Kepelbagaian atau diversiti merujuk kepada perbezaan latar belakang, budaya, perspektif, jantina, etnik, umur, agama, pendidikan, pengalaman kerja, faham politik dan kemahiran dalam sekumpulan individu.
Kepelbagaian ini memainkan peranan penting untuk sesebuah masyarakat mahupun organisasi kerana ia membawa kepada pertukaran idea, pemahaman mendalam, dan inovasi baharu yang berbeza.
Dalam konteks syarikat, diversiti bermakna membina sekumpulan pekerja yang berbeza latar belakang namum mampu bekerjasama dalam menyumbang kepada perkembang. Kata kuncinya adalah peningkatan kreativiti dan inovasi yang pelbagai serta baharu.
Oleh itu, penting untuk majikan mengintegrasikan diversiti dalam struktur dan budaya syarikat dalam mencapai tahap perkembangan yang lebih kompetitif serta mencipta suasana kerja produktif.
Kelebihan Diversiti Di Tempat Kerja
Seperti yang diterangkan atas, diversiti di tempat kerja sangat penting dalam memastikan syarikat kekal berdaya saing dalam pasaran kompetitif. Berikut adalah beberapa kelebihan mengamalkan diversiti dalam syarikat.
1. Meningkatkan Kreativiti
Dengan adanya pekerja daripada pebagai latar belakang berbeza, ia boleh membawa lebih banyak perspektif dan idea baharu. Ini secara tidak langsung boleh membantu setiap pekerja memperoleh kemahiran baharu yang boleh mendorong perkembangan syarikat.
Sebagai contoh, satu pasukan yang terdiri daripada pekerja dari pelbagai latar belakang dan pengalaman berbeza dapat membantu diantara satu sama lain dengan memberi perspektif baharu dalam menyelesaikan suatu tugasan.
2. Bantu Proses Membuat Keputusan
Diversiti di tempat kerja juga boleh membantu syarikat dalam proses membuat keputusan. Hal ini kerana dengan adanya perspektif dan pengalaman berbeza, ia dapat dimanfaatkan dalam membuat keputusan lebih baik selepas menolak segala risiko yang ada.
Ini secara tidak langsung juga dapat membantu syarikat mengurangkan sebarang risiko kesilapan yang ada, dan memberi keyakinan dalam membuat sebarang keputusan yang lebih holistik dan berkesan.
3. Peningkatan Moral dan Motivasi Pekerja
Mengamalkan konsep diversiti di tempat kerja dapat membantu dalam meningkatkan moral dan motivasi pekerja. Apabila pekerja saling menghormati dan bekerjasama diantara satu sama lain ia dapat memupuk moral yang positif.
Melalui sifat positif ini ia juga dapat meningkatkan motivasi pekerja untuk bekerja. Dengan motivasi tinggi, pekerja akan menjadi lebih produktif dalam melakukan tugasan kerja seterusnya membantu syarikat berkembang.
4. Cipta Imej dan Reputasi Syarikat
Syarikat yang mengamalkan diversiti dapat mencipta satu imej yang baik di mata awam. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat lebih banyak pelabur, pelanggan dan keuntungan ke dalam syarikat.
Selain itu, melalui imej yang baik ini ia juga dapat mengukuhkan reputasi syarikat di dalam pasaran. Misalannya syarikat yang mengamalkan diversiti lebih kenderung menjadi pilihan pekerja fresh grad.
5. Tembusi Arus Perdana Global
Dalam era globalisasi, banyak syarikat melihat peluang untuk tembusi arus perdana global dengan memasuki pasaran luar negara. Melalui diversiti ini ia dapat membantu syarikat tembusi arus perdana dengan lebih mudah.
Pekerja yang memahami budaya dan bahasa berbeza dapat mencipta keselesaan kepada semua jenis pekerja daripada latar belakang tidak sama. Ini secara tidak langsung memastikan syarikat kekal kompetitif.
Selesaikan Masalah Pengurusan Dengan MySyarikat!
Kesimpulannya, mengamalkan diversiti di tempat kerja sangat penting kepada perkembangan syarikat dan pekerja. Ia bukan sahaja membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk pelbagai jenis pekerja tetapi turut membawa pengalaman baharu.
Oleh itu, syarikat-syarikat perlu mengambil langkah proaktif untuk mempromosikan dan memupuk diversiti dalam organisasi mereka. Dengan berbuat demikian, mereka bukan sahaja meningkatkan prestasi dan daya saing syarikat, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih inklusif dan adil.
Dalam pada itu, adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan pekerja? Perlukan sistem yang boleh automasikan pengurusan pekerja sehingga yang lengkap? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!
Dengan sistem HR software MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!