Skip to main content

Dalam landskap pasaran pekerjaan yang kompetatif hari ini, kebanyakan syarikat di Malaysia mulai menyedari kepentingan menyediakan pakej faedah yang komprehensif selain penawaran gaji lumayan untuk menarik minat dan mengekalkan pekerja.

Strategi penawaran pakej faedah ini bukan perkara baru tetapi dengan berlakunya peningkatan permintaan drastik dan persaingan oleh syarikat-syarikat lain, majikan perlu mengikut trend supaya kekal relevan bagi mendapatkan pekerja berkualiti.

Pakej Faedah – Elaun Kerja 

Antara pakej faedah yang seing ditawarkan syarikat dalam proses pengambil ataupun mengekalkan pekerja adalah dengan pemberian elaun kerja. Sebagai makluman elaun kerja merupakan salah satu insentif kewangan yang diberikan bersama gaji pokok pekerja.

Kebiasannya elaun ini dirancang untuk menampung pelbagai perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh pekerja sebagai sebahagian daripada pekerjaan mereka atau untuk meningkatkan kualiti hidup pekerja.

Untuk konteks di Malaysia terdapat beberapa jenis elaun yang ditawarkan. Antara bentuk elaun yang sering ditawarkan kebanyakan syarikat adalah seperti berikut:

  • Elaun Pengangkutan dan Perjalanan

Seperti namanya, elaun pengangkutan dan perjalanan ini antara pakej faedah yang sering ditawarkan oleh kebanyakan syarikat di Malaysia. Dengan berlaku peningkatan kos bahan api dan harga pengangkutan awam, banyak syarikat mula mengambil peluang tawarakan elaun ini.

Pada sesetengah kes elaun pengangkutan dan perjalanan ini mungkin diberikan untuk tujuan khas seperti apabila pekerja terpaksa keluar negari atau luar negara, ataupun ketika pekerja perlu menghadiri seminar di bawah syarikat.

  • Elaun Makanan dan Minuman

Jenis elaun ini mungkin antara yang paling banyak ditawarkan oleh syarikat-syarikat di Malaysia. Ia ada yang diberikan secara harian, mingguan atau berkala bergantung kepada situasti dan keperluan pekerja serta syarikat.

Boleh jadi elaun makanan dan minuman ini diberikan dalam bentuk makanan sendiri berbanding wang. Namun jika ia datang dalam bentuk wang, elaun makanan dan minuman ini mungkin adalah subjek terhadap penolakan bagi caruman.

  • Elaun Kesihatan 

Berbeza dengan faedah kesihatan seperti cuti sakit dan hospitalisasi, elaun kesihatan ini boleh diberikan kepada pekerja seperti insurans perubatan, keahlian gim atau menyertai program kesihatan dan perubatan.

Tujuan pemberian elaun ini selalunya adalah untuk mempromosikan budaya hidup sihat serta keseimbangan hidup dan kerja (work life-balance). Selain itu ia turut ditawarkan sebagai sokongan kepada pekerja yang memiliki masalah kesihatan lain.

  • Elaun Latihan

Salah satu bentuk pelaburan jangka panjang untuk pekerja dan majikan adalah dengan menghantar ke kelas latihan untuk perkembangan kerjaya. Atas faktor itu ada sesetangah syarikat menawarkan elaun menghadiri latihan.

Ada sesetengah syarikat mungkin menggunakan dana HRDF untuk menghantar pekerja menghadiri latihan tetapi turut memberikan elaun tambahan kepada pekerja untuk makan atau tambang pengangkutan.

  • Elaun Khas

Selain daripada elaun-elaun yang disebutkan atas terdapat juga pakej faedah istimewa yang diberikan khas untuk tujuan tertentu. Pemberian elaun ini diberikan mana elaun khas dan boleh datang dalam pelbagai bentuk serta untuk tujuan berbeza.

Contoh mudah elaun khas ini adalah apabila syarikat perlu berpindah, jadi majikan mungkin tawarkan elaun sewa rumah sementara kepada pekerja atau memberi bayaran tambahan kepada pekerja untuk mencari rumah.

Selaraskan Pemberian Elaun dan Gaji Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, pemberian elaun oleh syarikat ini merupakan perkara biasa dan bergantung kepada polisi ia boleh diberikan lebih daripada apa yang dinyatakan di atas. Perkara yang paling penting adalah untuk pekerja memanfaatkan pemberian elaun tersebut.

Dalam pada itu adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan gaji? Sukar untuk selarakan pemberian elaun dan gaji tepat pada masanya? Berita baik kepada anda kerana MySyarikat satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply