika:
- Syarikat mempunyai kurang dari 10 pekerja
- Beroperasi dalam sektor yang tidak tersenarai (contoh: Pertanian, Pendidikan swasta)
Cara Pengiraan Cukai HRDF
Levi HRDF dikira sebagai 1% daripada gaji bulanan pekerja.
- Contoh Pengiraan:
- Jumlah gaji pekerja: RM50,000 sebulan
- Cukai HRDF (1%) = RM50,000 x 1% = RM500/bulan
Penting: Gaji termasuk upah asas, OT, dan elaun tetap.
Akibat Tidak Membayar Cukai HRDF
Sekiranya syarikat wajib berdaftar tetapi enggan membayar levi HRDF, mereka boleh:
- Didenda sehingga RM10,000
- Dikenakan tindakan undang-undang
- Tidak boleh membuat tuntutan dana latihan
Bagaimana Mendaftar & Membayar Cukai HRDF?
- Daftar secara online di portal HRD Corp.
- Bayar levi setiap bulan melalui FPX, bank, atau cek.
- Simpan resit untuk proses tuntutan latihan.
Baca juga: Pendaftaran HRDF/HRDC: Cara Mendaftar
Cukai HRDF adalah wajib bagi syarikat yang memenuhi syarat. Pembayarannya membantu meningkatkan kemahiran pekerja dan memberi manfaat jangka panjang kepada perniagaan.
Jika anda sedang mencari kursus-kursus HRDF claimable, anda boleh dapatkannya di MySyarikat Academy. Terdapat pelbagai kursus HRDF training yang dijamin dapat membantu syarikat anda menghasilkan pekerja yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
