Skip to main content

Umumnya, para majikan di Malaysia boleh mengambil pekerja asing bukan warganegara untuk bekerja dalam beberapa sektor di dalam negara. Tetapi untuk menggajikan pekerja asing ini majikan dan pekerja perlu lengkapkan permohonan permit bekerja yang ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia.

Pengambilan Pekerja Asing di Malaysia

Apabila melibatkan pengambilan pekerja asing ini penting untuk kita rujuk semula pada Akta Kerja 1955. Pada Bahagian 12B, Seksyen 60K, Akta Kerja 1955 ada menyatakan bahawa majikan tidak boleh mengambil pekerja asing tanpa kelulusan Ketua Pengarah terlebih dulu.

Ini bermakna jika anda sebagai seorang majikan ingin mengambil pekerja asing bukan warganegara bekerja dalam syarikat, anda perlu penuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Syarat peraturan pengambilan pekerja asing yang ditetapkan adalah seperti di bawah.

  1. Bekerja dalam sektor yang dibenarkan; Perkilangan, Pembinaan, Pertanian, Perladangan; dan Perkhidmatan
  2. Permohonan pekerja asing oleh majikan/ syarikat adalah tertaklk kepada kelulusan kuota dari Pusat Kelulusan Setempat (OSC), Kementerian Sumber Manusia (KSM)
  3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada masa permohonan
  4. Disahkan sihat oleh pusat pemeriksaan kesihatan di negara sumber
  5. Bakal pekerja tidak termasuk dalam senarai individu asing yang dilarang masuk mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963
  6. Pekerja asing hendaklah di kalangan negara sumber dibenarkan seperti berikut
    1. Indonesia
    2. Cambodia
    3. Nepal
    4. Myanmar
    5. Laos
    6. Vietnam
    7. Filipina 
    8. Pakistan 
    9. Sri Lanka
    10. Thailand
    11. Turkmenistan
    12. Uzbekistan
    13. Kazakhstan
    14. India

Dalam pada itu, penting juga untuk para majikan yang ingin mengambil pekerja asing bukan warganegara mencerna beberapa hak pekerja melalui penetapan undang-undang berikut sebelum membuat keputusan menggajikan pekerja.

  • Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155)
  • Akta Pasport 1966 (Akta 150)
  • peraturan-Peraturan Imigresen 1963
  • Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670)

Syarat Permohonan Permit Pekerja Asing

Secara asasnya mana-mana individu asing bukan warganegara yang ingin memasuki Malaysia sama ada untuk bekerja atau menetap perlu mendapatkan permit. Segala permohonan permit masuk ini mestilah dikemukan di Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat tempat tinggal pemohon kecuali bagi inidividu berbakat dan berkemahiran tinggi yang perlu kemukakannya di Ibu Pejabt Imigresen.

Antara syarat-syarat kepada pemegang permit masuk adalah seperti berikut:

  • Permit masuk adalah anugerah tertinggi yang diberikan Kerajaan Malaysia kepada warganegara asing
  • Permit masuk boleh ditarik semula sekiranya didapati melanggar syarat ditetapkan;
    • Berkelaluan baik sepanjang masa dan mematuhi undang-undang negara
    • Dilarang menganggotaio, menyertai dan melibatkan diri dengan apa cara sekalipun dalam pertubuhan politik
    • Tidak boleh secara bersendirian atau sebaliknya menyertai atau melibatkan diri dalam pertubuhan yang mengkritik atau menentang kerajaan atau menjatuhkannya
    • Tidak boleh bersendirian atau sebaliknya menyertai pertubuhan bergiat dalam aktiviti yang menimbulkan kesan negatif kepada keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam dan moral

Jadi berdasarkan penetapan syarat di atas pekerja asing yang ingin menetap dan bekerja di Malaysia perlu mematuhi segala undang-undang dinyatakan selagi memegang permit. Kegagalan untuk mematuhinya boleh menyebabkan pekerja didenda dan dihantar pulang ke negara asal.

Prosedur Permohonan Penggajian Pekerja Asing

Selepas memahami syarat untuk mendapatkan permit, kini kita masuk bahagian prosedur untuk permohonan penggajian pekerja asing di Malaysia pula. Garis panduan untuk prosedur adalah seperti berikut:

  1. Permohonan penggajian pekerj asing bukan warganegara hanya dibenarkan untuk sektor perkilangan, perkhidmatan, perladangan, pertanian, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian sahaja
  2. Permohonan boleh dibuat pada laman FWCMS
  3. Permohonan pertukaran majikan dan pegawai dagang perlu dibuat pada ePPAX

Tidak dilupakan juga bagi majikan yang ingin memperbaharui lanjutan permit kerja pekerja asing, anda boleh membuatnya menerusi Sistem Pas Lawatan Kerja Sementara (ePLKS) Jabatan Imigresen Malaysia. 

Kemudian majikan perlu mengikuti proses Fasa 1 dan Fasa 2 penggajian pekerja asing yang telah ditetapkan. Tidak lupakan juga untuk majikan mengikuti senarai semak yang ditetapkan untuk pas lawatan kerja sementara yang dikeluarkan.

Oleh itu, buat majikan yang mahu mendapatkan sistem pengurusan sumber manusia yang teratur bagi pekerja warganegara dan warga asing boleh mendapatkan khidmat professional daripada kami di MySyarikat.

Dengan sistem HR software – MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! 

Daripada proses gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang inovatif ini. Mari tingkatkan kualiti kerja kerja, lancarkan operasi dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software – MySyarikat

Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software – MySyarikat sekarang secara dengan ‘Book Demo’ bersama kami!

beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

Leave a Reply