Skip to main content

Sukar untuk dinafikan bahawa gaji merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kepuasan dan keputusan pekerja untuk bekerja. Lebih tinggi penawaran gaji sesuatu syarikat boleh berikan, lebih gembira pekerja untuk bekerja dengan mereka.

Namun, ini tidak bermakna gaji adalah satu-satu perkara yang dipertimbangkan pekerja apabila ingin bekerja dengan sesebuah syarikat. Terdapat beberapa faktor luaran dan dalaman lain yang boleh mempengaruhi keputusan serta kepuasa pekerja bekerja.

Salah Faham Tentang Gaji dan Kepuasan Bekerja

Dalam dunia pekerjaan, gaji didefinisikan sebagai satu bentuk bayaran tetap yang dibuat majikan kepada pekerja pada asas mingguan ataupun bulanan. Kebiasaannya di Malaysia gaji pekerja akan dikreditkan secara bulanan dalam tempoh 7 haru selepas hari terakhir tempoh penggajian.

Dari penetapan jumlah gaji minimum, sistem pembayaran gaji sehingga tempoh pembayaran gaji ia telah diterangkan dalam buku perundangan kerja negara, Akta Kerja 1955. Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa pentingnya gaji kepada pekerja.

Akan tetapi perlu difahamkan juga walaupun pembayaran gaji itu penting, terdapat sesetengah pekerja yang tidak memandang wang sebagai pendorong utama untuk bekerja. Ada pekerja yang mencapai kepuasan bekerja dengan keseimbangan hidup kerja (work-life balance).

Menariknya lagi terdapat juga pekerja yang sanggup menerima pembayaran gaji rendah jika faedah bukan monetari yang ditawarkan syarikat mampu berikan kepuasan bekerja yang dimahukan. Pada dasarnya segala keputusan bergantung kepada pekerja itu sendiri.

Faktor Lain Yang Beri Kepuasan Bekerja Kepada Pekerja

Ini merupakan antara faktor-faktor lain yang dikenal pasti mampu berikan kepuasan bekerja kepada pekerja selain daripada gaji. Perlu diingatkan bahawa setiap individu memiliki komitmen berbeza-beza dan matlamat akhir yang tidak sama.

  1. Keseimbangan Hidup-Kerja (Work-Life Balance)

Perkara pertama yang dipertimbangkan pekerja sebelum bekerja tentunya tempoh waktu bekerja yang syarikat amalkan. Pada kebanyakan kes, pekerja pasti tidak mahu bekerja pada hujung minggu atau ketika waktu cuti umum.

Oleh itu, ada sesetengah pekerja sanggup menerima gaji yang lebih rendah demi memastikan keseimbangan hidup-kerja (work-life balance) terjamin. Lebih-lebih lagi bagi pekerja yang sudah berkeluarga tentunya mereka mahukan tempoh waktu bekerja fleksibel.

  1. Budaya Syarikat 

Budaya kerja dan persekitaran syarikat juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada keputusan pekerja untuk bekerja dengan syarikat selain gaji. Budaya syarikat ini termasuk perhubungan kerja antara pasukan dalam organisasi dan faedah-faedah kerja lain.

Pastinya pekerja mahu bekerja dengan syarikat yang amalkan budaya kerja positif seperti menawarkan faedah elaun, benarkan pakaian bebas atau amalkan aturan kerja fleksibel. Paling penting pekerja mahukan syarikat yang harga kesihatan mental dan fizikal pekerjanya.

  1. Bidang Pekerjaan

Istilah ‘passion over money’ merujukan kepada situasi di mana individu memilih untuk melakukan sesuatu yang disukainya tanpa mengira sama ada perkara dilakukan memberi manfaat kewangan atau tidak.

Zaman kini ramai pekerja mula sedar akan kepentingan melakukan kerja yang disukai berbanding menerima gaji yang tinggi. Ia berkait rapat juga dengan aspek work-life balance yang boleh memberikan kepuasan kepada pekerja untuk bekerja.

  1. Perkembangan Kerjaya

Sama seperti di atas, peluang perkembangan kerjaya juga menjadi faktor yang mempengaruhi keputusan pekerja selain gaji. Terdapat sesetengah pekerja kekal bekerja dalam jawatan sama walaupun tidak dibayar tinggi kerana mahu kembangkan kemahiran yang ada.

Selalunya juga peluang perkembangan kerja ini akan membuahkan hasil pada jangka masa panjang. Seiring peningkatan kemahiran dan pengalaman, gaji juga akan menjadi lebih tinggi, maka perkembangan kerja juga terjamin.

  1. Jaminan Kerja

Sungguhpun jaminan kerja adalah faktor terakhir yang mempengaruhi keputusan dan kepuasan pekerja selain gaji, namun ia sangat memainkan peranan terutamanya kepada mereka yang rancang untuk bekerja dengan syarikat sama pada jangka masa panjang.

Bukan semua pekerja mahu job hopping sepanjang masa, ada sesetengahnya sudah selesa bersama syarikat dan tidak mahu merisikokan kerjaya sedia ada dengan bertukar-tukar tempat kerja walaupun gaji yang ditawarkan lebih tinggi.

Bukan Semua Pekerja Itu Sama

Akhir kata, gaji bukannya penentu utama kepada kepuasan bekerja untuk seseorang individu itu. Terdapat banyak faktor lain yang boleh dipertimbangkan, dan pihak majikan perlu ambil maklum supaya pekerja terus kekal bekerja serta berapa puas hati dengan syarikat.

Di sini perlu diingatkan juga setiap pekerja itu tidak sama. Oleh itu syarikat dinasihatkan untuk jadi lebih fleksibal dalam menawarkan manfaat kerja kepada pekerja. 

Tingkatkan Kepuasan Pekerja Anda Dengan MySyarikat 

Adakah anda alami masalah pengurusan pekerja kerana ketidakpuasan hati pekerja yang tinggi? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk penuhi keperluan dan tingkatkan kepuasan pekerja dengan MySyarikat!

MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply