Skip to main content

Ramai yang bekerja secara sambilan sama ada untuk tambah pendapatan atau tunggu sambung belajar. Tapi tidak semua faham bagaimana gaji mereka dikira! 

Tidak seperti pekerja sepenuh masa yang menerima gaji bulanan tetap, pekerja part time ada yang dibayar mengikut jam bekerja. Ini menjadikan proses pengiraan gaji sedikit berbeza.

Jika anda kerja part time atau upah orang secara sambilan, penting untuk ketahui cara pengiraan gaji mereka dengan betul.

Apa Itu Gaji Part Time?

Secara ringkas, gaji part time ialah bayaran yang diterima berdasarkan jumlah jam seseorang itu bekerja. Ia bukan gaji tetap setiap bulan seperti pekerja full time. Hal ini kerana Akta Kerja 1955 mendefinisikan waktu kerja part time adalah kerja melebihi 30% tapi kurang dari 70% jam kerja pekerja biasa.

Sebagai contoh:

  • Pekerja full time mungkin terima RM2,500 setiap bulan, tidak kira berapa jam dia kerja.
  • Pekerja part time pula hanya dibayar ikut jam. Kalau kerja lebih, dibayar lebih. Kalau kurang, dibayar kurang.

Inilah sebabnya pengiraan gaji part time perlu tepat kerana ia dikira berdasarkan setiap jam bekerja.

Cara Kira Gaji Per Jam

Sebelum boleh kira gaji part time, kita perlu tahu gaji per jam. Ini asas paling penting. Gunakan formula ini:

Gaji Per Jam = Gaji Bulanan ÷ (Bilangan Hari Kerja Sebulan x Jam Kerja Sehari)

Contohnya, jika seseorang pekerja bergaji bulanan RM2,000, bekerja 22 hari sebulan, dan 8 jam sehari:

  • Gaji Per Jam = RM2,000 ÷ (22 x 8)
  • Gaji Per Jam = RM2,000 ÷ 176
  • Gaji Per Jam = RM11.36

Jadi, untuk setiap jam kerja, gaji yang patut diterima ialah RM11.36.

Cara Kira Jumlah Jam Bekerja

Bagi pekerja part time, jumlah jam bekerja tidak tetap dan bergantung pada jadual kerja mereka. Ini berbeza daripada pekerja sepenuh masa yang biasanya ada waktu kerja yang konsisten setiap minggu.

Cara kiraannya mudah, hanya darabkan bilangan jam kerja sehari dengan jumlah hari bekerja dalam sebulan. Contoh: Jika seseorang bekerja 4 jam sehari selama 15 hari:

4 jam x 15 hari = 60 jam kerja

Ini bermakna, jumlah jam bekerja dalam sebulan ialah 60 jam.

Cara Kira Gaji Part Time Berdasarkan Jam

Selepas tahu gaji per jam dan jumlah jam bekerja, barulah kita boleh kira gaji sebenar yang perlu dibayar.

Gunakan formula ini:

Gaji Part Time = Gaji Per Jam x Jumlah Jam Bekerja

Contoh: Jika gaji per jam ialah RM11.36 dan jumlah jam bekerja ialah 60 jam:

RM11.36 x 60 jam = RM681.60

Maka, gaji yang perlu dibayar kepada pekerja part time dalam sebulan tersebut ialah RM681.60.

Bayaran OT Untuk Pekerja Part Time?

Walaupun bekerja secara part time, masih ada situasi di mana pekerja melakukan kerja lebih masa dan biasanya apabila mereka bekerja melebihi waktu yang dipersetujui. 

Overtime (OT) merujuk kepada waktu kerja tambahan selepas jam yang dipersetujui dalam kontrak. Bagi pekerja part time, OT biasanya dibayar pada kadar lebih tinggi, mengikut garis panduan am industri.

Kadar standard OT: 1.5x gaji per jam

Contoh kiraan: Jika gaji per jam ialah RM11.36:

RM11.36 x 1.5 = RM17.04 sejam OT

Jadi, untuk setiap jam kerja lebih masa, pekerja akan dibayar RM17.04.

Baca juga: Formula Kira Gaji Per Jam, Per Hari dan Per Bulan

Kesimpulannya, penting untuk anda mengetahui cara pengiraan bayaran gaji bagi pekerja part time bagi memastikan pembayaran yang adil dan telus. Ingat, pembayaran gaji adalah penting dan kegagalan untuk membayar gaji bukan sahaja menjejaskan hubungan pekerjaan tetapi menjatuhkan motivasi pekerja itu sendiri.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

2 Comments

  • Azwani binti jamaludin says:

    Saya bekerja di sebuah syarikat tidak hampir 2 bulan dan saya dikira masih dalam kontrak penilaian tetapi saya di maklumkan kontrak saya di kira seperti parttime. Dalam surat kontrak pulak tertulis notis 14 hari untuk pekerja yang belum di sahkan kontrak pekerja tetap jika mahu berhenti kerja. Dan saya lampirkan notis berhenti kerja ikut seperti dalam kontrak syarikat. Hingga waktu sepatutnya gaji pekerja di bayar. Syarikat menahan gaji saya selama 6 hari dan syarikat bayar gaji saya separuh dari pembayaran gaji yang di maklum kan pada saya ketika saya sign kontrak bekerja. Dalam notis berhenti kerja saya itu saya gagal hadir beberapa hari kerana masalah yang saya tidak dapat elak kan dan masalah saya juga saya telah maklumkan kepada pekerja yang pangkat tertinggi. Tetapi sehingga kini pembayaran kerja lebih masa saya bulan Mei tidak di bayar dan syarikat memberi alasan taknak bayar kerana saya gagal menghabiskan notis berhenti kerja saya dan syarikat memaklum kan notis saya sebenarnya adalah sebulan bukan 14hari tetapi dalam kontrak bekerja tertulis 14hari untuk pekerja yang belum sah di terima sebagai pekerja tetap di syarikat itu. Dan selama saya terima pembayaran gaji dua kali syarikat tidak memberikan saya bukti pembayaran gaji ( PAYSLIP ) pada saya. Apakah saya layak membuat tindakan di pejabat buruh atas masalah saya ini atau tidak? Apakah syarikat tidak salah dalam hal ini?

Leave a Reply