Skip to main content

Dalam pengurusan bakat dan proses merekrut pekerja, pegawai sumber manusia (HR) perlu menyaring puluhan malah ratusan resume calon pekerja dalam tempoh yang singkat. Lebih banyak masa yang diambil semasa proses rekrut pekerja, lebih banyak perbelanjaan perlu dikeluarkan.

Oleh itu, kebanyakkan syarikat kini mula menggunakan Applicant Tracking System (ATS) dalam menyaring puluhan resume calon pekerja dalam masa yang singkat untuk mencari bakat-bakat baru yang diidamkan.

Sebagai pengetahuan ATS adalah sebuah perisian yang mengumpul dan mengatur maklumat dari resume yang dihantar oleh calon pekerja. Ia menawarkan kemudahan kepada pegawai HR dengan menyaring resume mengikut kata kunci (keyword) yang ditetapkan.

Melalui penggunaan ATS tempoh masa yang diambil untuk menyaring puluhan resume dapat disingkatkan, seterusnya membantu pegawai HR untuk memberi fokus kepada tugasan lain dalam proses merekrut pekerja.

Kelebihan Guna ATS Kepada Syarikat

ATS ini sebenarnya berfungsi dengan menyaring maklumat-maklumat mengikut kriteria tertentu yang telah ditetapkan seperti keyword, kemahiran (skill), pengalaman kerja, kelayakan akademik dan lain-lain lagi.

Selain itu, ATS juga boleh menyusun kedudukan resume yang dihantar calon untuk memudahkan pegawai HR menyenarai pendek (shortlist) calon pekerja untuk di bawa ke pringkat temuduga (interview).

Terdapat banyak lagi kelebihan menggunakan ATS dalam menyaring resume calon pekerja untuk syarikat antaranya,

  1. Tingkatkan Efisensi Proses Rekrut

Kemampuan ATS untuk menyaring puluhan hingga ratusan resume secara automatik dalam masa singkat, membenarkan pegawai HR untuk memberi fokus kepada proses merekrut lain seperti interview.

Tidak dilupakan juga sesetengah perisian ATS juga menawarkan fungsi mengatur kedudukan resume bagi memudahkan pegawai HR memilih calon pekerja yang ingin di bawa ke peringkat seterusnya.

  1. Menyediakan Maklumat Untuk Buat Keputusan

Seperti di kata awal tadi, ATS berfungsi untuk menyaring resume mengikut kata kunci yang telah ditetapkan. Ini secara tidak langsung memudahkan pegawai HR untuk memilih resume yang sudah ditapis mengikut keperluan jawatan.

Ini juga secara tidak langsung memudahkan proses membuat keputusan bila resume-resume yang dihantar telah dikumpukan mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Sekali lagi meningkatkan efisensi pada bahagian HR.

  1. Mengurangkan Kos Perbelanjaan

Pada dasarnya proses merekrut pekerja menelan belanja yang agak besar berbanding menggajikan seorang pekerja. Hal ini kerana ia melibatkan banyak proses dari mengiklankan jawatan kosong sehingga mengadakan interview.

Tetapi dengan penggunaan ATS ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos seperti mengambil pakar untuk menilai resume. Selalunya kos untuk membeli sistem ATS adalah lebih rendah dari mengambil pakar.

  1. Mengenal Pasti Calon Sesuai

Sama macam mana ATS membantu memudahkan proses membuat keputusan, penggunaan sistem ini juga dapat mengenal pasti calon pekerja yang sesuai untuk syarikat. Ini kerana calon yang baik adalah mereka yang melakukan persediaan dari peringkat awal seperti resume.

Apabila mengambil pekerja yang berkualiti, masalah pemberhentian pekerja dapat dikurangkan sekaligus meningkatkan imej serta perkembangan syarikat. Ia secara tidak langsung menjimatkan juga kos merekrut pekerja baru.

  1. Menyelaraskan Tugasan Pentadbiran

Proses merekrut pekerja sebenanrya adalah sebahagian daripada tugasan pentadbiran, jadi dengan menggunakan ATS ia dapat menyelaraskan semua bahagian dalam syarikat untuk bergerak lebih lancar.

Apabila tugasan satu bahagian itu menjadi lebih mudah kesannya dapat dirasai oleh semua. Tidak dilupakan juga ATS dapat memastikan semua bahagian di pejabat menerima maklumat calon dengan lebih mudah.

ATS Tingkatkan Efisensi Kepada Syarikat dan MySyarikat Tingkatkan Efisiensi

Ternyata proses mencari pekerja yang sesuai dalam pasaran adalah tugasan yang sukar. Syarikat perlu melaburkan sejumlah wang yang besar bagi mendapatkan pekerja berkualiti. Ingat, pekerja juga adalah pelaburan jangka masa panjang syarikat.

Oleh itu, tidak salah untuk syarikat menggunakan ATS dalam memudahkan urusan mencari pekerja. Kemampuannya untuk mengatur dan menyaring resume dapat meningkat efisensi syarikat selain menyelaraskan tugasan-tugasan pegawai HR.

Kesimpulannya, melabur untuk ATS adalah sama seperti pelaburan terhadap pekerja. Ia boleh membawa pulangan yang besar untuk tempoh jangka masa yang panjang jika syarikat berani untuk mengambil risikonya.

Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju. 

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma! 

Tips HR

Tips Urus Pekerja Introvert

Zahin ByondZahin ByondMarch 25, 2024

Leave a Reply