Skip to main content

Kerja lebih masa (overtime) sering menjadi isu penting di tempat kerja, terutama dalam sektor yang memerlukan waktu operasi berterusan. Namun, ramai pekerja tidak tahu hak mereka. Soalan utama yang sering ditanya adalah ‘bolehkah majikan memaksa pekerja bekerja lebih masa?’.

Jawapannya adalah TIDAK, kecuali dalam keadaan tertentu seperti kecemasan. Artikel ini akan menjelaskan undang-undang kerja berkaitan kerja lebih masa, kadar bayaran overtime, tindakan yang boleh diambil jika majikan melanggar hak pekerja, dan tip untuk melindungi diri.

Apa Itu Kerja Lebih Masa dan Hak Pekerja di Malaysia?

Kerja lebih masa merujuk kepada sebarang waktu kerja yang melebihi tempoh waktu-waktu kerja normal seperti yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955. Tempoh waktu kerja biasa adalah:

  • Tidak boleh bekerja bekerja lebih 5 jam jam tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit.
  • Tidak boleh bekerja kurang daripada 8 jam sehari.
  • Tidak boleh bekerja lebih daripada 10 jam sehari.
  • Tidak boleh bekerja lebih 45 jam seminggu.

Sebarang waktu tambahan di luar tempoh dinyatakan ini akan dikira sebagai kerja lebih masa. Pekerja yang melakukan kerja lebih masa berhak untuk menerima bayaran tambahan (overtime pay) seperti berikut:

  1. 1.5 kali gaji biasa sejam untuk kerja lebih masa pada hari kerja biasa.
  2. 2 kali gaji biasa sejam untuk kerja lebih masa pada hari rehat.
  3. 3 kali gaji biasa sejam untuk kerja lebih masa pada cuti umum.

Majikan tidak boleh mengabaikan keperluan bayaran ini kerana ia merupakan hak pekerja yang dilindungi undang-undang.

Bolehkah Majikan Paksa Kerja Lebih Masa?

Secara amnya, undang-undang Malaysia melindungi pekerja daripada sebarang bentuk paksaan kerja lebih masa. Berikut adalah peraturan utama di bawah Seksyen 60A Akta Kerja 1955:

  1. Persetujuan Diperlukan:
    Majikan perlu mendapatkan persetujuan pekerja sebelum meminta mereka bekerja lebih masa. Pekerja boleh menolak tanpa dikenakan tindakan disiplin.
  2. Had Maksimum Kerja Lebih Masa:
    Pekerja tidak boleh bekerja lebih masa melebihi 104 jam sebulan, seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja.
  3. Situasi Kecemasan:
    Dalam keadaan kecemasan seperti operasi penting yang perlu diteruskan, majikan boleh meminta pekerja bekerja lebih masa. Namun, ini perlu dilakukan dengan adil dan mematuhi undang-undang.
  4. Hak Cuti Mingguan:
    Walaupun bekerja lebih masa, pekerja tetap berhak mendapat cuti mingguan dan cuti rehat.

Kadar Bayaran dan Pengiraan OT

Bagi majikan yang meminta pekerja untuk melakukan kerja lebih masa atau pekerja yang diminta melakukan OT, adalah penting untuk mengetahui kadar bayaran serta cara pengiraan OT yang betul.

formula kira OT Akta Kerja
Formula Pengiraan OT berdasarkan Akta Kerja 1955

Contoh: Pekerja menerima gaji RM2,500 sebulan dan bekerja 8 jam sehari. Pada hari Jumaat majikan meminta pekerja untuk membuat overtime 2 jam dan pada Ahad juga diminta untuk bekerja 2 jam. Maka, pengiraan untuk OT adalah seperti berikut:

RM2,500 / 26 = RM96.15
RM96.15 / 8 = RM12.01 
RM12.01 x 2 x 1.5 = RM36.03
RM12.01 x 2 x 2.0 = RM48.04
RM2,500 + RM36.03 + RM48.04 = RM2580.07

Perlu diingatkan di sini bahawa jumlah RM2580.07 tersebut adalah subjek untuk caruman-caruman wajib seperti KWSP, PERKESO dan SIP.

Tindakan Jika Majikan Memaksa Kerja Lebih Masa

Jika anda berada dalam situasi di mana majikan memaksa kerja lebih masa tanpa persetujuan atau tanpa bayaran, berikut adalah langkah yang boleh diambil:

  • Ketahui Hak Anda:
    Fahami undang-undang buruh seperti Akta Kerja 1955 dan hak pekerja anda. Anda boleh mendapatkan maklumat daripada laman rasmi Jabatan Tenaga Kerja Malaysia.
  • Berbincang dengan Majikan:
    Cuba selesaikan masalah ini secara dalaman melalui perbincangan terbuka. Nyatakan bahawa anda memahami hak anda dan minta pengaturan yang lebih adil.
  • Buat Aduan Rasmi:
    Jika majikan melanggar undang-undang, laporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja Malaysia. Proses aduan boleh dilakukan secara dalam talian atau melalui kunjungan ke pejabat jabatan tenaga kerja terdekat.

Lindungi Hak Anda Sebagai Pekerja dan Majikan

Jawapan kepada soalan Bolehkah majikan memaksa pekerja kerja lebih masa? adalah jelas: tidak, kecuali dengan persetujuan pekerja dan dalam had undang-undang. Akta Kerja 1955 memberikan perlindungan kepada pekerja untuk memastikan mereka tidak dieksploitasi.

Sebagai pekerja, fahami hak anda, simpan rekod yang baik, dan jangan takut untuk bersuara jika berlaku ketidakadilan. Majikan pula perlu memastikan polisi kerja lebih masa mematuhi undang-undang untuk mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni.

Suka diingatkan bahawa pekerja yang bergaji sehingga RM4,000 kini layak untuk mendapatkan bayaran OT apabila di minta untuk kerja lebih masa. Jadi jika anda berada dalam lingkungan purata gaji tersebut, anda layak dibayar OT sekirannya di minta untuk lakukan kerja lebih masa.

Automasikan Pembayaran OT Syarikat Anda Dengan MySyarikat!

Dalam pada itu, anda syarikat anda hadapi masalah pembayaran OT secara efisien? Atau sering berdepan masalah selaraskan OT dan gaji secara automatik? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! 

Pengurusan gaji pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi Payroll MySyarikat yang direka untuk membantu proses pengiraan, agihan, pembayaran dan selaraskan bayaran OT secara automatik dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!

Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon
beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

Leave a Reply