Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) di Malaysia kini sedang melalui transformasi digital untuk kekal relevan dalam dunia perniagaan. Salah satu penyelesaian yang menjadi keperluan utama adalah Human Resource Management System (HRMS) yang membantu menguruskan pengurusan sumber manusia secara automasi.
Dalam artikel ini kita akan membincnagkan apa itu SME, keperluan SME gunakan sistem HRMS automasi dan bagaimana MySyarikat muncul sebagai pilihan terbaik untuk pengurusan syarikat anda pada tahun 2025.
Apa Itu SME?
SME atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merujuk kepada syarikat yang mempunyai bilangan pekerja atau pendapatan tahunan yang tidak melebihi had tertentu seperti yang ditentukan oleh SME Corporation Malaysia.
Di Malaysia SME merangkumi pelbagai industri termasuk pembuatan, perkhidmatan, dan perdagangan. Menurut SME Corporation Malaysia, SME diklasifikasikan berdasarkan 2 faktor utama iaitu
- Sektor Perkilangan: Jualan tahunan kurang daripada RM50 juta ATAU kurang daripada 200 pekerja.
- Sektor Perkhidmatan dan Lain-lain: Jualan tahunan kurang daripada RM20 juta ATAU kurang daripada 75 pekerja.
SME memainkan peranan penting dalam ekonomi negara, menyumbang lebih daripada 38% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyediakan pekerjaan untuk berjuta-juta rakyat Malaysia.
Namun, dengan saingan yang semakin meningkat, SME menghadapai cabaran dalam menguruskan operasi mereka dengan cekap, termasuk aspek pengurusan sumber manusia mereka.
Kenapa SME Perlukan Sistem HRMS Automasi?
Pengurusan sumber manusia adalah tunjang bagi setiap organisasi. Namun, bagi SME yang sering berhadapan dengan kekangan masa, tenaga kerja terhad dan bajet yang kecil, pengurusan manual boleh menjadi halangan besar.
Ini adalah sebabnya sistem HRMS automasi menjadi penyelesaian yang ideal kepada SME.
- Menjimatkan Masa dan Tenaga
SME sering kali perlu menguruskan pelbagai tugasan seperti merekod kehadiran, memproses gaji dan mematuhi undang-undang buruh. Dengan sistem HRMS, semua proses ini boleh dijalankan secara automasi. Ini membolehkan pemilik syarikat fokus kepada aktiviti teras perniagaan.
- Pematuhan Undang-Undang
Di Malaysia, peraturan seperti Akta Kerja 1955 perlu dipatuhi. Sistem HRMS membantu SME memastikan dokumen pekerja, caruman KWSP, SOCSO dan PCB dikira dengan tepat, seterusnya mengelakkan denda dan penalti.
- Meningkatkan Produktiviti
Sistem HRMS mengurangkan kerja manual yang memakan masa, meningkatkan kecekapan pengurusan tenaga kerja. Contohnya, ciri aplikasi cuti dalam talian atau pengiraan gaji automatik dapat menjimatkan masa pekerja dan pegawai HR.
- Data Pekerja Lebih Teratur
Semua data pekerja seperti kontrak kerja, rekod kehadiran, dan rekod prestasi disimpan secara digital dan mudah diakses semual dengan sistem HRMS. Ini memastikan SME mempunyai data yang teratur untuk membuat keputusan berdasarkan fakta tepat.
Kelebihan SME Guna MySyarikat
Sebagai salah satu penyedia sistem HRMS terbaik di Malaysia, MySyarikat menawarkan penyelesaian yang direka khas untuk keperluan SME. Berikut adalah beberapa kelebihan utama sistem MySyarikat:
- Mesra Pengguna
Antaramuka (interface) MySyarikat direka supaya mudah digunakan walaupun untuk pengguna baharu. Dengan sistem yang intuitif, SME dapat memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri HRMS tanpa memerlukan latihan teknikal yang rumit.
- Kos Efektif
Kos sering menjadi halangan bagi SME untuk melabur dalam teknologi. MySyarikat menawarkan pakej langganan yang fleksibel dan mampu milik, sesuai untuk bajet SME. Anda hanya membayar untuk fungsi yang diperlukan, menjadikannya pelaburan yang berbaloi.
- Automasi
Sistem ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi-fungsi automasi:
- Pengurusan Gaji Automatik: Pengiraan gaji, caruman KWSP/SOCSO dan potongan PCB dilakukan secara automatik.
- Pengurusan Kehadiran: sistem selfie yang disepadukan memudahkan pemantauan kehadiran pekerja.
- Pengurusan Cuti dan Tuntutan: Proses ini lebih pantas dan telus dengan kelulusan segera.
- Penilaian Prestasi: MySyarikat menyediakan laporan prestasi terperinci untuk membantu SME menilai dan meningkatan produktiviti pekerja.
- Sokongan Teknikal
Sebagai sistem buatan Malaysia, MySyarikat menyediakan sokongan khidmat pelanggan yang pantas dan memahami keperluan unik SME di negara ini. Ini memastiakn pengguna mendapat bantuan yang efisien tanpa perlu menunggu lama.
- Pematuhan Undang-Undang
MySyarikat direka untuk memenuhi keperluan undang-undang kerja Malaysia. Anda tidak perlu risau tentang kesilapan dalam mematuhi peraturan KWSP, SOCSO atau LHDN.
Kesimpulannya, bagi tahun 2025 transformasi digital bukan lagi pilihan tetapi keperluan untuk SME di Malaysia. Dengan cabaran pengurusan HR yang semakin kompleks, sistem HRMS automasi seperti MySyarikat adalah penyelesaian terbaik untuk meningkatkan kecekapan operasi.
MySyarikat bukan sahaja menawarkan teknologi yang mesra pengguna dan kos efektif, tetapi juga membantu SME mematuhi undang-undang kerja dengan lebih mudah. Dengan melabur dalam MySyarikat, anda bukan sahaja menguruskan pekerja dengan lebih baik, tetapi jga meletakkan perniagaan anda di landasan yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan.
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!