Pernahkah anda terfikir kenapa jumlah gaji yang anda dapat setiap bulan tidak sama dengan yang tertulis dalam offer letter? Contohnya, majikan janji nak bayar RM1,700 sebulan tapi bila hari jadi jumlahnya hanya RM1,510.76.
Jangan panik kerana jumlah yang dalam offer letter tersebut adalah gaji basic sementara jumlah yang anda dapat pula adalah gaji bersih yang sudah ditolak potongan wajib seperti EPF, SOCSO dan SIP.
Ketiga-tiga ini adalah sumbangan yang ditetapkan undang-undang, bertujuan untuk perlindungan pekerja dan keselamatan kewangan jangka panjang. Jadi, ya, potongan ini memang akan ‘singgah’ pada gaji basic anda setiap bulan.
Apa Itu EPF, SOCSO dan SIP?
- EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja / Employees Provident Fund)
EPF atau KWSP ialah skim simpanan wajib untuk persaraan. Setiap pekerja menyumbang 11% daripada gaji bulanan, manakala majikan menyumbang 12% hingga 13% mengikut jumlah gaji.
Apa yang dikenakan potongan?
Bukan sekadar gaji asas, tetapi juga bayaran tetap lain seperti elaun, insentif dan komisen tetap bergantung kepada struktur gaji dan kontrak kerja anda.
- SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial / Social Security Organization)
SOCSO ialah perlindungan sosial yang merangkumi kemalangan pekerjaan, hilang upaya, dan penyakit berkaitan kerja. Potongan dibuat berdasarkan jadual caruman yang disediakan oleh PERKESO.
Biasanya, caruman pekerja SOCSO lebih rendah daripada sumbangan majikan. Seperti EPF, potongan dibuat daripada gaji dan bayaran tetap lain bergantung kepada kontrak.
- SIP (Sistem Insurans Pekerjaan / Employment Insurance Scheme)
SIP memberi bantuan kewangan kepada pekerja yang hilang pekerjaan. Potongan adalah 0.2% daripada gaji untuk pekerja dan majikan masing-masing. Ia berfungsi sebagai perlindungan ketika anda sedang mencari kerja baru, dan hanya dikenakan ke atas gaji bulanan tetap.
Adakah Gaji Basic Dikenakan Potongan EPF, SOCSO, SIP?
Jawapannya adalah ya. Gaji asas memang akan dikenakan potongan EPF, SOCSO, dan SIP. Tapi perlu difahami bahawa jumlah potongan bergantung kepada apa yang ditakrifkan sebagai “gaji” dalam kontrak.
Jika kontrak menyenaraikan elaun tetap sebagai sebahagian daripada gaji, maka ia juga boleh dikenakan potongan. Ini penting untuk difahami supaya anda tidak terkejut bila lihat jumlah potongan setiap bulan.
Contoh Pengiraan Gaji
Untuk bagi gambaran yang lebih jelas, berikut adalah contoh bagaimana potongan dilakukan ke atas gaji basic sebanyak RM1,700.
- Jenis potongan
- EPF: RM187
- SOCSO: RM2.25
- SIP: RM3.30
- RM1,700 – (RM187 + RM2.25 + RM3.30) = RM1,510.76
Adakah Elaun, Komisen & Bonus Juga Dikenakan Potongan?
Bergantung kepada takrif gaji kerana setiap badan memiliki definisi berbeza untuk upah. Jika elaun dan komisen bersifat tetap (fixed) dan dinyatakan dalam kontrak, ia mungkin dikenakan potongan KWSP atau PERKESO.
Penting: Dinasihatkan untuk semak semula struktur gaji dalam kontrak anda dan dapatkan penjelasan daripada HR.
Baca juga: Cara Betul Kira Kadar Caruman Dari Jadual KWSP & PERKESO
Kesimpulannya, gaji basic memang akan dikenakan potongan wajib untuk EPF, SOCSO, dan SIP. Ini bukan isu teknikal atau kesilapan majikan. Ia adalah tanggungjawab bersama demi perlindungan kewangan pekerja.
Untuk pastikan semuanya telus dan mengikut undang-undang, anda disarankan untuk semak slip gaji setiap bulan, fahami hak-hak anda, dan fahami struktur gaji sebelum tandatangan kontrak pekerjaan.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
