Skip to main content

Kemampuan untuk mengukur prestasi syarikat adalah kunci penting dalam menetukan perkembangan sesebuah organisasi ataupun perniagaan. Ia dapat membantu dalam proses membuat keputusan dan mengenal pasti teknik perniagaan yang betul.

Oleh itu, kebanyakan syarikat akan menggunakan pelbagai cara untuk mengukur metrik prestasi dalam melihat perkembangan perniagaan mereka. Dan antara peralatan yang seing digunakan untuk mengukur sesuatu prestasi adalah dengan menetapkan KPI atau OKR.

Apa itu KPI?

KPI adalah akronim kepada Key Performance Indicator atau dalam bahasa Malaysia, Petunjuk Prestasi Utama. Dalam perniagaan KPI digunakan untuk menilai prestasi, kejayaan atau perkembangan aktiviti bagi sesebuah objektif yang telah ditetapkan.

Ia selalunya digunakan juga bagi mengukur prestasi dari masa ke semasa untuk sesebuah organisasi, individu atau projek dalam bentuk yang boleh diukur (kebiasannya data kuantitatif) dan membandingkannya dengan pencapaian lepas. 

Pada kebanyakan kes KPI sering menjadi kayu pengukur utama dalam mengenal pasti prestasi perkembangan syarikat. Hal ini kerana data dalam bentuk angka lebih mudah dibaca dan difahami seperti,

  • Keuntungan bersih
  • Kos pemerolehan
  • Trafik laman web
  • Purata transaksi
  • Nilai penjualan

Kata kuncinya di sini adalah data kuantitatif yang boleh diukur, maka KPI perlu ditetapkan untuk satu tempoh masa seperti tahunan atau bulanan malah juga boleh dibuat pada kadar per jam.

Apa Itu OKR?

OKR pula adalah singkatan kepada Objective and Key Results atau hasil objektif utama. Secara mudahnya OKR digunakan dalam perniagaan dengan menetapkan matlamat (objektif) yang boleh membantu syarikat bergerak ke laluan untuk mencapai hasilnya.

Dalam bahasa mudahnya OKR digunakan syarikat dengan tetapkan satu matlamat kepada semua bahagian untuk beri fokus dalam mencapai sesuatu hasil ataupun penambahbaikan yang dimahukan. 

Kerangka kerja untuk OKR jika dilihat hampir sama seperti KPI, malah ia sebenarnya saling berkait antara satu sama lain. Pada kebanyakan kes syarikat mungkin tanpa sedar telah menetapkan OKR semasa melaksanakan KPI.

Antara contoh OKR adalah seperti berikut:

  • Tingkatkan kesedaran dan penglibatan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan
  • Tingkatkan jumlah pelanggan atau pengguna baru
  • Tingkatkan jumlah pekerja dalam syarikat
  • Mengeluarkan produk atau perkhidmatan baru
  • Menjadi peneraju dalam pasaran 

Perbezaan KPI dan OKR

Seperti diterangkan di atas, KPI dan OKR sebenarnya saling berkaitan antara satu sama lain. Dalam menetapkan KPI untuk sesebuah syarikat OKR juga akan terhasil kerana kedua-duanya berfungsi sebagai rangka kerja yang dapat mengukur prestasi.

Selalunya, KPI akan dibentangkan sebagai titik permulaan kemudian disusuli oleh OKR bagi membantu pekerja mendapat gambaran kepada matlamat yang ingin dicapai oleh syarikat. Kadang-kala OKR ditetapkan terlebih dahulu dan diikuti oleh KPI.

Walau apa pun, kedua-dua KPI dan OKR ini sangat penting dalam menentukan perkembangan sesebuah syarikat. Ia memberikan satu data kuantitatif yang boleh dikira dan pada masa yang sama memberikan matlamat akhir (end-goal) untuk dicapai.

Cara Tetapkan KPI dan OKR

Perlu diingatkan bahawa KPI dan OKR saling berkaitan antara satu sama lain, dan selalunya digunakan untuk satu tempoh masa sama ada diukur secara tahunan atau bulanan mahupun mingguan bergantung kepada keperluan syarikat.

Maka, penting untuk syarikat memahami formula dalam menetapakan KPI dan OKR adalah apabil:

  • Jika sasaran KPI besar, maka OKR ditetapkan perlu bersesuaian dengan matlamat yang ingin dicapai
  • Jika prestasi KPI merundum, tetapkan OKR untuk bantu syarikat kembali ke laluan mencapai matlamat ditetapkan

Kesimpulannya, cara terbaik untuk menetapakan KPI dan OKR adalah dengan memberikan matlamat yang jelas dan realistik dicapai. Gunakan data kuantitatif yang mudah dikira untuk tetapkan KPI dan letakkan sasaran tempoh masa realistik untuk OKR.

Dinasihatkan untuk jangan sesekali meletakkan KPI dan OKR yang sukar dicapai kerana ia boleh mendatangkan tekanan serta bebanan kepada pekerja. Seterusnya, ini boleh menyekat perkembangan syarikat dari kekal berdaya saing dalam pasaran. 

Gunakan MySyarikat Untuk Tetapkan KPI Syarikat!

Adakah syarikat anda menghadapi masalah capai objektif ditetapkan? Perlukan sistem yang tawarkan fungsi KPI yang efisien dan mudah dilaksanakan? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! 

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat!

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami

Leave a Reply