Skip to main content

Bias (atau turut juga dipanggil favoritism) adalah salah satu masalah di tempat kerja yang tidak dapat dielakkan. Sama seperti pilih kasih (nepotisme) ia boleh mencetus masalah besar seperti konflik kepentingan di tempat kerja jika tidak dibendung.

Lebih-lebih lagi dalam membuat keputusan, penilaian manusia mudah dipengaruhi banyak faktor seperti bias terhadap individu yang rapat dengan kita. Ini secara tidak langsung juga boleh mengakibatkan sikap prejudis, ketidakadilan dan diskriminasi berlaku.

Oleh itu, sebagai pegawai HR dan majikan penting sebenarnya untuk mengenal pasti sikap bias dalam mewujudkan persekitaran kerja yang adil dan kondusif. Tanpa mengira sama ada bias itu dilakukan tanpa sedar atau tidak penting juga belajar cara untuk membendungnya.

5 Sikap Bias Yang Perlu Dielakkan

Sebagai pengetahuan bias adalah satu sikap atau kepercayaan seseorang individu terhadap orang lain berdasarkan pengalaman dan hubungan dibina, yang boleh mempengaruhi penilaian secara sedar atau tidak sedar.

Otak manusia memiliki kemampuan berfikir yang tinggi namun ia masih terdedah kepada pengawalan emosi dari hati. Atas faktor itu dalam membuat sebarang keputusan, dinasihat untuk berfikiran secara rasional dan letakkan emosi di tepi.

Dalam dunia pekerjaan sikap bias ini boleh terjadi sama ada antara majikan dengan pekerja, pegawai HR dengan majikan, pegawai HR dengan pekerja atau pekerja dengan pekerja. Ini adalah beberapa sikap bias di tempat kerja yang sering berlaku.

  1. Bias Umur

Diskriminasi umur ini sering berlaku dalam dunia pekerjaan dengan majikan lebih cenderung untuk memilih pekerja yang lebih berusia berbanding graduan baru. Dalam minda separa sedar kita, mereka yang berusia memiliki lebih banyak pengalaman dan kemahiran.

Walaupun kenyataan di atas benar, tetapi ini tidak bermakna graduan baru tidak memiliki kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Setiap pekerja memiliki kelebihan masing-masing.

Bias umur ini juga boleh terjadi sebaliknya di mana majikan anggap mengambil graduan baru lebih baik kerana harga pasaran mereka jauh lebih rendah. Ini sebenarnya adalah bentuk bias tanpa kita sedar yang berlaku dalam dunia pekerjaan.

  1. Bias Jantina

Satu lagi bentuk diskriminasi yang sering berlaku dalam dunia pekerjaan adalah bias terhadap jantina. Pada sesetengah kes bias terhadap jantina ini juga dikenali sebagai stereotiap, di mana satu jantina memiliki perspektif mereka terhadap satu jantina lain.

Contoh kes berlakunya bias jantina ini adalah bila sesuatu jawatan itu dianggap lebih sesuai untuk kaum wanita sahaja dan begitu juga sebaliknya. Atau jawatan sebagai ketua pasukan (team) lebih sesuai disandang oleh lelaki dengan alasan wanita tidak boleh membuat keputusan secara rasional.

Permikiran seperti ini sebenarnya boleh merosakkan dinamik di tempat kerja apabila akan satu jantina rasa ditindas dan hak mereka tidak terjaga. Andai berlarutan ia boleh menyebabkan ketidakpuashatian dan perpecahan dalam organisasi syarikat.

  1. Bias Bangsa

Turut dikenali sebagai racism, bias terhadap bangsa juga sering berlaku dalam dunia pekerjaan termasuk di Malaysia. Juga jatuh dalam kategori stereotiap, bias terhadap bangsa berlaku apabila satu kaum berasa lebih baik dari bangsa lain.

Sejarah bias terhadap bangsa ini sangat panjang. Dalam konteks di Malaysia ia boleh berlaku apabila sesetengah syarikat lebih suka mengambil pekerja dari bangsa yang sama sahaja atau jika ada pekerja dari bangsa lain mereka tidak akan dilayan secara sama rata.

Pada asasnya tidak menjadi kesalahan untuk sesetengah syarikat mengambil pekerja dari satu bangsa yang sama bagi menjamin keselesaan, namun memiliki lebih ramai pekerja dari latar belakang berbeza dapat membawa lebih banyak perspektif baru ke dalam organisasi.

  1. Bias Perhubungan

Bentuk bias perhubungan ini adalah bias yang sering berlaku di tempat kerja. Selalunya manusia lebih mudah mempercayai individu yang dikenali berbanding mereka yang tiada perkaitan atau memiliki apa-apa perhubungan.

Jika diperhatikan betul-betul kita pasti akan dapat lihat ada banyak kumpulan-kumpulan di tempat kerja. Kumpulan-kumpulan ini selalunya cenderung untuk berbincang antara satu sama lain sahaja dan memandang kumpulan lain dengan perspektif berbeza.

Ini juga boleh terjadi di antara pekerja dengan pihak majikan, di mana pada sesetengah kes pendapatan yang dibentangkan pekerja tidak diambil memandangkan status pekerja berada di bawah majikan.

  1. Bias Pencapaian

Antara bias yang sering berlaku tanpa disedari adalah bias pencapaian di mana individu yang berjaya meraih kejayaan dilayan berbeza dengan mereka yang masih belum dapat menghasilkan sumbangan.

Tidak kira walau sekeras mana pun penafian yang cuba dibuat, sifat manusia cenderung untuk memandang tinggi individu yang memiliki nama mahupun harta. Keadaan ini boleh dilihat jelas berlaku di tempat kerja selalunya.

Contoh seorang pekerja berjaya membawa masuk pelanggan dan meraih jualan yang tinggi akan diberikan bonus tambahan berbanding mereka yang biasa-biasa. Atau majikan lebih mempercayai pekerja yang berstatus tinggi berbanding pekerja biasa.

Cara Tangani Sikap Bias Di Tempat Kerja

Agak sukar sebenarnya untuk mengubah bias kerana ia bermain dengan emosi dan pengaruh pemikiran, namun tidak bermakna ia mustahil. Cara terbaik untuk berdepan dengan sikap bias adalah dengan mengubah corak bekerja.

  • Terima kebenaran bias boleh berlaku dan cegahnya dari berlarutan
  • Gunakan sistem KPI dan OKR dalam ukur prestasi pekerja secara adil
  • Buka minda untuk terima perbezaan dan pendapat orang lain
  • Amalkan aktiviti bersama bagi memecahkan sifat berkumpulan di tempat kerja
  • Jangan ikutkan emosi dalam membuat sebarang keputusan

Kesimpulannya, masalah bias ada cara penyelesaian namun ia mengambil masa yang panjang untuk mengubahnya. Sebagai majikan, pegawai HR dan pekerja penting untuk kita buka minda dalam menerima sebarang perbezaan perspektif.

Tidak dilupakan juga dalam membuat sebarang keputusan penting untuk kita berfikir secara rasional, tolak tepi perasaan bagi mendapatkan hasil yang adil dan saksama untuk semua pihak.

MySyarikat-Penyelesaian Masalah Tempat Kerja

Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju. 

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Bagi syarikat yang berdepan masalah komunikasi antara pekerja dan pihak pengurusan, fungsi Smart Announcement – MySyarikat dapat melancarkan proses membuat pengumuman bagi meningkatkan komunikasi dengan sekali tetapan sahaja!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma! 

Leave a Reply