Skip to main content

Istilah toksik di tempat kerja atau pekerja toksik (toxic employee) sangat tidak asing dalam dalam dunia pekerjaan. Ia merupakan salah satu masalah di tempat kerja yang wujud sejak sekian lama lagi dan sukar untuk dihakis dalam budaya kerja global.

Secara definisi toxic employee adalah individu di persekitaran tempat kerja yang secara konsisten menunjukkan tingkah laku (behaviour) negatif sehingga memberi kesan kepada rakan sekerja, pasukan dan keseluruhan suasana tempat kerja.

Mudah kata kehadiran individu ini membawa kesan buruk yang mempergaruhi dinamik di tempat kerja dan boleh mencetus konflik kerja lain, sama ada antara yang bersama jawatan mahupun yang berkedudukan lebih tinggi.

Ciri-Ciri Pekerja Toksik

Umumnya, pekerja toksik mudah dikenal pasti dengan sifat seperti terlebih keyakinan diri (overconfidence), mementingkan diri sendiri (self-centered) dan kurangnya memberikan kerjasama (lack of cooperation).

Individu seperti ini selalunya mengutamakan minat serta pandangan diri sendiri berbanding pasukannya dan tingkah laku mereka menjurumus kepada penurunan semangat bekerjasama, produktiviti dan kehilangan rasa hormat.

Antara ciri-ciri lain seorang pekerja toksik adalah,

  • Kaki Gosip: individu yang tidak boleh menyimpan rahsia dan suka membuat cerita
  • Si Pembuat Alasan: individu yang sentiasa berikan alasan dan menunding jari
  • Orang Narsisis: individu yang berasa dirinya sahaja yang terbaik dalam semua perkara
  • Pemarah: individu yang sering pertikai atau tidak berpuas hati dengan orang lain
  • Si Tahu Semua Perkara: individu yang perlu tahu semua perkara dan kejadian
  • Orang Suka Tunda Kerja: individu yang selalu tangguh-tangguhkan kerja
  • Orang Selalu Kata ‘Ya’: individu yang tidak boleh berkata ‘tidak’ pada semua perkara
  • Si Pemalas: individu yang sering mencari alasan untuk tidak membuat sesuatu

Kesan Pekerja Toksik Kepada Syarikat

Dalam konteks kerja individu yang memiliki ciri-ciri pekerja toksik ini sangat berbahaya kepada perkembangan dan dinamik syarikat. Hal ini kerana sifat negatif yang ditunjukkan boleh mempengaruhi orang lain dan pecah-belahkan setiap orang dalam organisasi.

Selain itu, pekerja toksik juga boleh memberi kesan kepada,

  1. Moral Pasukan

Semangat berpasukan amat penting dalam sesebuah organisasi lebih-lebih lagi apabila setiap individu datang dari latarbelakang berbeza-beza. Kehadiran pekerja toksik menyukarkan lagi untuk pasukan wujudkan nilai kerjasama apabila setiap orang menjadi individualistik.

  1. Jejas Produktiviti

Apabila satu unit tidak berfungsi dengan baik maka, bahagian yang lain juga tidak dapat menjalankan tugasan mereka. Pekerja toksik merupakan masalah utama yang mengekang produktiviti sesuatu syarikat daripada terus berkembang.

  1. Cetus Konflik

Dengan adanya orang yang pentingkan diri dinamik kerja akan terganggu dan secara tidak langsung boleh mencetus lebih banyak konflik, apabila ada satu pihak tidak berpuas hati jika tidak diberikan layanan yang sama.

  1. Pekerja Berhenti

Kewujudkan pekerja toksik dalam syarikat boleh menyebabkan lebih ramai individu lain berhenti. Ini kerana mereka berasa sukar untuk bekerjasama dengan pekerja toksik tersebut dan memilih jalan keluar yang pantas.

  1. Wujudkan Perpecahan

Masalah utama apabila adanya pekerja toksik adalah ia boleh menyebabkan perpecahan diantara pekerja dalam syarikat. Sifat negatif akan merebak dan menyebabkan pekerja menjadi berpuak-puak.

Tip Urus Pekerja Toksik

Mempelajari cara menguruskan pekerja toksik amat penting dan menjadi tanggungjawab majikan serta pegawai sumber manusia untuk menghalangnya daripada terjadi duri dalam daging syarikat.

Antara tip yang boleh digunakan dalam mengurus pekerja toksik adalah seperti berikut:

  • Kenal Pasti Masalah Pekerja Tersebut
  • Berbincang dan Dalami Masalah Pekerja Tersebut
  • Terangkan Kesan Pekerja Tersebut Kepada Syarikat dan Diri
  • Cari Penyelesaian dan Kompromi Solusi
  • Buang Pekerja Tersebut Jika Tidak Berubah

Perlu diingatkan setiap pekerja layak diberikan peluang namun jika dipersiakan dan terus memberi kesan negatif kepada syarikat, majikan serta pegawai HR perlu ambil langkah diperlukan termasuk membuang pekerja bagi menjaga kebajikan pekerja lain.

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Masalah Pengurusan Pekerja Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, majikan dan pegawai HR perlu memainkan peranan yang tegas dalam menguruskan pekerja lebih-lebih lagi dalam membendung masalah pekerja toksik. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju. 

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Leave a Reply