Apabila kita bercakap tentang cuti yang layak pekerja dapat, ramai di antara kita hanya tahu mengenai cuti tahunan, cuti sakit, dan cuti bersalin yang tertakluk di bawah Akta Kerja 1955.
Tetapi tahukah anda, terdapat banyak cuti lain yang tidak dinyatakan secara langsung dalam undang-undang kerja, tetapi diberikan atas budi bicara/ polisi majikan? Artikel kali ini akan menerangkan jenis-jenis cuti tersebut dan hak pekerja serta majikan berkaitannya.
Apa Itu Cuti Khas?
Cuti khas merujuk kepada cuti tambahan yang diberikan oleh majikan berdasarkan polisi diamalkan syarikat atau mengikut keperluan tertentu pekerja. Ia tidak diwajibkan oleh undang-undang, tetapi ramai majikan di Malaysia menawarkan cuti-cuti ini sebagai faedah tambahan untuk menarik dan mengekalkan pekerja.
Walaupun tidak semua syarikat menyediakan cuti khas, trend ini semakin popular, terutamanya di kalangan syarikat yang mementingkan keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance).
Jenis-Jenis Cuti Khas yang Popular
- Cuti Hari Lahir
Ada sesetengah syarikat menawarkan cuti khas sehari sempena hari lahir pekerja. Ini adalah cara unik untuk menghargai pekerja, memberi mereka peluang untuk meraikan hari istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan.
- Cuti Perkahwinan
Bagi pekerja yang ingin melangsungkan perkahwinan, sesetengah majikan biasannya memberikan cuti tambahan antara 2 hingga 5 hari. Cuti ini adalah untuk membantu pekerja menguruskan perkahwinan tanpa perlu menggunakan cuti tahunan mereka.
- Cuti Khas Ibu Bapa
Sesetengah syarikat turut menawarkan cuti khas kepada ibu bapa yang memiliki anak. Cuti ini juga dilihat semakin relevan dan menjadi trend dalam kalangan ibu bapa yang bekerja pada zaman kini.
- Cuti menjaga anak sakit: Beberapa syarikat memberikan cuti khas sekiranya anak pekerja sakit.
- Cuti hari pertama persekolahan: Untuk ibu bapa yang ingin menemani anak mereka ke sekolah pada hari pertama.
- Cuti Kematian Ahli Keluarga
Cuti ini juga dikenali sebagai cuti berkabung (bereavement leave) oleh sesetengah syarikat. Ia diberikan kepada pekerja yang kehilangan ahli keluarga terdekat, seperti ibu bapa, pasangan, atau anak-anak. Bergantung kepada polisi syarikat, biasannya antara 1 hingga 3 hari.
- Cuti Kecemasan
Cuti ini hanya diberikan sekiranya berlaku kejadian tidak dijangka, seperti bencana alam, kemalangan, atau kecemasan peribadi lain. Walaupun ia jarang ditawarkan, majikan yang menyediakannya menunjukkan tahap empati yang tinggi.
Hak Pekerja dan Majikan Untuk Cuti Khas
Untuk mengetahui sama ada anda layak memohon cuti-cuti khas ini, periksa polisi syarikat atau rujuk kepada bahagian sumber manusia (HR). Kebanyakan cuti khas tidak diberikan secara automatik dan perlu dimohon terlebih dahulu.
Perlu diingatkan di sini walaupun cuti khas ini tidak diwajibkan oleh Akta Kerja, ia merupakan nilai tambah yang sangat dihargai oleh pekerja. Dalam dunia pekerjaan yang serba kompetitif, syarikat yang menyediakan cuti khas ini bukan sahaja dapat menjaga kebajikan pekerja, tetapi juga membina imej positif sebagai majikan yang peduli.
Jadi, jika syarikat anda menawarkan cuti-cuti ini, jangan segan untuk memanfaatkan peluang tersebut! Jika tiada, mungkin kerana syarikat tidak mengamalkan polisi sedemikian dan ia merupakan hak majikan untuk memberinya atau tidak.
Pengurusan Cuti Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis cuti pekerja terutamanya cuti khas yang tiada dalam Akta Kerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah faham, rekod yang bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasi rekod cuti pekerja: Semua cuti (termasuk cuti khas) direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan permohonan cuti secara online: Pekerja boleh memohon cuti terus dari aplikasi, dan majikan dapat meluluskannya dengan satu klik.
- Menyesuaikan polisi cuti: Sistem fleksibel untuk menambah atau mengubah jenis cuti mengikut keperluan syarikat.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk akses PERCUMA sistem MySyarikat sekarang!