Bayangkan anda kerja berpuluh tahun untuk dapat persaraan yang selesa, tapi tiba waktu nak keluarkan duit dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru tahu majikan tidak pernah bayar syer caruman pihak mereka.
Siapa je tidak ‘koyak’ bila tengok slip gaji ada catat potongan KWSP setiap bulan tapi majikan sebenarnya tidak pernah menjalankan tanggungjawab mereka.
Disebabkan itu penting anda buat semakan berkala untuk tahu sama ada majikan bayar syer caruman atau tidak. Semakan boleh dibuat dengan mudah di i-Akaun KWSP melalui laman sesawang atau pada aplikasi.
Kewajipan Caruman KWSP oleh Majikan
Menurut Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991, majikan diwajibkan untuk buat bayaran caruman KWSP mengikut kadar semasa yang telah ditetapkan. Kadar caruman boleh dirujuk pada Jadual Ketiga KWSP.
Secara asasnya, jumlah caruman majikan adalah sebanyak 13% dan jumlah caruman pekerja pula adalah sebanyak 11% daripada gaji pokok pekerja. Ia perlu dibayar dalam nilai ringgit dan tiada nilai sen, jika terdapat sen ia akan digenapkan ke nilai ringgit berikutnya.
Setiap caruman yang dibuat pula akan dibahagikan kepada 2 akaun; Akaun 1 dan Akaun 2 yang masing-masing memiliki peranannya tersendiri.
Cara Buat Aduan Terhadap Majikan Gagal Carum KWSP
Jika anda dapati majikan tidak buat bayaran caruman KWSP, anda boleh failkan aduan untuk mendapatkan semula jumlah caruman yang sepatutnya dibuat.
Kegagalan majikan dalam membuat caruman kepada KWSP bukan saja boleh didakwa, malah dikenakan penalti seperti:
- Penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika majikan gagal daftar dengan KWSP sebagai majikan dalam masa 7 hari selepas ambil pekerja
- Penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika majikan gagal bayar caruman pada atau sebelum 15 haribulan
- Penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika majikan beri penyataan palsi secara lisan atau bertulis
- Penjara tidak lebih 6 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika majikan potong caruman syer pekerja dan gagal bayar kepada KWSP
- Penjara tidak lebih 6 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika majikan cuba memotong caruman syer majikan daripada gaji pekerja
- Penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya, jika majikan gagal maklum kepada KWSP dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiada pekerja
- Penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya, jika majikan gagal sedia dan beri slip gaji kepada pekerja
Selain itu, kegagalan Pengarah Syarikat atau Rakan Kongsi Firma atau Pemegang Jawatan Persatuan untuk bayar caruman KWSP yang tertunggak membolehkan tuntuan difailkan di mahkamah bagi tindakan,
- Kebankrapan
- Penyitaan dan penjualan aset
- Larangan keluar negara (Seksyen 39 bolehkan lembaga KWSP mohon jabatan Imigresen menghalang mana-mana pengarah syarikat/perkongsian firma/pemilik perniagaan dari keluar Negara jika syarikat/firma berkenaan gagal membayar caruman seperti mana yang ditetapkan
Ternyata perkara ini tidak boleh dipandang remeh oleh majikan. Keperluan caruman KWSP dari syer majikan adalah perkara wajib dan menjadi hak kepada pekerja yang berada dalam kontrak perkhidmatan.
Jika ada majikan ataupun pekerja yang kurang pasti cara berdaftar dengan KWSP, boleh baca artikel panduan lengkap mendaftar KWSP, SOCSO dan SIP yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
Segera buat aduan jika anda dapati majikan tidak membayar syer caruman mereka bagi dapatkan semula jumlah caruman yang sepatutnya diperoleh, jangan tunggu dah bersara baru pula nak buat.
Syarikat tidak membayar epf salama 6 bulan
Boleh laporkan kepada pihak KWSP dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).
HI Majikan saya tak bayar epf lebih dari 2 tahun mcm mana nak saya ambik tindakan, lebihan lagi income tak pun tak dibayar, dalam payslip setiap bulah ada potongan
Sebarang masalah berkaitan pekerja adalah dinasihatkan untuk rujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan pencerahan lengkap.