Skip to main content

Ada banyak sebab mengapa pekerja ingin berhenti kerja di sesebuah organisasi. Antaranya ialah kerana pekerja menerima tawaran kerja baru yang menawarkan faedah yang lebih baik, ingin melanjutkan pelajaran, tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang sakit atau atas sebab-sebab tertentu.

Namun, apa pun sebabnya pekerja haruslah memaklumkan terlebih dahulu kepada majikan dengan mengemukakan notis beberapa bulan mahupun surat rasmi supaya tidak berlaku sebarang percanggahan atau masalah kepada kedua belah pihak.

Kepentingan Notis Berhenti Kerja

Notis penamatan adalah tertakluk kepada Akta Kerja 1955 dan kontrak perkhidmatan. Kontrak perkhidmatan boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak, pada bila-bila masa dengan memberikan pihak satu lagi notis berkenaan niatnya untuk menamatkan kontrak tersebut bergantung kepada terma dan syarat.

Notis bertulis hendaklah diserahkan mengikut tempoh yang dinyatakan. Pihak yang menerima notis itu juga boleh memendekkan tempoh notis tersebut bergantung kepada keadaan tertentu.

Apakah Tanggungjawab Majikan Jika Pekerja Mahu Berhenti Kerja?

KWSP

Sebagai majikan tidak perlu mengemukakan apa-apa bentuk borang khas kepada KWSP sekiranya pekerja anda berhenti kerja. Tetapi, majikan hanya perlu memaklumkan kepada KWSP jika anda tidak menggaji mana-mana pekerja buat sementara waktu atau secara tetap.

LHDN

Majikan perlu memaklumkan LHDN sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal dengan menghantar Borang CP22A dan anda perlu menahan apa-apa pembayaran kepada pekerja berkenaan sehingga anda menerima surat kelulusan dari LHDN, dalam kes-kes berikut:

  • Pekerja tersebut akan bersara.
  • Pekerja tersebut akan meninggalkan Malaysia seumur hidup (dalam kes ini Borang CP21 perlu dihantar berbanding Borang CP22A)
  • Pekerja layak untuk PCB tetapi tiada potongan dibuat.

Jika anda gagal berbuat demikian, anda akan didakwa dan jika disabitkan anda boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 200 dan tidak lebih daripada RM 2000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Anda juga perlu bertanggungjawab atas apa-apa cukai pekerja yang tertunggak.

Sebagai contoh:

  • PCB telah ditolak dengan betul.
  • Gaji pekerja tidak cukup tinggi untuk membayar PCB.

Jika majikan mengetahui bahawa pekerja tersebut akan bekerja di Malaysia. Maka majikan tidak perlu memberitahu LHDN atau menahan sebarang pembayaran gaji dan sebagainya kepada pekerja tersebut. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pengurusan sumber manusia yang efisyen anda boleh menghubungi MySyarikat.

Tips HR

Tips Urus Pekerja Introvert

Zahin ByondZahin ByondMarch 25, 2024

Leave a Reply