Skip to main content

Topik pemberhentian serta pemecatan adalah perkara sulit dan sensitif kepada pekerja. Ramai pekerja rasa takut diberhentikan atau dipecat majikan kerana masalah seperti penurunan prestasi kerja dan salah laku disiplin.

Sungguhpun begitu di bawah penetapan undang-undang majikan tidak boleh memberhentikan ataupun memecat pekerja sesuka hati, apatah lagi memaksa pekerja untuk menamatkan kontrak perkhidmatan dengan cara halus seperti pemecatan konstruktif.

Tindakan majikan yang memberhentikan pekerja tanpa mengikut penetapan undang-undang ini dikenali sebagai pemecatan tidak adil (unfair dismissal). Dan artikel kali ini akan merungkai tentang unfair dismissal dan menerangkan hak pekerja berkaitan dengannya.

Apa Itu Pemecatan Tidak Adil (Unfair Dismissal)?

definisi pemecatan tidak adil (unfair dismissal)

Untuk membincangkan tentang pemecatan tidak adil ini adalah lebih baik untuk merujuk pada undang-undang berkaitan, dalam kes ini sumber rujukan utamanya adalah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Jika dirujuk pada Seksyen 20(1), Akta Perhubungan Perusahaan 1967, unfair dismissal boleh berlaku apabila pekerja merasakan pemecatan yang dibuat tanpa sebab atau alasan munasabah oleh majikan.

Mudah katanya majikan memecat pekerja tanpa mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada Seksyen 12, Akta Kerja 1955, iaitu melalui pemberian notis penamatan kontrak.

  • 4 minggu notis bagi pekerja yang bekerja kurang daripada 2 tahun perkhidmatan.
  • 6 minggu notis bagi pekerja yang bekerja 2 tahun, kurang 5 tahun perkhidmatan.
  • 8 minggu notis bagi pekerja yang bekerja lebih daripada 5 tahun perkhidmatan.

Jika anda sebagai pekerja dapati pemberhentian yang dibuat majikan tidak mengikut penetapan tempoh notis seperti di atas, maka adalah dinasihatkan untuk membuat aduan ke saluran yang betul seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).

Contoh Pemecatan Tidak Adil (Unfair Dismissal)

Kata kunci untuk unfair dismissal ini adalah pemecatan yang dibuat tidak mengikut penetapan undang-undang serta tanpa sebab dan alasan munasabah. Terdapat beberapa situasi yang boleh menerangkan keadaan unfair dismissal ini, antaranya,

  • Pekerja dibuang kerana menggunakan haknya seperti cuti tahunan (AL), cuti sakit (MC) atau pembayaran gaji.
  • Pekerja dibuang kerana menyertai, penglibatan dan melakukan aktiviti bersama kesatuan sekerja (union trade).
  • Pekerja dibuang semasa dalam tempoh cuti bersalin atau dipecat sebelum cuti bersalin walaupun syarat cuti bersalin sudah dipenuhi.
  • Pekerja dibuang kerana sebab peribadi seperti perbezaan ideologi, diskriminasi, nepotisme, faktor-faktor politik atau ketidakpuasan hati yang peribadi.
  • Pekerja dibuang melalui pemecatan terancang atau kerana sebab-sebab yang bukan berkaitan pekerjaan.

Suka diingatkan bahawa unfair dismissal ini boleh berlaku tanpa mengira jawatan dan tempoh perkhidmatan. Jika anda rasakan seperti diturunkan jawatan, tidak dimasukan ke dalam mesyuarat atau dipulaukan ia juga boleh dianggap sebagai unfair dismissal.

Beza Pemecatan Tidak Adil (Unfair Dismissal) dan Pemecatan Biasa

beza pemecatan tidak adil dan pemecatan biasa

Dalam kebanyakan kes, unfair dismissal berlaku apabila majikan memecat pekerja tanpa alasan munasabah dan tidak mahu membayar pampasan. Akan tetapi jangan disalah faham pula dengan pemecatan biasa kerana ia juga tidak memerlukan majikan untuk membayar pampasan kepada pekerja.

