Skip to main content

Statistik jumlah pekerja asing di Malaysia pada tahun 2022 menunjukkan peningkatan angka seramai 1.4 juta pekerja, dan menurut Kementerian Sumber Manusia ketika itu ia masih dalam julat rendah berbanding sejumlah negara lain.

Menurut Kementerian Sumber Manusia lagi setakat tahun lepas sektor perkilangan negara mencatat rekod tertinggi melibatkan pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) kemudian diikuti sektor pembinaan dan perkhidmatan.

Dan setakat pertengahan tahun ini pula Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan usul cadangan untuk menambah lagi tenaga kerja asing ke dalam negara, iaitu kira-kira 27% bagi mengisi 6 sektor pekerjaan di Malaysia.

Atas faktor itu beberapa sektor dalam negara seperti perkilangan, pembinaan, perladangan, perkhidmatan, pertanian dan perlombongan serta pengkuarian mungkin perlu ambil maklum tentang penambahan ini.

Disebalik penambahan ini, para majikan yang ingin menggajikan pekerja asing perlu mendaftarkan pekerja mereka untuk mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi peroleh kebenaran untuk bekerja di Malaysia.

Jadinnya artikel kali ini akan akan menerangkan tentang proses dan cara untuk mendaftar Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dengan Jabatan Imigresen Malaysia. Sebarang rujukan lanjut boleh dibuat padal laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

Permohonan PLKS Atas Talian

Bagi majikan yang menggajikan pekerja asing atau ingin memperbaharui lanjutan permit kerja pekerja asing, anda kini boleh membuatnya menerusi Sistem Pas Lawatan Kerja Sementara (ePLKS) secara atas talian atau melawat ke Jabatan Imigresen Malaysia.

Sebelum itu mari fahami syarat-syarat pengambilan pekerja asing yang digariskan Jabatan Imigresen Malaysia terlebih dahulu. Antara syarat yang digariskan adalah,

  • Pengambilan pekerja asing hanya benarkan pada sektor Perlikangan, Pembinaan, Pertanian, Perladangan dan Perkhidmatan
  • Pengambilan pekerja asing tertakluk kepada kelulusan kuota dari Pusat Kelulusan Setempat (OSC), Kementerian Dalam Negeri
  • Pengambilan pekerja asing mesti berusia tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun semasa permohonan
  • Pengambilan pekerja asing mesti disahkan sihat oleh pusat pemeriksaan kesihatan di negara sumber
  • Pengambilan pekerja asing mesti bukan dalam kalangan individu asing yang dilarang seperti dinyatakan pada Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963
  • Pengambilan pekerja asing mesti dari negara sumber dibenarkan seperti berikut:
    • Thailand, Kemboja, Nepal, Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, Turkemistan, Uzbekistan, Kazakhstan, India, Indonesia dan Bangladesh

Di sini terdapat 2 fasa yang majikan perlu ambil maklum apabila ingin menggajikan pekerja asing iaitu,

  1. Fasa 1 (Sebelum Ketibaan)
  • Majikan perlu mohon Visa Dengan Rujukan (VDR) dari Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia sama ada secara manual atau atas talian
  • VDR perlu dikemukakan dengan dokumen sokongan seperti:
    • Dokumen Kelulusan ISC
    • Borang Permohonan VDR
    • Surat Kelulusan Bersyarat Kementerian Dalam Negeri
    • Resit bayaran levi
    • Borang IM.12 dan IM.38
    • Jaminan sekuriti dalam bentuk wang cagaran/ jaminan insuran/ jaminan bank
    • Salinan pasport pekerja, gambar terkini, laporan pemeriksaan kesihatan negara sumber
    • Skim Pempasan Pekerja Asing (SPPA) dan Skim Perlidnungan Insuran Kesiahtan Pekerja Asing (SPIKPA
  • Pekerja asing mesti berada di negara asal sementara tunggu kelulusan VDR
  1. Fasa 2 (Selepas Ketibaan)
  • Pekerja asing hanya dibenarkan masuk melalui pintu masuk diwartakan VDR oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan visa kemasukan
  • Majikan perlu pastikan pekerja asing diambil dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan
  • Majikan diberi tempoh 30 hari untuk buat pemeriksaan kesihatan atas pekerja asing bagi tujuan pengeluaran Pas Lawatan (Kerja Sementara)
  • Pas Lawatan (Kerja Sementara) hanya akan dikeluarkan selepas pekerja asing disahkan sihat boleh pusat kesihatan berdaftar dengan FOMEMA
  • Pengeluaran Pas Lawatan (Kerja Sementara) perlu dibuat di Pejabat Imigresen yang mengeluarkan kelulusan VDR pekerja asing

Untuk tujuan melanjutkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), majikan perlu ikuti senarai semak di bawah.

  • Lanjutan PLKS perlu dipohon 3 bulan sebelum tarikh tamat sah laku PLKS, dan tempoh sah laku PLKS pekerja asing adalah selama 12 bulan
  • Lanjutan PLKS hendak dibuat dengan memberi dokumen sokongan seperti:
    • Pasport asal pekerja asing
    • Borang permohonan lanjutan PLKS
    • Dokumen pengenalan diri majikan atau wakil syarikat
    • Jaminan sekuriti dalam bentuk jaminan bank/ jaminan insuran/ wang cagaran
    • Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) dan Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)
    • Telah jalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh pusat kesihatan berdaftar dengan FOMENA

Bagi proses permohonan secara atas talian boleh dibuat pada ePLKS dengan,

  • Layari pautan rasmi Jabatan Imigresen Malaysia bahagian ePLKS
  • Terdapat 2 jenis ID Pengguna iaitu:
    • Pekerja Asing (PA) Pelbagai Sektor
    • Pembantu Rumah Asing (PRA)
  • Majikan atau wakil majikan perlu hantar permohonan pendaftaran ID pada bahagian Pendaftaran Permohonan Baru
  • Permohonan yang dibenarkan dimohon melalui sistem ePLKS untuk,
    • Permohonan Lanjutan PL(KS) dan PRA
    • Permohonan eSP bagi PA dan PRA
    • Permohonan eCOM bagi PA dan PRA

Kelulusan untuk proses lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) ini mengambil masa sekurang-kurangnya 7 hari bekerja dan perlu dibuat mengikut pejabat BPA Negeri.

Kewajipan Permohonan Lanjutan PLKS

Sebenarnya menjadi tanggungjawab majikan untuk memperbaharui lanjutan pas bekerja bagi pekerja asing kerana ia bukan sahaja dapat mengelak diri daripada dikenakan tindakan, malah membantu pekerja asing bekerja secara sah di sisi undang-undang negara.

Kesimpulannya, terdapat banyak cara dan kemudahan yang ditawarkan untuk menggajikan pekerja asing di Malaysia. Harapnya semua majikan ambil maklum dan mendaftarkan pekerja asing yang diambil bekerja supaya kerja yang dilakukan itu sah dan menepati syarat perundangan.

beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

Leave a Reply