Skip to main content

Selalunya syarikat akan pasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan menjaga premis dan mencegah kes kecurian daripada berlaku. Namun perbuatan memasang CCTV untuk memantau pekerja di pejabat boleh jatuh dalam kategori kesalahan etika.

Pemasangan CCTV di premis untuk memantau pekerja buat kerja sebenarnya bukan perkara baru, malah sesetengah majikan anggap tindakan ini boleh bantu cegah kes curi tulang. Namun, ia boleh jadi kesalahan etika jika mencetus rasa tidak selesa para pekerja. 

Lebih merisaukan apabila ada sesetengah majikan mungkin memasang alat penjejak (GPS) bagi memantau pergerakan pekerja semasa cuti. Ini merupakan salah satu sifat micromanaging dan kesalahan etika yang sangat besar.

Undang-Undang Pemasangan CCTV di Pejabat

Menurut garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia, majikan dibenarkan untuk memasang CCTV di premis bagi tujuan ‘mengesan dan mencegah jenayah’ sahaja dan tidak boleh digunakan untuk ‘memantau pergerakan pekerja’.

Maksud mudahnya di sini majikan ada hak untuk memerhatikan pergerakan keluar masuk semua orang dalam syarikat, namun ia tidak boleh disalah guna bagi memantau pekerja melakukan tugasan dan sebagainya.

Terdapat satu garis halus yang perlu difahamkan di sini, pergerakan keluar masuk tersebut merujuk kepada pencegahan jenayah, sementara memantau pekerja didefinisikan sebagai tindakan memerhatikan gerak geri pekerja tanpa pengetahuan mereka.

Jadi berdasarkan penetapan di atas, boleh disimpulkan juga bahawa tindakan majikan untuk memasang GPS bagi memantau pergerakan pekerja adalah satu kesalahan besar yang melanggar etika dan hak privasi individu.

Ini termasuk perbuatan merekod perbualan telefon, godam (hack) komputer, lihat rekod laman sesawang dan menggunakan spyware terhadap pekerja adalah kesalahan yang membolehkan majikan didakwa.

Hak Perlindungan Privasi di Pekerja

Apabila dilihat pada undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan tidak disebutkan tentang perlindungan hak privasi. Berbeza dengan negara lain yang mempunyai akta privasi, di Malaysia tidak diperuntukan perundangan mengenainya secara terus.

Tetapi menerusi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, hak privasi seseorang itu terbela. Sungguhpun perundangan tersebut berfokuskan kepada data pengguna, bergantung kepada situasi ia boleh digunakan untuk menegakkan hak privasi pekerja.

Contohnya dalam kes majikan guna GPS untuk jejak pekerja, ia boleh dianggap melanggar privasi jika data penjejak tersebut disalah guna seperti dijual ke pihak ketiga. Atau pada kes menggunakan spyware ia terang-terang kesalahan menceroboh data privasi pekerja.

Selain itu, privasi pekerja juga selalunya dilindungi oleh non-disclosure agreement yang memastikan sebarang data yang diberi kepada majikan tidak didedahkan kepada mana-mana pihak tanpa pengetahuan.

Solusi Masalah Privasi Yang Majikan Boleh Amalkan

Seperti dikatakan awal tadi, penggunaan CCTV di premis atau tempat kerja bukan perkara baru dan sangat diperlukan bagi menjaga keselamatan semua orang. Akan tetapi majikan tidak boleh salah guna CCTV untuk pantau pergerakan atau prestasi pekerja.

Sebaliknya cara terbaik untuk majikan mengukur prestasi pekerja secara beretika adalah dengan,

  • Menilai prestasi melalui KPI yang ditetapkan
  • Menilai prestasi melalui hasil kerja ditunjukkan
  • Memberi kepercayaan kepada pekerja
  • Menjaga hak pekerja untuk privasi

Kesimpulannya, pekerja dan majikan perlu memahami hak privasi masing-masing sungguhpun tiada penetapan undang-undang khas untuknya. Ketiadaan peraturan tidak bermakna majikan boleh menceroboh hak privasi pekerja dan begitu sebaliknya.

Setiap pihak perlu saling menghormati dan tanamkan kepercayaan antara satu sama lain dalam mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif, selesa dan adil.

MySyarikat – Pengurusan Pekerja Yang Efektif

Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju. 

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Bagi syarikat yang berdepan masalah komunikasi antara pekerja dan pihak pengurusan, fungsi Smart Announcement – MySyarikat dapat melancarkan proses membuat pengumuman bagi meningkatkan komunikasi dengan sekali tetapan sahaja!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma! 

Umum

Fahami Konsep Work-Life Balance

Zahin ByondZahin ByondMarch 25, 2024

Leave a Reply