Pandemik Covid 19 merupakan waktu yang sangat sukar untuk rakyat Malaysia tempuhi. Banyak kegiatan ekonomi terpaksa menukar cara kerja demi menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja ketika itu.
Justeru dengan itu, aktiviti pekerjaan perlu mencari alternatif lain untuk meneruskan kelangsungan operasi. Dari sini wujudlah cara bekerja yang berpusat dari kediaman rumah masing-masing.
Bahkan, peniaga juga mula melakukan aktiviti perniagaan di atas talian (online) untuk mencari pelanggan. Platform seperti Tiktok, Shopee dan Lazada sering menjadi tempat pilihan dalam meneruskan kegiatan perniagaan.
Seterusnya, untuk pekerja yang perlu ke office, majikan memberi kelonggaran untuk pekerja bekerja dari rumah. Disebabkan peristiwa ini, bekerja dari rumah (work from home – WFH) atau bekerja hybrid telah menjadi trend dan kebiasaan untuk syarikat.
Kelebihan Bekerja Dengan Cara Hybrid
Bekerja secara hybrid sudah tentu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu, amalan ini boleh dijadikan sebagai perkara yang baik atau buruk bergantung kepada individu itu.
Tambahan lagi, kelebihan bekerja secara hybrid juga boleh membawa faedah kepada majikan dan juga pekerja. Dengan itu, kerja cara hybrid telah menjadi norma dalam sesetengah syarikat di Malaysia.
Faedah Bekerja Hybrid Untuk Pekerja
- Keseimbangan Kerja dan Hidup
Bekerja secara hybrid membolehkan pekerja menjaga keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi. Mereka dapat menguruskan masa dengan lebih baik, mengurangkan tekanan, dan meningkatkan kesejahteraan.
- Mempunyai Lebih Masa
Dengan kerja secara hybrid, pekerja memiliki fleksibiliti untuk menetapkan waktu mereka sendiri. Mereka boleh menyesuaikan jadual kerja mereka mengikut keperluan peribadi, seperti menghadiri janji doktor atau menjaga anak.
- Penjimatan Kos
Kerja dari rumah membantu pekerja menjimatkan kos perjalanan dan makan tengah hari. Ini juga mengurangkan tekanan kewangan dan memberi lebih banyak kebebasan dalam pengurusan kewangan mereka.
- Meningkatkan Produktiviti
Bekerja secara hybrid membantu workflow pekerja menjadi lebih lancar. Hari yang ke office boleh digunakan untuk meeting dan perbincangan lain. Manakala hari lain boleh digunakan untuk menjalankan kerja dengan selesa walaupun di mana jua.
Faedah Bekerja Hybrid Untuk Majikan
- Penjimatan Kos
Majikan boleh menjimatkan kos dengan mengurangkan perbelanjaan tempat kerja seperti sewa pejabat, bil elektrik, bil air dan perbelanjaan utiliti yang lain. Tambahan lagi, kos untuk kenderaan dan parkir juga boleh dikurangkan.
- Pejabat Yang Lebih Selesa
Dengan mengurangkan bilangan pekerja yang hadir di pejabat pada bila-bila masa, syarikat dapat mengurangkan kesesakan dan menyediakan persekitaran kerja yang lebih selesa dan produktif bagi pekerja lain yang hadir di pejabat.
- Rekrut Calon Pekerja Cemerlang
Majikan yang menawarkan pekerjaan hybrid boleh menarik perhatian calon pekerja yang berpotensi. Tambahan lagi, pekerja yang telah setia bersama dengan syarikat akan perform dengan lebih baik kerana penjagaan kebajikan yang bagus.
- Keselamatan Pada Waktu Kecemasan
Model kerja hybrid memberi ketahanan kepada perniagaan dalam menghadapi kecemasan seperti bencana semula jadi atau pandemik. Disebabkan pekerja sudah biasa bekerja dari rumah, syarikat boleh meneruskan operasi mereka tanpa terlalu terjejas oleh gangguan luar.
Kelemahan Bekerja Cara Hybrid
- Kesukaran Berkomunikasi
Bekerja secara hybrid bermaksud tidak semua ahli team akan sentiasa hadir. Maka, aktiviti seperti mesyuarat dan perbincangan boleh terganggu atau tidak dapat dijalankan dengan lancar.
- Terasa Dipinggirkan
Bekerja secara hybrid pasti membawa kesukaran untuk pekerja berkawan dan mengenali rakan sekerja yang lain. Justeru dengan itu, perasaan dipinggirkan di tempat kerja boleh timbul.
- Kesukaran Mengatur Waktu Kerja
Mengubahsuai waktu kerja adalah sesuatu yang sangat diinginkan oleh setiap pekerja. Namun, tidak semua boleh menggunakan waktu itu dengan sepatutnya. Oleh dengan itu, pekerja yang tidak boleh mengatur waktu kerja dengan betul akan menjejaskan prestasi dan produktiviti kerja mereka dan output syarikat mereka sendiri.
Akhir kata, syarikat mengimplementasi kerja cara hybrid demi meningkat produktiviti syarikat sambil menjaga kebajikan, kesihatan dan keselamatan pekerja mereka. Kemudahan bekerja cara hybrid ini melahirkan sistem kerja yang lebih mesra dengan pekerja untuk melakukan tugasan tanpa tekanan yang tinggi.
Selaraskan Waktu Kerja Pekerja Kini Mudah Dengan MySyarikat
Adakah anda alami masalah pengurusan seperti menyelaraskan semua caruman-caruman pekerja? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk automasikan pembayaran caruman wajib dengan MySyarikat!
MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat!
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!