Selain daripada caruman ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pekerja dan majikan juga diwajibkan untuk membuat potongan gaji bagi dimasukkan ke Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setiap bulan.
Terbaharu ini PERKESO telah memperluaskan liputan untuk salah satu skimnya iaitu Skim Keilatan kepada pekerja asing di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Ini juga bermakna terdapat perubahan pada kadar caruman untuk skim-skim PERKESO.
Jadinya artikel ini akan mengupas perubahan yang dibuat pada Skim Keilatan pekerja asing serta perubahan pada kadar caruman wajib yang perlu pekerja dan majikan caruman setiap bulan.
Apa Itu PERKESO?
PERKESO adalah badan yang di kawal selia oleh Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
Peranan utama penubuhan PERKESO ini adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif demi menjaga kesejahteraan sosial pekerja sepanjang hayat. Ringkasan untuk peranan PERKESO adalah seperti berikut:
- Menguatkuasakan Akta Kselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Akta Sistem Insurans Pekrjaan 2017 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.
- Menguatkuasakan perlindungan keselamatan sosial dengan dana terkumpul untuk kelestarian pengoperasian.
- Mendidik kesedaran perlindungan keselamatan sosial dan pengurusan risiko menerusi program kesedaran.
- Memberikan jaringan keselamatan sosial kepada pekerja yang memerlukan dan memiliki masalah kewangan akibat kesukaran bekerja.
Mudah kata PERKESO adalah badan perlindungan dan keselamatan sosial andai berlaku sebarang masalah selama pekerja bekerja. Jadi jika anda seorang majikan ingat untuk caruman PERKESO untuk pekerja, dan pekerja juga perlu ambil maklum tentang faedah PERKESO.
Pembaharuan Kadar Caruman PERKESO
Sebenarnya terdapat banyak skim perlindungan yang ditawarkan PERKESO untuk pekerja yang melakukan tugasan kerja di Malaysia. Tetapi sebelum itu perlu difahamkan dahulu terdapat perbezaan jenis caruman untuk PERKESO ini.
Kemas kini terbaharu liputan Akta 4 boleh dirujukan pada laman rasmi PERKESO sendiri. Ringkasan untuk pembayaran caruman adalah seperti berikut:
- Caruman Jenis Pertama
- Untuk semua pekerja berusia kurang 60 tahun kecuali yang telah capai 55 tahun dan tiada caruman dibayar sebelum 55 tahun.
- Dibayar oleh majikan dan pekerja.
- Caruman yang perlu dibayar adalah untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.
- Kadar caruman adalah 1.75% syer majikan dan 0.5% syer pekerja, mengikut jadual caruman.
- Caruman Jenis Kedua
- Untuk semua pekerja yang telah mencapai usia 60 tahun.
- Caruman yang perlu dibayar adalah untuk perlindungan Skim Bencana Pekerjaan sahaja.
- Kadar caruman adalah dari syer majikan sahaja iaitu sebanyak 1.25%, mengikut jadual caruman.
- Pekerja baharu yang mulai umur 55 tahun perlu dicarumkan di bawah jenis ini.
Peluasaan Liputan Skim Keilatan Kepada Pekerja Asing PERKESO
Sebagai makluman semua baru-baru ini PERKESO telah memperluaskan liputan untuk Skim Keilatan mereka kepada pekerja asing. Sebenarnya perluasaan liputan ini telah dicadangkan sendiri oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong pada Mei lalu.
Menurut beliau sebelum ini Skim Bencana Pekerja dan Skim Keilatan di bawah Akta 4 hanya untuk warganegara sahaja, sementara pekerja asing diberikan Skim Bencana Pekerja. Namun, kini Skim Keilatan turut ditawarkan kepada peekrja asing yang bersifat 24 jam untuk meliputi keilatan atau kematian atas sebarang sebab.
