Cuti tanpa gaji (unpaid leave) sering menjadi pilihan apabila pekerja menghadapi situasi peribadi yang mendesak seperti menghadiri urusan keluarga, kuota cuti tahunan habis atau melanjutkan pengajian.
Sebagai pekerja, mungkin anda tertanya-tanya sama ada anda berhak memohon cuti ini atau tidak. Majikan pula mungkin mencari panduan berkaitan permohonan cuti seperti ini supaya adil kepada syarikat dan pekerja.
Dalam artikel ini akan diterangkan apa itu cuti tanpa gaji, peranan majikan dalam menentukan kelulusan, dan perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pekerja sebelum memohon cuti tanpa gaji.
Apa Itu Cuti Tanpa Gaji?
Cuti tanpa gaji ialah tempoh di mana pekerja tidak hadir ke tempat kerja tanpa menerima gaji. Biasanya, cuti ini diberikan atas permintaan pekerja untuk sebab-sebab tertentu, dan bukan sebahagian daripada cuti berbayar seperti cuti tahunan atau cuti sakit.
Hal ini kerana tidak seperti cuti tahunan atau cuti sakit, cuti tanpa gaji tidak dinyatakan secara langsung dalam Akta Kerja 1955. Oleh itu, kelulusan cuti ini bergantung sepenuhnya kepada:
- Polisi syarikat: Kebanyakan majikan menetapkan syarat dan garis panduan untuk permohonan cuti tanpa gaji. Ini biasanya dinyatakan dalam kontrak kerja atau manual pekerja.
- Budi bicara majikan: Majikan berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan berdasarkan keperluan syarikat.
Walaupun tiada peraturan undang-undang khusus, komunikasi dan dokumentasi jelas adalah penting bagi mengelakkan salah faham antara pekerja dan majikan apabila membincangkan cuti tanpa gaji ini.
Sebab Peribadi Untuk Cuti Tanpa Gaji
Cuti tanpa gaji biasanya dimohon untuk situasi tertentu yang mendesak dan memerlukan perhatian segera tetapi sudah habis menggunakan cuti berbayar. Antara sebab peribadi biasa bagi pekerja untuk memohon cuti tanpa gaji adalah:
1. Menjaga Ahli Keluarga yang Sakit
Keadaan di mana ahli keluarga seperti anak, pasangan, atau ibu bapa memerlukan penjagaan rapi boleh menjadi sebab yang sah untuk cuti tanpa gaji. Dalam kes ini, pekerja disarankan menyediakan dokumen sokongan seperti surat doktor.
2. Pendidikan atau Peperiksaan
Pekerja yang sedang melanjutkan pengajian separuh masa mungkin memerlukan cuti tanpa gaji untuk menghadiri peperiksaan penting atau menyelesaikan tugasan akhir. Surat tawaran universiti atau jadual peperiksaan boleh digunakan sebagai dokumen sokongan.
3. Situasi Kecemasan Peribadi
Kecemasan seperti kemalangan, pindah rumah, atau isu undang-undang peribadi juga termasuk sebab peribadi yang boleh dipertimbangkan.
Hak Majikan Luluskan Cuti Tanpa Gaji
Seperti yang dinyatakan awal tadi, cuti tanpa gaji bergantung sepenuhnya pada polisi syarikat dan budi bicara majikan. Oleh itu, majikan memiliki hak sama ada untuk meluluskan permohonan cuti tanpa gaji berdasarkan:
- Situasi permohonan: Majikan berhak menilai permohonan berdasarkan situasi operasi syarikat.
- Tempoh permohonan: Majikan berhak untuk tidak meluluskan permohonan jika ia dibuat dalam tempoh singkat.
- Kelayakan permohonan: Majikan berhak untuk menyemak kelayakan pekerja seperti jumlah cuti tahunan yang masih ada.
Kesimpulannya, cuti tanpa gaji sebab peribadi boleh menjadi penyelesaian fleksibel bagi pekerja yang menghadapi keperluan mendesak. Dengan memahami sebab-sebab peribadi yang lazim, menyediakan dokumen sokongan yang relevan, dan mengutamakan komunikasi, proses permohonan boleh berjalan lebih lancar.
Walaupun ia tidak diatur secara khusus dalam Akta Kerja 1955, polisi dalaman yang jelas amat penting. Jadi, semak buku panduan pekerja dan polisi syarikat sebelum membuat permohonan cuti tanpa gaji.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasi tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
