Skip to main content

Secara umumnya, sistem pembayaran gaji telah ditetapkan dalam undang-undang kerja Malaysia di bawah Akta Kerja 1955. Akta ini jelas menetapkan bahawa pembayaran gaji pekerja mesti dibuat bagi tempoh satu bulan bekerja.

Namun, timbul satu persoalan sama ada dibenarkan atau tidak pembayaran gaji dibuat dua kali sebulan, lebih-lebih lagi untuk pekerja yang bekerja secara sambilan atau untuk suatu tempoh tertentu berdasarkan projek pekerjaan.

Artikel ini akan menerangkan secara terperinci tentang sistem pembayaran gaji yang diamalkan mengikut penetapan undang-undang kerja Malaysia, serta menjawab persoalan sama ada gaji boleh dibayar dua kali sebulan atau tidak.

Sistem Pembayaran Gaji di Malaysia

Bagi membincangkan tentang sistem pembayaran gaji, kita mesti merujuk pada undang-undang kerja Malaysia iaitu Akta Kerja 1955. Pada Bahagian III: Pembayaran Upah, telah ditetapkan bahawa:

  • Suatu tempoh upah mesti tidak melebihi satu bulan (Seksyen 18).
  • Jika tiada penetapan tempoh penggajian dalam kontrak, tempoh upah masih dianggap sebagai satu bulan (Seksyen 18). 
  • Pembayaran gaji mesti dibuat tidak lewat dari hari ketujuh selepas hari terakhir tempoh upah (Seksyen 19).
  • Sebarang bayaran kerja lebih masa atau upah yang dijalankan semasa hari rehat mesti dibayar tidak lewat dari hari terakhir tempoh upah berikutnya (Seksyen 19).

Berdasarkan penetapan ini jelas diterangkan bahawa sebarang pembayaran gaji mesti dibuat dalam tempoh antara 1 hingga 7 haribulan selepas memasuki bulan baharu, dan jumlah gaji yang dibayar tersebut adalah untuk tempoh 1 bulan bekerja.

Adakah Pembayaran Gaji 2 Kali Sebulan Dibenarkan?

Pada dasarnya pembayaran gaji perlu dibuat sekali sahaja dalam tempoh sebulan. Perkara ini tidak boleh dipertikai kerana ia adalah penetapan yang ditetapkan dalam undang-undang kerja di Malaysia.

Namun,  terdapat sesetengah kes di mana pembayaran gaji dibuat secara dua kali sebulan (semi-monthly) atau setiap dua minggu (fortnightly). Pembayaran gaji seperti ini biasanya akan dibuat seperti:

  • Semi-monthly
    • Gaji dibayar dua kali dalam sebulan, contohnya pada 15 haribulan dan 30/31 haribulan. 
    • Setiap bayaran adalah separuh daripada gaji bulanan yang telah ditetapkan. 
  • Fortnightly
    • Gaji dibayar setiap 14 hari, biasanya pada hari yang tetap contohnya pada hari Jumaat. 
    • Ini bermakna ada bulan yang pekerja terima tiga kali bayaran, bukan dua.

Untuk pembayaran gaji secara dua kali sebulan atau setiap dua minggu ini, pekerja dan majikan mesti mencapai persetujuan bersama dalam kontrak kerja, dan mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pengarah.

Bilakah Pembayaran Gaji 2 Kali Sebulan Dibenarkan?

Dalam kebanyakan keadaan, sistem pembayaran gaji seperti ini biasanya dibuat untuk pekerja sambilan yang bekerja mengikut jumlah hari mereka bekerja sahaja. Contohnya, pekerja mengambil tugasan berdasarkan projek seperti tugasan banquet untuk majlis-majlis tertentu.

Selain itu, pembayaran gaji 2 kali sebulan ini juga boleh dilakukan jika kontrak pekerjaan mengandungi klausa yang menyatakan bahawa pembayaran gaji pekerja dibuat 2 kali dalam sebulan.

Penting: Anda dinasihatkan untuk semak kontrak pekerjaan sama ada dibenarkan untuk menerima pembayaran gaji 2 kali sebulan atau tidak.

Perkara yang Perlu Diambil Maklum Sebelum Membuat Bayaran Gaji Dua Kali Sebulan

Bagi sesetangah majikan atau pekerja yang mengamalkan pembayaran gaji 2 kali sebulan ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dan ambil maklum bagi memastikan proses pembayaran gaji dibuat secara adil dan mengikut undang-undang.

  1. Persetujuan Majikan dan Pekerja: Kedua-dua majikan dan pekerja perlu memasuki kontrak persetujuan untuk pembayaran gaji dibuat 2 kali sebulan, dan perlu ada kontrak bertulis yang jelaskan hak masing-masing.
  2. Caruman Wajib: Walaupun pembayaran gaji dibuat 2 kali sebulan, pekerja dan majikan masih perlu membuat caruman dalam EPF, SOCSO dan EIS mengikut penetapan undang-undang.
  3. Jumlah Bayaran: Setiap pihak perlu memastikan jumlah bayaran yang dibuat adalah sama seperti persetujuan. Perkara ini adalah untuk memastikan keadilan dalam proses pembayaran gaji.

Baca juga: Kesalahan Pembayaran Gaji Yang Majikan Perlu Elakkan

Kesimpulannya, sistem pembayaran gaji 2 kali sebulan ini jarang diamalkan namun masih dibenarkan jika terdapat persetujuan bersama antara majikan dan pekerja dan mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Adakah pembayaran dua kali sebulan dibenarkan dalam undang-undang Malaysia?

Akta Kerja 1955 menetapkan pembayaran gaji mesti dibuat untuk tempoh sebulan, dan dibayar antara 1 haribulan hingga 7 haribulan. Untuk pembayaran gaji dua kali sebulan, pekerja dan majikan perlu dapatkan persetujuan dan kelulusan.

2. Majikan perlu keluarkan slip gaji berapa kali?

Akta Kerja 1955 menetapkan setiap kali pembayaran gaji dibuat, majikan perlu mengeluarkan slip gaji sebagai bukti pembayaran gaji telah dibuat. Untuk pembayaran gaji dua kali sebulan ini majikan perlu mengeluarkan 2 slip gaji dalam sebulan.

3. Bagaimana dengan potongan KWSP, SOCSO dan lain-lain dalam sistem ini?

Potongan bulanan seperti KWSP, SOCSO, EIS dan PCB masih perlu dikira berdasarkan jumlah gaji bulanan.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

Leave a Reply