Berkuatkuasa 1 Julai 2024, perluasaan liputan Skim Keilatan kepada pekerja asing ini diwajibkan ke atas majikan yang menggajikan pekerja asing termasuk ekspatriat dan pekerja domestik asing di bawah peruntukan Akta 4.
Ringkasan perluasaan liputan Skim Keilatan Pekerja Asing terbaru ini adalah seperti berikut:
- Berkuatkuasa bermula 1 Julai 2024
- Terpakai untuk semua pekerja asing seperti yang dikategorikan di bawah Akta 4
- Semua pekerja yang bukan warganegara Malaysia yang memiliki dokumen perjalanan sah seperti Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) atau permit sah dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
- Pembayaran dan kadar caruman Skim Keilatan pekerja asing di bawah Akta 4
- Semua pekerja asing yang digajikan majikan wajib dicarumkan dengan Skim Keilatan PERKSESO.
- Pekerja asing baru, majikan hendaklah daftarkan pekerja tersebut dan membayar caruman untuk kedua-dua Skim Bencana Kerja dan Skim Keilatan.
- Pekerja asing sedia ada, majikan hendaklah membayar caruman untuk untuk kedua-dua Skim Bencana Kerja dan Skim Keilatan.
- Kadar caruman adalah tertakluk kepada Caruman Jenis Pertama dan Caruman Jenis Kedua.
- Tarikh pembayaran caruman bulanan
- Pembayaran caruman hendak dibuat selewat-lewatnya pada 15 haribulan untuk caruman bulan sebelumnya.
- Keperluan menyatakan caruman syer dalam slip gaji
- Majikan wajib menyatakan jumlah potongan syer majikan dan syer pekerja asing di dalam slip gaji bulanan pekerja.
- Kaedah pembayaran caruman
- Pembayaran caruman boleh dibuat melalui pembayaran Online Portal (FPX) atau perbankan internet. Rujukan boleh dibuat pada laman rasmi PERKESO.
- Tempoh peralihan untuk pematuhan kadar caruman baru
- Majikan perlu ambil maklum perluasaan liputan skim terbaharu ini dan membuat carum untuk bulan Julai 2024.
- Tindakan atas kegagalan pematuhan
- Kegagalan majikan untuk membayar caruman boleh dikenakan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) dan dikenakan tindakan undang-undang seperti dinyatakan dalam Akta 4 iaitu denda RM10,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya.
Kesimpulannya, perluasaan liputan terbaru PERKESO ini kini turut ditawarkan kepada pekerja asing yang bekerja di dalam Malaysia. Ini secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai hub pekerjaan selamat untuk meningkatkan penglibatan pekerja dari pelbagai latar belakang berbeza.
Jadikan Pengurusan Gaji dan Caruman Lebih Efektif Dengan MySyarikat!
Adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan gaji dan caruman pekerja? Perlukan sistem yang boleh lancarkan pengurusan dan tingkatkan cara kerja? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!
Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami.
Saya nak Tanya kalau tangan saya patah. Hari saya cuti . Lepas saya dekat 1 Bulan . Saya masuk keja balik . Saya tak melakukan pemedahan atas sebab company tak nak support pembayaran . Jadi saya seperti biase kemudian . Tangan belom baik . Jadi lagi keretakan . Dan doktor info saya kemungkinan akan hilang daya untuk mengerakan tanggan saya . Boleh saya claim dari perkeso / sosco atau pengeluaran kwsp . Sebab kos pemedahan saya agak tinggi.
Untuk sebarang kes melibatkan kehilangan daya upaya kerja serta tuntutan yang layak adalah dinasihatkan untuk merujuk keterangan lanjut pada laman rasmi PERKESO bagi mengelak sebarang kekeliruan.
Saya nak tanya, untuk pekerja asing yang ingin medaftar perkeso secara individu, boleh ke untuk buat demikian?
Mereka yang bekerja sendiri boleh mendaftar dan mencarum PERKESO sendiri melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Untuk mencarum pekerja asing adalah dinasihatkan merujuk laman rasmi PERKESO untuk peneragan lanjut.