Skip to main content

Dunia pekerjaan bukanlah sentiasa dipenuhi pelangi, ada masa akan dihujani dengan pelbagai cabaran dan masalah. Begitulah kehidupan pekerjaan yang sering berhadapan dengan risiko. 

Apatah lagi jika bekerja dengan syarikat yang kurang stabil, terutamanya dalam aspek perkembangan dan kelangsungan perniagaan. Ini secara tidak langsung membuatkan pekerja terdedah kepada risiko potensi untuk dibuang kerja. 

Secara dasarnya, majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sesuka hati ataupun tanpa sebab yang munasabah. Maka, wujud skim seperti pemisahan pekerja untuk menjaga hak pekerja dari risiko pembuangan pekerjaan. 

Apakah VSS dan MSS?

Dalam hal pemberhentian pekerja, terdapat dua skim yang boleh dipilih berdasarkan kehendak pekerja dan majikan sendiri. Skim ini adalah Skim Pemisahan Sukarela atau Voluntary Separation Scheme (VSS) dan Skim Pemisahan Wajib atau Mutual/Mandatory Seperation Scheme (MSS)

  1. Skim Pemisahan Sukarela (VSS)
    1. Skim ini menawarkan pilihan kepada pekerja sama ada menarik diri keluar daripada sesebuah syarikat tanpa diberhentikan 
    2. Tambahan lagi, pekerja akan diberikan pampasan yang sewajarnya oleh syarikart 
  2. Skim Pemisahan Wajib (MSS)
    1. Ia merujuk kepada persetujuan antara majikan dan pekerja untuk berhenti bekerja atau menamatkan kontrak.
    2. MSS menawarkan perundingan untuk mendapatkan persetujuan yang memuaskan dua-dua pihak. 
    3. Pekerja juga akan menerima faedah dan pampasan dari syarikat tersebut 

Notis Penamatan Kontrak

Pihak majikan wajib memberikan notis kepada pekerja yang diberhentikan. Mengikut Akta Kerja 1955, Seksyen 12 (1), mana-mana pihak kepada kontrak perkhidmatan boleh memberi notis kepada pihak yang bertentangan untuk memaklumkan niat penamatan kontrak. 

Tempoh notis yang diberi harus mempunyai tempoh yang sama bagi pihak majikan dan pekerja. Tambahan lagi, peruntukan bertulis mesti ada untuk pekerja tersebut. Ringkasan tempoh notis penamatan boleh dirujuk Akta kerja 1995, Seksyen 12 (2) seperti berikut:

  • Empat minggu notis untuk pekerja yang berkhidmat kurang daripada 2 tahun
  • Enam minggu notis untuk pekerja yang berkhidmat dua tahun atau lebih
  • Lapan minggu notis untuk pekerja yang berkhidmat lima tahun atau lebih

Kemudian pada Seksyen 12 (3), pula mengatakan pemberian notis penamatan kontrak boleh diberikan majikan jika:

  1. Majikan telah memberhentikan atau berniat untuk berhenti menjalankan perniagaan bagi tujuan-tujuan di mana pekerja itu diambil bekerja;
  2. Majikan telah memberhentikan atau berniat untuk berhenti menjalankan perniagaan di tempat di mana pekerja itu dikontrakkan untuk bekerja; 
  3. Kehendak-kehendak perniagaan tersebut bagi pekerja menjalankan kerja dari jenis yang tertentu telah tamat atau susut atau dijangka tamat atau susut;
  4. Kehendak-kehendak perniagaan tersebut bagi pekerja menjalankan kerja dari jenis yang tertentu di tempat dia dikontrakkan untuk bekerja telah tamat atau susut atau dijangka tamat atau susut;
  5. Pekerja tersebut telah enggan menerima pemindahannya ke mana-mana tempat pekerjaan, melainkan kontrak perkhidmatannya menghendaki dia menerima pemindahan tersebut; atau
  6. Pertukaran telah berlaku dalam pemunyaan perniagaan bagi tujuan mana pekerja itu diambil bekerja atau sebahagian daripada perniagaan tersebut, tidak kira sama ada pertukaran itu berlaku menurut jualan atau lain-lain pelupusan atau oleh kuat kuasa undang-undang. 

Dalam pada itu, notis yang diberikan kepada pekerja mahupun majikan hendaklah bertulis dan boleh diberikan bila-bila sahaja. Perlu di ingatkan, tarikh notis itu diberikan kepada pekerja perlu disertakan di dalam tempoh notis itu. 

Pampasan untuk Pekerja

Bagi pekerja yang terlibat dengan VSS atau MSS ini, mereka layak untuk menerima pampasan pekerjaan atas kehilangan pekerjaan dalam bentuk sokongan kewangan daripada syarikat termasuk PERKESO untuk sesetengah kes.

 Bagi syarikat, program ini membolehkan mereka menyesuaikan serta menstabilkan semula operasi perniagaan mengikut keperluan semasa dengan mengurangkan kos tanpa perlu melakukan pemecatan pekerja secara paksa.

Secara ringkasnya, pampasan daripada VSS dan MSS adalah seperti berikut:

  1. Pemberhentian: Tertaklut kepada penetapan dalam Akta Kerja 1955
  2. Skim Pemisahan Sukarela (VSS): Tiada pampasan jika berlaku atas kerelaan kecuali terjadi paksaan, ancaman atau ugutan
  3. Skim Pemisahan Wajib (MSS): Tiada pampasan jika berlaku atas persetujuan kecuali terjadi penipuan atau ketidakpatuhan kontrak

Pemberhentian (Layoff) Kerja

Pemberhentian atau layoff biasanya berlaku apabila syarikat ingin mengurangkan tenaga pekerja, tetapi tidak bermakna ia berdepan bankrap atau berhenti beroperasi. Ia hanya sekadar mengimbangi semula bilangan pekerja dan perkembangan semasa syarikat.

Kesimpulannya, dibuang atau diberhentikan kerja adalah perkara yang tidak boleh dielakkan atas faktor situasi dan keadaan syarikat. Walaupun kita mempunyai pilihan, tetapi sebaiknya kita mementingkan faedah untuk jangka masa yang panjang.

Pekerja yang berhenti kerja patut menggunakan peluang ini untuk membina kerjaya baru di tempat lain dengan kemahiran yang sedia ada demi memajukan kerjaya diri di masa hadapan nanti. 

Proses Pengurusan Pampasan dan Gaji Lebih Mudah Dengan MySyarikat!

Adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan pekerja? Perlukan sistem pengurusan yang boleh melancarkan proses pengambilan pekerja dan meningkatkan kepuasan pengalaman bekerja? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! 

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat!

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply