Skip to main content

Istilah keseimbangan hidup dan kerja (work-life balance) sememangnya sangat tidak asing dalam dunia pekerjaan. Terutamanya bagi mereka yang datang dari Generasi Z, work-life balance adalah salah satu faktor yang diambil kira sebelum mula bekerja selain dari gaji.

Malah, rata-rata pekerja dari generasi terdahulu juga sudah mula mengutamakan dan mengamalkan work-life balance lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga. Mencapai keseimbangan kehidupan dan pekerjaan ini turut membantu mencegah masalah kesihatan mental.

Apa Itu Work-Life Balance?

Pada definisinya work-life balance adalah mencapai keseimbangan diantara bekerja dan menikmati kehidupan. Ia berkait rapat dengan menjaga hubungan yang harmoni antara kesibukan melakukan kerja dan menjalani kehidupan peribadi yang sihat.

Mudah kata work-life balance adalah apabila seseorang individu itu berjaya menguruskan masa dan tenaganya untuk memnuhi komitmen profesional dan dalam masa yang sama mengutamakan penjagaan diri serta kesejahteraan kehidupan peribadi.

 Sebenarnya definisi work-life balance berbeza untuk setiap individu. Hal ini kerana cara setiap individu melihat dan mengutamakan keseimbangan tidak pernah sama. Namun, ciri-ciri asas yang menerangkan bagaimana cara work-life balance berfungsi adalah seperti berikut:

  • Tetapkan Keseimbangan : mewujudkan pemisahan antara waktu bekerja dan aktiviti kehidupan peribadi 
  • Pengurusan Masa : membahagikan masa mengikut keutamaan diantara tugasan kerja dan hobi serta masa untuk keluarga
  • Pengurusan Tekanan : melaksanakan strategi untuk menguruskan tekanan di tempat kerja dan dalam kehidupan peribadi
  • Fleksibiliti : kemampuan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi tanpa menjejaskan mana-mana komitmen kerja atau kehidupan peribadi

Kepentingan Work-Life Balance

Seperti dikatakan pada awal tadi mengamalkan work-life balance sangat penting dalam mencegah masalah kesihatan mental. Apabila emosi seseorang berada dalam keadaan stabil ia boleh membantu mencegah pelbagai masalah kesihatan termasuk keadaan mental.

Menurut kajian yang dilakukan juga mereka yang berjaya mengamalkan work-life balance dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan seperti,

  1. Kemurungan
  2. Berat Badan
  3. Diabetes
  4. Penyakit Jantung
  5. Pelupa 
  6. Kelesuan
  7. Burnout

Cara Amalkan Work-Life Balance

Setiap individu memiliki cara berbeza untuk amalkan work-life balance. Tiada satu cara yang pasti tetapi senarai di bawah adalah berdasarkan kajian yang disyorkan pengamal perubatan bagi mengurangkan masalah kesihatan dan meningkatkan keseimbangan hidup-kerja.

Ini adalah beberapa cadangan cara mengamalkan work-life balance yang boleh dibuat oleh pekerja.

  • Utamakan Keperluan

Dalam mengamalkan keseimbangan, penting untuk setiap individu mengutamakan keperluan semasa. Contohnya, apabila terdapat tugasan penting yang perlu diselesaikan dengan segera maka pekerja dinasihatkan untuk lakukannya terlebih dahulu.

  • Ambil Masa Rehat dan Rawat

Perkara paling penting yang pekerja perlu pertimbangkan dalam mengamalkan work-life balance adalah untuk mengambil masa rehat dan rawat. Jangan sesekali melakukan tugasan ketika berada dalam tekanan kerana ia akan memberi kesan kepada kualiti kerja.

  • Gaji Setimpal Dengan Bebanan Kerja

Tidak boleh dinafikan gaji memainkan peranan utama kepada pekerja. Jadi dengan mencari kerja yang mampu membayar jumlah gaji yang setimpal dengan bebanan kerja dapat memberikan keseimbangan hidup-kerja dimahukan.

  • Buat Rancangan

Untuk memastikan kesimbangan boleh dicapai penting untuk membuat perancangan yang rapi dan jelas. Apabila terdapat rancangan ia boleh memudahkan pekerja rancang antara kerja dan kehidupan peribadi.

  • Lakukan Aktiviti Sosial

Melakukan aktiviti sosial juga sangat penting dalam mengimbangi kehidupan dan pekerjaan. Hal ini kerana aktiviti sosial dapat membantu pekerja untuk berehat daripada bebanan kerja sementara.

Wujudkan Persekitaran Kerja Yang Seimbang Dengan MySyarikat 

Adakah anda alami masalah pengurusan pekerja kerana persekitaran kerja yang kurang kondusif? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk lancarkan pengurusan dan cipta persekitaran yang seimbang dengan MySyarikat!

MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply