Skip to main content

Apabila sakit anda boleh memohon cuti sakit (MC) bergaji. Selain itu, sebagai pekerja juga anda memilik hak untuk dapat cuti bergaji melalui Cuti Tahunan (AL) berdasarkan tempoh perkhidmatan anda bekerja.

Namun, terdapat satu lagi cuti yang tidak digariskan dalam Akta Kerja 1955 tetapi sering diamalkan dalam poslisi kebanyakan syarikat di Malaysia. Cuti tersebut tidak lain tidak bukan adalah Cuti Tanpa Gaji.

Menariknya tentang Cuti Tanpa Gaji ini adalah ia turut ditawarkan dalam sektor awam dan sektor swasta. Jadi artikel kali ini akan membincangkan tentang polisi Cuti Tanpa Gaji yang diamalkan sektor swasta dan sektor awam negara.

Apa Itu Cuti Tanpa Gaji?

definisi cuti tanpa gaji

Cuti Tanpa Gaji adalah cuti dengan izin yang boleh diambil pekerja dengan persetujuan untuk tidak menerima gaji semasa dalam tempoh tersebut. Ini bermakna dalam tempoh cuti ini pekerja dibenarkan untuk bercuti tetapi tidak akan menerima pembayaran gaji.

Berbeza dengan cuti lain seperti AL, MC ataupun Cuti Paterniti dan Cuti Bersalin yang merupakan cuti berbayar seperti dinyatakan dalam Akta Kerja 1955, Cuti Tanpa Gaji merupakan sebahagian daripada cuti khas berdasarkan budi bicara majikan.

Dalam kebanyakan kes Cuti Tanpa Gaji ini digunakan sekiranya pekerja sudah kehabisan kouta AL mereka tetapi perlu bercuti atas sebab-sebab tertentu. 

Adakah Cuti Tanpa Gaji sama seperti Emergency Leave?

Tidak. Emergency leave adalah cuti khas berdasarkan budi bicara majikan, dan ia boleh jadi cuti bergaji. Sementara itu, Cuti Tanpa Gaji seperti namanya ia adalah cuti yang boleh diambil pekerja dengan persetujuan mereka tidak dibayar gaji.

Siapakah yang kayak memohon Cuti Tanpa Gaji?

Seperti dinyatakan atas Cuti Tanpa Gaji ini adalah berdasarkan polisi syarikat. Ia berbeza-beza untuk setiap syarikat, namun kebiasaannya pekerja-pekerja berikut dibenarkan untuk ambil Cuti Tanpa Gaji.

  • Pekerja Percubaan – biasanya mereka yang masih dalam tempoh percubaan dan tiada AL dibenarkan untuk mengambil Cuti Tanpa Gaji.
  • Pekerja Sudah Habis AL – biasanya mereka yang bekerja tetap dan tiada baki AL dibenarkan untuk mengambil Cuti Tanpa Gaji.
  • Pekerja Sudah Habis MC – biasanya mereka yang tiada baki MC tetapi memiliki masalah kesihatan dibenarkan untuk mengambil Cuti Tanpa Gaji.

Cuti Tanpa Gaji (CTG) Penjawat Awam

Bagi mereka yang bekerja di sektor awam mereka juga memiliki faedah Cuti Tanpa Gaji (CTG). Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), CTG boleh diambil seorang penjawat awam sekiranya mempunyai urusan peribadi yang tidak melanggar peraturan atau tatatertib pegawai perkhidmatan awam.

Kebiasannya CTG ini diberikan kepada penjawat awam yang sudah menghabiskan Cuti Rehat tahunan mereka, dan permohonan untuk cuti ini perlu mendapatkan kelulusan dari Ketua Jabatan terlebih dahulu. Antara sebab-sebab yang membolehkan penjawat awam memohon CTG adalah seperti berikut:

  • Ikuti pasangan bertugas di luar negara.
  • Menjaga anak yang dilahirkan.
  • Menjaga anak yang perlukan penjagaan rapi.
  • Menjaga anak OKU
  • Menjaga pasangan yang perlukan penjagaan rapi.
  • Berkursus.
  • Sakit berlanjutan.

Untuk memohon CTG ini seorang penjawat awam itu boleh membuat permohonan ke Ketua Jabatan berdasarkan syarat di bawah. Suka diingatkan bahawa rujukan dalam artikel ini adalah ringkasan semata-mata, bagi penerangan lanjut dinasihatkan untuk layari laman JPA sendiri.

  1. Sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan (untuk memohon CTG di dalam atau di luar negeri).
  2. Sudah habis menggunakan kelayakan Cuti Rehat.
  3. CTG yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak capau had maksimum yang dibenarkan.
  4. CTG mesti direkod dalam Kenyataan Cuti dan Buku Perkhidmatan
  5. CTG adalah berdasarkan kadar 30 hari bagi setiap genap setahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari.

Cara Kira Cuti Tanpa Gaji

formula kira cuti tanpa gaji

Sebagai majikan dan pekerja, terutamanya yang bekerja dalam sektor swasta, penting untuk memahami pengiraan Cuti Tanpa Gaji sebelum memohonnya. Hal ini kerana apabila anda mengambil cuti ini ia bermakna gaji anda akan ditolak jumlah hari anda tidak bekerja.

Untuk penjawat awam pula dinasihatkan untuk rujuk pada laman JPA mengenai cara pengiraan CTG.

Berikut adalah formula pengiraan Cuti Tanpa Gaji.

Gaji Pekerja / Jumlah Hari Bekerja Sebulan x Jumlah Hari Cuti Tanpa Gaji

Contoh: Shafiq berstatus percubaan, bekerja dengan syarikat M dan menerima gaji bulanan sebanyak RM2,500. Pada bulan November 2024, Shafiq sepatutnya bekerja selama 21 hari (Sabtu dan Ahad hari rehat) tetapi dia mengambil 3 hari cuti tanpa gaji kerana urusan peribadi.

Maka, pengiraan gaji bulan November 2024 untuk Shafiq adalah seperti berikut:

RM2,500 / 21 x 3 = RM357.14
RM2,500 - RM357.14 =  RM2,142.86* 

*Gaji bulan November yang masih belum tolak caruman wajib

Automasikan Jadual Kerja Lebih Lancar dengan MySyarikat!

Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pengurusan jadual cuti pekerja secara efisien? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! 

Penyelarasan jadual kerja boleh jadi efisien dengan fungsi Leave Management MySyarikat yang direka untuk membantu pengurus menyelaraskan permohonan, meluluskan pengesahan dan merekod jumlah cuti pekerja secara automatik dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!

Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon

Leave a Reply