Skip to main content

Selain daripada caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pekerja juga perlu membuat caruman dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Skim Perlindungan Pekerja (SIP) pada gaji bulanan yang diterima.

Tujuan caruman ini dibuat adalah sebagai persediaan bantuan dari segi perubatan termasuk kewangan kepada pekerja (ahli PERKESO) yang mengalami kemalangan atau jatuh sakit sehingga mengehadkan untuk bekerja.

Ini bermakna liputan perlindungan bagi perkhidmatan yang ditawarkan PERKESO merangkumi segala keperluan bantuan pekerjaan termasuk jika ahlinya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.

Liputan Perlindungan Bantuan PERKESO

Penetapan mengenai kewajipan pekerja untuk mencarum dalam PERKESO telah digariskan dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja (1969) dan Peraturan-Peraturan Am Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Satu fakta menarik tentang caruman PERKESO adalah mengikut Akta PERKESO (Akta 4) semua pekerja yang bekerja di Malaysia, tidak kira sama ada warganegara atau warga asing layak dapat perlindungan jika didaftarkan sebagai ahli.

Ini bermakna tanpa mengira status kewarganegaraan pekerja itu selagi mereka bekerja di dalam Malaysia, maka majikan wajib untuk memdaftarkan pekerja dan seterusnya mencarum kepada PERKESO setiap bulan.

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan PERKESO kepada pekerja adalah seperti berikut. Rujukan lanjut boleh dibuat pada portal rasmi PERKESO.

  • Perlindungan
    • Pekerja Bermajikan
    • Pekerja Asing
    • Pekerja Domestik
    • Pekerjaan Sendiri
    • Suri Rumah
    • Insurans Pekerjaan
  • Perubatan dan Pemulihan
    • Pusat Rehabilitasi
    • Return to Work
    • Klinik Panel
    • Pusat Dialisis
    • Saringan Kesihatan (SEHATi)

Selain daripada perkhidmatan-perkhidmatan di atas, PERKESO juga turut menawarkan beberapa skim perlindungan seperti

  1. Skim Keselamatan Sosial Pekerja Bermajikan
  2. Sistem Insurans Pekerja (SIP)
  3. Skim Bencana Pekerjaan 
    1. Faedah Perubatan
    2. Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)
    3. Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)
    4. Elaun Layanan Sentiasa
    5. Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional
    6. Faedah Orang Tanggungan (FOT)
    7. Faedah Pengurusan Mayat
    8. Faedah Pendidikan
  4. Skim Keitatan

Khairat Kematian PERKESO

Jika diperhatikan antara skim-skim yang ditawarkan PERKESO di atas adalah Faedah Orang Tanggungan (FOT) dan Faedah Pengurusan Mayat. Faedah ini memberi fokus untuk membantu pekerja yang meninggal dunia serta tanggungannya.

Ringkasan untuk Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Orang Tanggungan adalah seperti berikut:

  • Faedah Pengurusan Mayat

Pemberian bantuan kewangan sebanyak RM2,000 kepada pekerja yang meninggal dunia akibat daripada bendaca kerja tau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal. Pembayaran wang ini akan dibuat kepada waris-waris yang layak dan sekiranya tiada waris pembayaran akan dibuat kepada pihak yang menanggung perbelanjaan pengebumian.

  • Faedah Orang Tanggungan 

Waris atau tanggungan pekerja yang meninggal dunia akibat bencana pekerjaan layak menerima faedah bayaran pada kadar harian 90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja, tertakluk kepada kadar minimum RM30 sehari dan maksimum RM118.50 sehari.

Orang tanggungan dan syer kadar harian adalah mengikut keutamaan seeprti berikut

  • Balu atau Duda : syer kadar harian sebanyak 3/5 meskipun balu atau duda berkahwin semula
  • Anak/ Anak Tiri yang disara/ Anak angkat/ Anak tidak sah taraf : syer kadar harian sebanyak 2/5 sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal)
  • Ibu Bapa : syer kadar harian sebanyak 4/10 untuk seumur hidup
  • Adik-beradik : syer kadar harian sebanyak 3/10 sehingga umur 21 atahun atau berkahwin (mana yang lebih awal)
  • Datuk atau nenek : syer kadar harian sebanyak 4/10 untuk seumur hidup

Bagi tujuan permohonan Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Orang Tanggungan ini, waris atau tanggungan pekerja boleh layari laman rasmi PERKESO. Muat turun borang permohonan Senarai Semak Dokumen Tuntutan Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Orang Tanggungan.

Kemudian lengkapkan maklumat borang dengan menyertakan dokumen sokongan seperti perakuan kematian sebelum menghantarnya ke PERKESO melalui atas talian atau ke cawangan berdekatan.

Selaraskan Caruman PERKESO Kini Lebih Mudah Dengan MySyarikat 

Adakah anda alami masalah pengurusan seperti menyelaraskan semua caruman-caruman pekerja? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk automasikan pembayaran caruman wajib dengan MySyarikat!

MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply