Adakah anda bersedia untuk musim cukai pendapatan 2025? Sama ada anda pekerja, majikan, atau pegawai sumber manusia, memahami keperluan cukai adalah penting untuk mengelakkan penalti dan mengoptimumkan potongan cukai.
Artikel ini akan membantu anda memahami aspek penting seperti pelepasan cukai, persediaan dokumen untuk dikemukakan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan tips mudah untuk melengkapkan pengisytiharan cukai dengan lancar.
Apa Itu Cukai Pendapatan?
Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan syarikat di Malaysia. Pendapatan yang dikenakan cukai termasuk:
- Gaji bulanan
- Bonus atau elaun kerja
- Keuntungan pelaburan
- Pendapatan perniagaan
Setiap individu yang berpendapatan tahunan melebihi had minimum yang ditetapkan oleh LHDN WAJIB mengisytiharkan cukai. Untuk tahun 2025, semak kategori pendapatan yang layak melalui laman rasmi LHDN.
Pelepasan Cukai 2024 (e-filing 2025)
Pelepasan cukai adalah peluang untuk mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar. Berikut adalah beberapa pelepasan yang anda perlu ketahui:
- Pelepasan Individu dan Keluarga
- Diri sendiri dan saudara tanggungan: RM9,000
- Perbelanjaan perubatan ibu bapa: Sehingga RM8,000
- Anak di bawah 18 tahun: RM2,000 setiap seorang
- Anak yang melanjutkan pengajian tinggi: RM8,000
- Anak kurang upaya: RM6,000
- Pelepasan tambahan bagi anak kurang upaya yang melanjutkan pengajian tinggi: RM8,000
- Pelepasan Pendidikan
- Yuran pendidikan sendiri: RM7,000
- Pembelian buku, jurnal, majalah, penerbitan, atau peralatan pembelajaran: RM2,500
- Pelepasan Gaya Hidup (RM2,500)
- Pembelian komputer, telefon pintar, atau tablet
- Langganan internet
- Perbelanjaan sukan (yuran keahlian gimnasium, pembelian peralatan sukan, dan bayaran penyertaan sukan)
- Pelepasan Insurans
- Insurans nyawa dan KWSP (bagi yang tidak berpencen): Sehingga RM4,000
- Insurans pendidikan dan perubatan: Sehingga RM4,000
- Pelepasan Lain
- Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO): Sehingga RM350
- Pelepasan cukai bagi pembelian dan pemasangan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV): Sehingga RM2,500

Langkah-Langkah Persediaan untuk Musim Cukai 2025
Berikut adalah langkah mudah untuk memastikan anda bersedia:
- Kumpulkan Dokumen Penting
- Penyata pendapatan (Borang EA atau EC)
- Resit pembelian untuk pelepasan cukai
- Rekod pelaburan atau pendapatan sampingan
- Daftar Akaun MyTax LHDN
- Log masuk ke portal MyTax untuk semakan potongan cukai dan e-filing.
- Periksa Kelayakan Pelepasan dan Potongan Cukai
- Pastikan anda tidak terlepas sebarang pelepasan cukai yang layak dituntut.
- Rancang Pembayaran Cukai
- Jika anda bekerja sendiri, pertimbangkan untuk membuat potongan cukai bulanan (PCB) bagi mengelakkan pembayaran cukai secara sekaligus.
Kesilapan dalam Pengisytiharan Cukai
- Tidak Menyimpan Resit Asal
- Pastikan semua resit disimpan sekurang-kurangnya selama tujuh tahun untuk rujukan semasa audit.
- Salah Kira Pendapatan
- Gunakan perisian pengurusan kewangan seperti MySyarikat untuk mengelakkan kesilapan kiraan dan memastikan pengisytiharan cukai anda tepat.
- Mengabaikan Pelepasan Kecil
- Pelepasan seperti peralatan kerja atau derma amal boleh memberi impak besar kepada jumlah cukai yang perlu dibayar
Penting: Tarikh akhir untuk penyerahan Borang E ialah 31 Mac 2025, dan sebarang kelewatan dalam penyerahan boleh menyebabkan penalti oleh LHDN.
Kesimpulannya, bagi memastikan proses percukaian pendapatan 2025 berjalan lancar persediaan awal dan pemahaman tentang cukai perlu dititikberatkan. Dengan memanfaatkan pelepasan cukai dan mengikuti langkah-langkah persediaan, anda dapat menguruskan pengisytiharan cukai dengan lebih mudah.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasi tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk akses PERCUMA sistem MySyarikat sekarang!
