Ketelusan (transparency) merupakan perkara paling penting dalam sesebuah perniagaan. Lebih telus sesebuah syarikat dalam berurusan dengan pelanggan, lebih tinggi kebolehpercayaan yang diwujudkan dalam perniagaan tersebut.
Namun, ketelusan dalam perniagaan ini bukan setakat hubungan antara syarikat dengan pelanggan semata-mata tetapi ia turut melibatkan kebolehpercayaan diantara majikan dan pekerjanya.
Malah, sebuah kajian yang dibuat sebelum ini mendapati bahawa majikan yang mengamalkan ketelusan di tempat kerja bukan sahaja berjaya menambah baik penglibatan pekerja dalam syarikat tetapi turut mewujudkan budaya kerja positif dan kesetiaan.
Apa Itu Ketelusan di Tempat Kerja?
Dalam bahasa mudahnya ketelusan di tempat kerja ini bermaksud menjaga pekerja dari segi berkongsi pekara yang baik dan buruk, namun tidak terlalu banyak berkongsi (oversharing) dan mengalu-alukan maklum balas jujur dari semua ahli pasukan.
Ini bermakna tiada kejutan yang tidak menyenangkan, tiada kebimbangan mengenai ketidakpastian dan tiada tingkah laku mencurigakan yang mmendatangkan keraguan diantara majikan dan pekerja atau sebaliknya.
Di sini perlu difahamkan bahawa ketelusan ini bukan bermakna berkongsi jumlah gaji yang diterima atau perbezaan manfaat kerja, tetapi lebih merujuk kepada cara berkomunikasi dan penyampaian sebarang idea tanpa perlu rasa takut.
Cara Amalkan Ketelusan di Tempat Kerja
Untuk mengamalkan ketelusan di tempat kerja ini, ia bermula dari pihak atasan atau bahagian kepimpinan seperti majikan serta bahagian sumber manusia (HR). Interaksi antara majikan dan pekerja yang telus dapat dicapai dengan mengamalkan konsep seperti berikut:
- Bercakap Dengan Jujur
Dalam konteks perniagaan bercakap dengan jujur ini membawa maksud majikan menjelaskan bagaimana perasaan serta fikiran terhadap suatu tindakan yang dibuat pekerja, dan begitu juga sebaliknya. Ia juga bermaksud berkomunikasi secara terus.
- Dedahkan Maklumat
Dalam sesebuah syarikat terdapat maklumat yang boleh didedahkan dan yang tidak. Antara maklumat yang boleh didedahkan adalah seperti keuntungan ataupun kerugian syarikat. Penting untuk mendedahkan tetapi tidak terlalu banyak sehingga mencetus panik.
- Ruang Bertanyakan Soalan
Kebanyakan kes pekerja berasa selesa dan setia bekerja dengan majikan sama untuk satu tempoh masa adalah kerana syarikat mengamalkan ruang terbuka untuk mana-mana pihak bertanyakan soalan. Ini mewujudkan moral kepercayaan dan keselesaan berkomunikasi.
- Ruang Berikan Maklum Balas
Jika sudah diberikan ruang bertanya soalan, perlu juga diberikan ruang memberi maklum balas. Banyak syarikat berjaya mengamalkan ruang pemberian maklum balas walaupun daripada pekerja kerana segala input yang diberikan dapat memberi manfaat.
Manfaat Amalkan Ketelusan di Tempat Kerja
Sebenarnya terdapat banyak manfaat kepada sesebuah syarikat yang mengamalkan ketelusan di tempat kerja, selain daripada meningkatkan kesetiaan dan penglibatan pekerja. Mengamalkan ketelusan di tempat kerja juga boleh menambah baik perkara seperti berikut.
- Komunikasi Jelas
Apabila komunikasi diantara ahli pasukan jelas ia dapat mengelakkan salah faham, dan seterusnya menjadikan sebarang perbincangan lebih mudah difahami. Ini juga secara tidak langsung mudah untuk kenal pasti sebarang masalah dan penyelesaiannya.
- Hubungan Tulen
Perhubungan di tempat amat penting dalam mewujudkan dinamik kerja. Dengan mengamalkan ketelusan dalam persekitaran kerja ia dapat menjamin hubungan kerja yang tulen, dan ini akan memudahkan lagi gerak kerja antara semua pekerja.
- Moral Pasukan
Dengan memiliki kepimpinan yang telus dalam bekerja, ia secara tidak langsung menambah baik moral pasukan untuk bekerja. Kejujuran dalam aspek pekerjaan sangat penting kerana tanpa ada lonjakan pekerja tidak mampu bergerak lebih jauh.
- Peningkatan Produktiviti
Apabila semua pekerja bergerak dalam satu nada dan kesefahaman yang sama ini dapat memastikan kualiti kerja dan gerak kerja lebih lancar. Maka tidak hairan cara paling mudah untuk tingkat produktiviti kerja adalah dengan amalkan ketelusan dalam syarikat.
Amalkan Ketelusan Dalam Perniagaan Dengan MySyarikat
Kesimpulannya, mengamalkan ketelusan dalam perniagaan sangat penting memastikan pelanggan dan pekerja berasa yakin dengan syarikat. Apabila pekerja mudah untuk berkomunikasi dengan majikan, maka sebarang masalah dapat diselesaikan.
Dalam pada itu, adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan kerana bimbang sebarang data disimpan mudah hilang atau rosak? Perlukan sistem yang boleh simpan sebarang dokumen penting dengan selamat dan mudah diakses semula?
MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!