Tahukah anda, selain cuti sakit, terdapat satu lagi cuti yang dibenarkan untuk diambil oleh pekerja tanpa perlu memberikan pemberitahuan awal kepada majikan? Cuti tersebut tidak lain tidak bukan adalah Cuti Kecemasan atau Emergency Leave (EL).
Menariknya, walaupun cuti ini tidak dinyatakan dalam undang-undang kerja negara iaitu Akta Kerja 1955, tetapi terdapat beberapa syarikat di Malaysia yang menawarkannya sebagai sebahagian daripada cuti untuk pekerja.
Oleh itu, artikel ini akan menerangkan tentang Emergency Leave dan bagaimana untuk memohon serta bagaimana untuk majikan mengamalkannya dalam polisi syarikat.
Apa Itu Emergency Leave?
Emergency leave adalah satu cuti khas yang boleh dipohon oleh pekerja atas sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan seperti berlaku kematian ahli keluarga, kecederaan dan penyakit, bencana alam atau sebarang kejadian menimpa yang menyukarkan pekerja hadir ke pejabat.
Dalam kebanyakan kes Emergency Leave ini hanya boleh dimohon pada hari kejadian, dan bergantung kepada polisi syarikat, ia boleh dianggap sebahagian daripada Cuti Sakit Berbayar atau Cuti Tanpa Bayaran (Unpaid Leave).
Prosedur untuk memohon Emergency Leave ini juga bergantung sepenuhnya kepada dasar syarikat. Ada sesetengah syarikat menerima alasan yang diberikan pekerja tanpa kemukakan sebarang bukti dan ada yang memerlukan bukti bersurat.
Penting: Seperti namanya Emergency Leave ini hanya boleh digunakan apabila berlaku kecemasan yang tidak dapat dielakkan sahaja. Ini bermakna pekerja tidak boleh memohonnya sesuka hati.
Status Emergency Leave
Perlu difahamkan di sini Emergency Leave tidak dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Jadi ada sesetengah syarikat tidak mengiktiraf Emergency Leave dan menganggap statusnya sama seperti MC atau Unpaid Leave.
Bagi syarikat yang mengamalkan Emergency Leave pula selalunya pekerja perlu kemukakan bukti sama ada dokumen kematian atau surat tunjuk sebab untuk melayakkan cuti tersebut diterima dan dibayar gaji.
Antara sebab yang membolehkan Emergency Leave diterima berdasarkan syarikat yang ada polisi tersebut adalah,
- Penyakit teruk atau kecederaan serius yang menimpa diri atau ahli keluarga pekerja
- Kematian ahli keluarga pekerja
- Perjalanan yang tidak dijangka akibat kecemasan keluarga
- Bencana alam atau kecemasan lain
- Perkhidmatan atau penempatan tentera
- Hadiri persidangan mahkamah atau bertugas sebagai juri
- Keadaan yang tidak dijangka dan memerlukan perhatian segera
- Mengalami masalah kesihatan mental atau perubatan yang menyukarkan pekerja hadir ke pejabat
Walaupun sebab-sebab di atas kelihatan sama dengan sebab yang membolehkan pekerja memohon Cuti Sakit, perlu diingatkan bahawa untuk mohon cuti sakit pekerja perlu dapatkan MC daripada pegawai kesihatan berdaftar.
Bagaimana Untuk Menetapkan Polisi Emergency Leave?
Sekali lagi diingatkan polisi Emergency Leave bergantung sepenuhnya kepada budi bicara syarikat. Ada syarikat yang masih bayar pekerja ketika Emergency Leave dan ada yang tidak. Jadinya penting untuk anda kenal pasti polisi mana yang diamalkan oleh syarikat sebelum buat permohonan.
Tempoh masa untuk pekerja ambil Emergency Leave juga berbeza dan bergantung dengan polisi syarikat. Ada yang mungkin beri kebenaran untuk ambil cuti selama 3 hari bagi menguruskan masalah dan ada yang beri 1 hari sahaja.
Bagi kes kematian, biasanya pekerja akan dibenarkan mengambil 1 hari Emergency Leave dan untuk hari cuti seterusnya ia akan ditolak dari kuota Cuti Tahunan.
Sebagai seorang majikan yang berdepan dengan pekerja yang mohon Emergency Leave, anda mungkin perlu menerapkan polisi yang jelas untuk memudahkan pekerja. Perlu diingatkan bahawa polisi yang diterapkan adalah untuk kebaikan syarikat, maka ia perlu adil dan seimbang.
Selain itu, pekerja perlu maklum bahawa Emergency Leave tidak boleh melebihi dua hari berturut-turut tanpa kebenaran lanjut. Ini kerana mengikut Seksyen 15, Akta Kerja 1955 menyatakan jika pekerja tidak hadir melebihi 2 hari maka pekerja tu telah melanggar kontrak kerja.
Baca juga: Panduan Emergency Leave Pekerja di Malaysia
Kesimpulannya, Emergency Leave bukanlah cuti yang diwajibkan oleh undang-undang tetapi boleh diberikan atas budi bicara majikan. Jika diamalkan maka penting untuk tetapkan garis panduan betul dan nyatakannya dalam kontrak kerja. Jika tidak maka pekerja perlu menolak cuti daripada Cuti Tahunan atau Cuti Sakit.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!








Kalau EL kene ganti hours balik tk yang tk cukup tu?
EL akan ditolak pada gaji berdasarkan jumlah hari pekerja bekerja sahaja.
adakah salah jika majikan menganggap pekerja EL lebih 2 hari sebulan tidak berturut-turut sebagai kerap EL dan memberi surat AMARAN pada pekerja?
EL tidak dinyatakan dalam Akta Kerja. Ia adalah berdasarkan polisi syarikat jadi untuk kes ini adalah dinasihatkan untuk lihat sebab EL diambil dan bukti yang dikemukakan untuk cuti tersebut.
RMacam mana kalau saya ambil EL, saya dh kemukakan bukti yg kukuh …(bencana alam) Majikan tetap kira tu unpaid leave….dan gaji dipotong ….jadi persoalan saya skrg ,kalau ada emergency kes kira unpaid leave laaa cuti tak berbayar ??
Emergency leave tiada disebut dalam Akta Kerja, ia berdasarkan polisi syrikat itu sendiri ya.
Saya apply untuk EL atas urusan keluarga.. setahu saya, utk company saya bekerja, jika apply EL, allowance kedatangan akan ditolak tetapi tidak ganggu AL.. tapi dalam kes saya, allowance kedatangan ditolak, AL saya juga ditolak.. Boleh beri penjelasan samada tindakan dari company saya ini wajar atau tidak?
EL adalah berdasarkan polisi syarikat semata-mata. Jadi untuk kes ini adalah dinasihatkan untuk rujuk HR dan semak kontrak kerja yang dipersetujui sebelum ini.