Dengan keadaan ekonomi semasa yang menyaksikan kos sara hidup meningkat, saban hari kita dengar ramai pekerja memutuskan untuk membuat 2 kerja dalam satu masa. Melakukan kerja hakiki pada siang hari, dan kerja sampingan (side gig) belah malam atau semasa hujung minggu.
Trend memiliki 2 kerja ini bukan perkara baru di Malaysia, namun timbul satu persoalan berkaitan isu konflik kepentingan (conflict of interest) jika pekerja bekerja dengan 2 majikan berbeza dalam satu masa?
Apa Itu Pelanggaran Kontrak Dalam Konteks Pekerjaan?
Pelanggaran kontrak berlaku apabila salah satu pihak, sama ada majikan atau pekerja, gagal mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui dalam dokumen kontrak kerja. Kontrak ini bertindak sebagai panduan utama dalam hubungan pekerjaan termasuk:
- Skop kerja dan tanggungjawab
- Waktu kerja dan cuti
- Terma pembayaran gaji
- Klausa larangan, seperti tidak bekerja dengan syarikat lain tanpa kebenaran
Bagi pekerja, bekerja dengan dua syarikat pada masa yang sama tanpa mematuhi syarat kontrak boleh dianggap sebagai pelanggaran kontrak, terutamanya jika ia melibatkan konflik kepentingan atau pencabulan klausa non-compete.
Mengapa Bekerja Dengan Dua Syarikat Menjadi Isu?
1. Konflik Kepentingan
Jika kedua-dua syarikat berada dalam industri yang sama, maklumat sulit yang anda akses di satu tempat boleh menimbulkan persoalan etika jika ia digunakan oleh syarikat lain. Ini boleh dianggap sebagai pecah amanah.
2. Penurunan Produktiviti
Membahagikan masa antara dua pekerjaan sering menyebabkan keletihan, kurang fokus, dan akhirnya menjejaskan prestasi kerja.
3. Risiko Undang-Undang
Kontrak kerja biasanya mengandungi klausa exclusivity atau non-compete yang melarang pekerja daripada bekerja untuk majikan lain. Jika anda melanggar klausa ini, anda mungkin dikenakan tindakan undang-undang.
4. Implikasi Terhadap Reputasi
Pekerja yang melanggar kontrak mungkin dilabel sebagai tidak profesional atau tidak komited, merosakkan peluang kerjaya masa hadapan.
Adakah Bekerja Dengan Dua Syarikat Selalu Salah?
Tidak semestinya. Dalam situasi tertentu, pekerja boleh bekerja dengan dua syarikat secara sah, contohnya:
- Tiada larangan dalam kontrak kerja: Semak jika kontrak tidak menyebut sebarang klausa non-compete atau exclusivity.
- Bidang kerja berlainan: Sebagai contoh, kerja utama anda adalah dalam sektor teknologi, manakala kerja kedua sebagai freelancer dalam bidang kreatif.
- Kebenaran Bertulis: Mendapat persetujuan daripada majikan utama sebelum mengambil kerja kedua.
Namun, penting untuk memastikan segala tindakan mematuhi undang-undang dan tidak menjejaskan hubungan dengan majikan utama.
Langkah Untuk Mengelakkan Pelanggaran Kontrak
Jika anda bercadang untuk bekerja dengan dua syarikat, berikut adalah panduan untuk melakukannya dengan sah:
1. Semak Kontrak Kerja Anda
Periksa dokumen kontrak anda untuk mengenal pasti klausa larangan seperti non-compete atau confidentiality.
2. Berbincang Dengan Majikan Anda
Jangan sembunyikan niat untuk mengambil kerja kedua. Komunikasi terbuka boleh mengelakkan salah faham.
3. Elakkan Pertindihan Bidang Kerja
Pastikan kerja kedua tidak bersaing secara langsung dengan syarikat utama anda.
4. Lindungi Kerahsiaan
Pastikan anda tidak melanggar sebarang peraturan kerahsiaan. Jangan sesekali berkongsi data sulit atau maklumat perniagaan.
Apa Yang Berlaku Jika Pelanggaran Kontrak Dikesan?
Sekiranya majikan mendapati anda melanggar kontrak, kesannya boleh menjadi serius:
- Tindakan Tatatertib
- Anda mungkin menerima amaran atau dipecat serta-merta.
- Tindakan Undang-Undang
- Syarikat boleh menyaman anda untuk kerugian yang mereka alami akibat pelanggaran tersebut.
- Kesukaran Mendapatkan Pekerjaan Baru
- Reputasi anda boleh terjejas, terutamanya jika tindakan anda diketahui dalam industri.
Kesimpulannya, bekerja dengan dua syarikat pada masa sama memerlukan perancangan teliti dan pemahaman mendalam tentang kontrak kerja. Patuhi peraturan, lindungi integriti, dan utamakan hubungan kerja yang sihat untuk jangka panjang. Jika anda menghadapi dilema atau keraguan, dapatkan nasihat daripada peguam atau pakar HR.
Jadikan Pengalaman Kerja Syarikat Lebih Baik Dengan MySyarikat!
Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pekerja kurang bermotivasi? Atau berdepan aduan pengalaman kerja syarikat tiada penambahbaikan? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut!
Pengurusan pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi-fungsi MySyarikat yang direka untuk membantu meningkatkan pengalaman kerja syarikat ke arah lebih positif secara automatik dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!