Pemecatan biasa adalah di mana majikan tematkan kontrak perkhidmatan tanpa notis atau bayaran pampasan sebagai ganti rugi notis. Bawah Seksyen 14, Akta Kerja 1955, terdapat beberapa situasi yang membolehkan pekerja dipecat oleh majikan tanpa pemberian notis dan bayaran pampasan. 

  1. Salah laku – contohnya kecurian, penipuan dan gangguan seksual.
  2. Prestasi Pekerja – contohnya prestasi kerja pekerja penurun walaupun selepas diberi peluang memperbaiki diri.
  3. Khianat – contohnya mendedahkan maklumat sulit syarikat, menjual aset syarikat tanpa pengetahuan dan sengaja menyebabkan reputasi syarikat tercalar.
  4. Kes Jenayah – contohnya terlibat dalam rompakan, pembunuhan dan kesalahan jenayah ataupun sivil yang berat.

Harap maklum bahawa pemecatan biasa ini boleh terjadi sama ada pemecatan adil atau tidak adil bergantung kepada situasi dihadapi. Dinasihatkan untuk rujuk pegawai Jabatan Buruh untuk kenal pasti sama ada bentuk pemecatan itu adil atau tidak. Jangan buat andaian sendiri!

Apa Perlu Buat Pekerja Dipecat Secara Tidak Adil?

prosedur aduan pemecatan tidak adil

Untuk makluman semua di bawah Seksyen 20 (1), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ada menerangkan tentang apa yang perlu pekerja perlu buat jika dapati berlakunya unfair dismissal. Ia mengatakan untuk,

“…merasakan dirinya telah diberhentikan kerja oleh majikan tanpa sebab atau alasan munasabah, pekerja tersebut boleh membuat representasi bertulis kepada Ketua Pengarah untuk dikembalikan kerja semula, representasi tersebut boleh difailkan di pejabat Ketua Pengarah terdekat dengan tempat kerja di amana pekerja tersebut diberhentikan.”

Jadinya ini adalah beberapa langkah yang perlu diambil pekerja dalam berurusan dengan unfair dismissal.

  • Kumpul bukti – lakukan pengumpulan bukti-bukti yang menunjukkan pemecatan itu berlaku secara tidak adil seperti surat-menyurat, penyata saksi dan dokumentasi lain.
  • Buat aduan – lakukan aduan ke saluran yang betul seperti Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan dengan kemukakan bukti yang terkumpul.
  • Failkan aduan – lakukan penfailan dan hadiri proses mediasi untuk cari penyelesaian tanpa perlu ke mahkamah.

Kesimpulannya, unfair dismissal ini boleh berlaku tanpa diduga. Jadi jika anda sebagai pekerja perlu kenal pasti sama ada pemecatan yang dibuat itu adalah secara adil atau tidak. Bagi majikan pula anda perlu berhati-hati kerana jika berlaku pemecatan tidak adil ia boleh mendatangkan masalah yang besar.

Automasikan Sebarang Pembayaran dan Pengiraan dengan MySyarikat!

Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pengiraan dan pembayaran gaji pekerja secara efisien? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! 

Pengurusan gaji pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi Payroll MySyarikat yang direka untuk membantu pengurus perniagaan mengira, membayar dan menetapkan jadual pembayaran gaji bulanan secara automatik dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!

Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon
beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

2 Comments

  • Assalammualaikum..boleh saya tanya.. Saya di buang keja.. Tapi notes tak ada..bile saya tnya knpe saya dibuang.. Alasan nya sebb sya cuti 2 hari berturut tidak memberi tahu chargehand..saya cuti bukan suka2.. Saya ada masalah kesihatan.. Sejak saya keja di kilang tersebut.. Apa kah tindakan yang perlu saya lakukan??

Leave a Reply