Menurut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri jumlah pekerja warga asing yang aktif di dalam negara dianggarkan seramai 2 juta orang telah berdaftar.
Ujar Menteri dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, lima kumpulan warga asing terbesar di Malaysia adalah dari Bangladesh, Indonesia, Nepal, Myanmar dan India. Tambah beliau lagi setiap warga asing yang masuk ke dalam negara perlu didaftarkan di bawah peruntukan Akta Imigresen 1956/63.
Namun, ini tidak bermakna pekerja-pekerja warga asing ini boleh bekerja di semua sektor pekerjaan di dalam Malaysia. Hanya terdapat beberapa sektor sahaja yang dibenarkan untuk mengambil pekerja warga asing sebagai pekerja, antaranya sektor perkhidmatan.
Pengambilan Pekerja Asing
Pada asasnya pengambilan pekerja warga asing ini telah diamalkan sejak tahun 1980-an lagi. Ketika waktu itu kerajaan Malaysia sedang memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi dengan mempelbagaikan industri kerja dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Melaluinya kerajaan juga memberi fokus kepada industri berorientasikan eksport, intensif buruh dan industri berat. Bertitik tolak dari sini kerajaan mula mengamalkan dasar pengambilan pekerja warga asing bagi menampung keperluan pembangunan negara.
Jika dilihat pada laman rasmi Kementerian Dalam Negeri dan portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, telah disenaraikan beberapa sektor yang membenarkan majikan untuk mengambil pekerja warga asing.
Perincian sektor-sektor yang membenarkan pengambilan pekerja warga asing adalah seperti berikut:
- Sektor Perkilangan
- Sektor Pembinaan
- Sektor Perladangan
- Sektor Pertanian
- Sektor Perkhidmatan
- Sub-sektor Restoran
- Sub-sektor Perkhidmatan Pembersihan
- Sub-sektor Pengendalian Kargo
- Sub-sektor Kedai Dobi Layan Diri
- Sub-sektor Kedi Kelab Golf
- Sub-sektor Kedai Gunting Rambut
- Sub-sektor Pemborong/ Peruncit
- Sub-sektor Tekstil
- Sub-sektor Logam/ Sekerap/ Aktiviti Kitar Semula
- Sub-sektor Rumah Kebajikan
- Sub-sektor Hotel/ Pulau Peranginan
- Sektor Bantuan Domestik
Jenis Pekerja Asing Yang Dibenarkan Berdasarkan Sektor Pekerjaan
Tentunya untuk mengambil pekerja warga asing, majikan perlu mendapatkan kelulusan serta kebenaran. Ini termasuk untuk pekerja asing itu sendiri, di mana mereka perlu memperolehi pas pekerjaan yang betul untuk bekerja di Malaysia.
Selain itu juga hanya warganegara tertentu dari negara sumber sahaja yang dibenarkan untuk bekerja mengikut sektor yang telah ditetapkan kerajaan. Ringkasannya adalah seperti berikut:
- Sektor Perkilangan/ Perladangan/ Pertanian/ Pembinaan/ Perkhidmatan
- Warganegara dibenarkan: Indonesia, Cambodia, Nepal, Myanmar, Laos, Vietnam, Philippines, Pakistan, Sri Lanka, Thailand, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan
- Sektor Perkhidmatan (tukang masak, pemborong/ peruncit, kedai gunting rambut, logam/sekerap/kita semula, tekstil)
- Warganegara dibenarkan: India
- Sektor Pembinaan (pemasangan kabel voltan tinggi sahaja)
- Warganegara dibenarkan: India
- Sektor Pertanian
- Warganegara dibenarkan: India
- Sektor Perlandangan
- Warganegara dibenarkan: India
Dasar Penggajian Pekerja Asing di Malaysia
Bagi mana-mana majikan yang ingin menggajikan pekerja asing perlu patuhi syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Kementerian Sumber Manusia tetapkan. Antara syarat yang digariskan adalah,
- Keutamaan penggajian untuk warga tempatan yang mana majikan dikehendaki memaklumkan kekosongan jawatan terlebih dahulu untuk membolehkan pencari kerja rakyat tempatan
- Hanya 6 sektor pekerjaan dibenarkan untuk mengambil pekerja asing iaitu 6 sektor formal yang merangkumi sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan, pertanian, perlombongan dan pengkuarian
- 15 negara sumber dibenarkan untuk membekalkan pekerja asing ke Malaysia adalah dari Indonesia, Nepal, Myanmar, India, Vietnam, Filipina (Lelaki), Pakistan, Thailand, Kemboja, Sri Lanka, Lao PDR, Turksmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan
- Had umur penggajian pekerja asing dibenarkan dari 18 tahun sehingga 45 tahun ketika permohonan
- Tempoh penggajian dibenarkan semalam 10 tahun + 3 tahun bagi 6 sektor formal
Berdasarkan apa yang digariskan atas, boleh disimpulkan bahawa kerajaan membenarkan majikan di Malaysia untuk mengambil dan menggajikan pekerj warga asing di dalam negara. Tetapi keutamaan masih kepada warganegara.
Jadi bagi majikan yang ingin mengambil pekerja asing dinasihatkan untuk mengenal pasti sektor pekerjaan dengan betul, kemudian mematuhi peraturan penggajian pekerja asing ditetapkan dan membantu proses permohonan pendaftaran pas bekerja.
Automasikan Pekerja Berbilang Bangsa Dengan MySyarikat!
Adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan pekerja? Perlukan sistem pengurusan yang boleh melancarkan proses pengambilan pekerja berbilang bangsa dan meningkatkan kepuasan pengalaman bekerja? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!
Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat!
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!