Skip to main content

Umumnya, KWSP (atau dalam bahasa Inggeris Employees Provident Fund [EPF]) termasuk PERKESO (juga turut dikenali sebagai SOCSO) dan EIS adalah sebahagian daripada hak-hak pekerja seperti yang tertulis pada Akta Kerja 1955.

Oleh itu, anda pasti akan dapati bahawa setiap bulan sejumlah kecil gaji akan dipotong dan dimasukkan ke EPF, SOCSO dan EIS. Potongan-potongan yang juga dipanggil sebagai ‘caruman’ ini boleh anda lihat sendiri pada slip gaji yang diterima.

Tetapi tahukah anda bahawa jika dikira caruman-caruman tersebut menggunakan kalkulator, jumlah yang tertera mungkin tidak akan sama? Hal ini kerana jumlah kadar caruman setiap orang berbeza mengikut tangga gaji, semakin tinggi gaji maka semakin tinggi caruman.

Jadi bagi menyelesaikan masalah perbezaan tersebut KWSP dan PERKESO mengeluarkan jadual kadar caruman mereka sendiri. Anda boleh semak berapa kadar caruman bagi pihak pekerja dan pihak majikan pada jadual yang dibentangkan di bawah. 

Jadual Ketiga KWSP

Secara asasnya kadar caruman bulanan EPF bagi pihak pekerja adalah 11% sementara bagi pihak majikan pula adalah sebanyak 13%. Ini membawa jumlah keseluruhan kadar caruman EPF bulanan yang perlu dibuat adalah sebanyak 23%.

Perkara ini bukan direka tetapi telah ditetapkan sendiri oleh pihak KWSP pada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. Pada Seksyen 43 dan 44A akta tersebut, jumlah kadar caruman telah dibentangkan dalam bentuk jadual dan dipanggil sebagai Jadual Ketiga.

Anda boleh cuba buat pengiraan secara sendiri menggunakan kalkulator dengan darab jumlah kadar caruman pekerja atau majikan bersama gaji pokok yang diterima setiap bulan.

Akta 4 PERKESO

Untuk pengiraan kadar caruman SOCSO pula ia bergantung kepada penetapan pada Kadar Caruman Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4). Berbeza dengan EPF di atas yang mana anda masih boleh kira dengan sendirinya, SOCSO perlu dirujuk pada jadual caruman.

Penting juga dimaklumkan bahawa terdapat 2 jenis caruman untuk SOCSO iaitu Jenis Pertama (Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan) dan Jenis Kedua (Skim Bencana Pekerjaan). Bagi jenis pertama ia terbahagi kepada syer pekerja dan syer majikan, sementara jenis kedua hanya memerlukan syer majikan sahaja.

Kadar Caruman EIS

Bagi mengira kadar caruman EIS pula ia ditentukan kepada peratusan yang ditetapkan pada Jadual Kedua Seksyen 18, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Tetapi anda juga masih boleh mengiranya secara sendiri dengan darabkan gaji bulanan bersama kadar syer 0.2%.

Suka dimaklumkan bahawa syer caruman untuk EIS bagi pihak pekerja dan majikan adalah sama iaitu 0.2%.

Uruskan Caruman KWSP, PERKESO dan SIP Dengan MySyarikat!

Memang tidak boleh dinafikan membuat caruman EPF, SOCSO dan EIS ini perkara wajib terutama kepada semua pekerja yang bekerja dalam sektor swasta. Kegagalan untuk mana-mana pihak membuat caruman boleh dikenakan denda atau penjara. Harapnya perkara ini tidak diambil mudah oleh mana-mana pihak.

Dalam pada itu, pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju. Berita baik kepada semua, aplikasi superMySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan oleh sistem MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Bagi menyelesaikan caruman-caruman wajib ini fungsi Secured Payroll -MySyarikat mampu menyelaraskan segala potongan wajib dengan gaji bulanan pada sekali tetapan sahaja. Kini tiada lagi kebimbangan masalah gaji pekerja masuk lambat dengan MySyarikat!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

One Comment

Leave a Reply