Skip to main content

Dalam sebuah struktur organisasi perniagaan atau syarikat terdapat banyak bahagian berbeza contohnya bahagian sumber manusia (HR), bahagian pemasaran (marketing), bahagian produk, bahagian penjualan (sale) dan bermacam-macam lagi.

Untuk menguruskan setiap bahagian-bahagian yang berbeza ini memerlukan kemahiran pengurusan yang tinggi, ditambah dengan sebuah peralatan (tool) yang cukup berkuasa untuk menyelaraskan aliran kerja dalam satu masa.

MySyarikat adalah salah satu tool yang cukup berkuasa bagi menyelaraskan aliran kerja untuk setiap bahagian dalam syarikat yang berbeza. Berfokuskan prinsip automasi yang meningkatkan efisensi kerja, MySyarikat juga dapat menggabungkan anak-anak syarikat dalam satu aplikasi.

Fleksibilti dan Efisiensi 

Kebanyakan syarikat moden zaman sekarang ini dibina dengan gabungan beberapa anak-anak syarikat berbeza melalui pengambilalihan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat perlukan fungsi pemusatan untuk perkara seperti gaji dan bahagian pengurusan sumber manusia.

Maka, fleksibiliti adalah kunci utama yang dicari oleh kebanyakan syarikat untuk menyelaraskan semua bahagian dan di sini datangnya MySyarikat yang menawarkan sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) yang meningkatkan efisiensi kerja.

Sistem HRMS MySyarikat menawarkan segala keperluan pengurusan HR dalam mengatasi masalah kerumitan dan cabaran yang dihadapi syarikat moden. Antara kelebihan MySyarikat dalam menyelaraskan aliran kerja syarikat adalah,

  1. Menyelaraskan Pembayaran dan Agihan Gaji

Apabila bekerja dalam sebuah organisasi besar dan memiliki banyak bahagian, terdapat perbezaan tangga gaji yang perlu dibayar untuk setiap pekerja. Tugasan rumit pembayaran gaji ini dapat dimudahkan dengan Secured Payroll MySyarikat.

Sistem MySyarikat bukan sahaja boleh menyelaraskan pembayaran gaji pekerja secara automatik setiap bulan, tetapi pada masa yang sama dapat memastikan pengagihan dibuat dengan pantas walaupun pada hari cuti rehat.

  1. Mengumpul dan Menyimpan Rekod Tuntutan

Setiap bahagian memiliki perbelanjaan yang berbeza-beza dan untuk menguruskannya secara manual akan memakan masa yang panjang, selain terdapat risiko kesalahan pengiraan. Namun, dengan Claim Management MySyarikat segala tuntutan dapat diselaraskan dengan mudah.

Kemampuan sistem MySyarikat untuk menjana pengiraan, mengumpul dan menyimpan segala rekod dapat dibuat walaupun pada bahagian berbeza-beza. Ini secara tidak langsung meningkatkan efisiensi dan mengurangkan kesalahan pengiraan.

  1. Memudahkan Proses Mohon Cuti Berperingkat

Masalah utama dalam pengurusan pekerja dalam kuantiti banyak adalah jumlah permintaannya juga banyak. Oleh itu pegawai HR perlu memiliki sistem yang berkuasa untuk menampung segala permintaan contohnya permohonan cuti dengan lebih lancar.

Di sini Leave Management MySyarikat memainkan peranan penting dalam memudahkan proses permohonan cuti, walaupun ia menggunakan pengesahan berperingkat (multiple approval). Pada satu aplikasi sahaj semua permohanan dapat diluluskan dalam masa singkat.

  1. Meningkatkan Komunikasi Antara Pekerja

Perhubungan komunikasi antara pekerja di bahagian berbeza-beza sangat penting dalam memastikan kelancaran operasi syarikat. Setiap maklumat perlu disampaikan secara tepat dan terus ke pekerja supaya tidak berlaku salah faham.

Maka, Smart Annoucement MySyarikat menyelesaikan masalah tersebut dengan menawarkan medium membuat pengumuman terus dalam aplikasi supaya semua pekerja yang memiliki akaun tidak akan ketinggalan.

  1. Memudahkan Urusan Rekod Kehadiran 

Antara masalah utama mana-mana syarikat, terutama yang memiliki pekerja ramai, adalah memastikan rekod kehadiran terjaga. Lebih-lebih lagi bagi syarikat yang memiliki anak syarikat sangat sukar untuk lihat rekod kehadiran tanpa ada peralatan yang betul.

Oleh itu, Smart Attendance MySyarikat patut menjadi pilihan dengan fungsi selfie untuk merekod pekerja memudahkan proses catat kehadiran. Cara innovatif ini bukan sahaja menyelesaikan masalah ketidakupayaan catat kehadiran pekerja tetapi juga peneraju utama dalam arena HRMS di Malaysia.

Selaraskan Aliran Kerja Syarikat Dengan MySyarikat

Ternyata, syarikat besar yang memiliki anak-anak syarikat dan pekerja yang ramai patut menggunakan MySyarikat dalam menyelaraskan aliran kerja dan pengurusan pekerja. Kemampuan sistem MySyarikat yang menyeluruh, efisien dan fleksibel tidak boleh disangkal lagi.

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma! 

Leave a Reply