Dalam industri makanan dan minuman (F&B) ataupun perniagaan peruncitan cabaran paling besar yang dihadapi adalah masalah pengurusan gaji. Hal ini kerana kebanyakan pekerja dalam industri ini adalah pekerja separa masa (part-time) dan berganti-ganti.
Disebabkan sifat industri F&B yang bergerak pantas agak sukar sebenarnya untuk menguruskan gaji pekerja lebih-lebih lagi jenis perniagaan seperti ini melibatkan majikan itu sendiri sebagai boss, pekerja dan pegawai HR.
Oleh itu, penggunaan sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) yang memiliki fungsi pembayaran gaji automatik seperti MySyarikat adalah pilihan penyelesaian terbaik kepada masalah pengurusan pekerja.
Mari lihat kelebihan menggunakan sistem HRMS seperti MySyarikat dalam membantu perniagaan industri F&B di Malaysia menguruskan gaji pekerja supaya ia bergerak lebih efisien dan produktif.
Pengurusan Gaji Pekerja Yang Pelbagai
Seperti dikatakan tadi sifat industri F&B bergerak dengan sangat pantas. Dari segi gabungan pekerja, akan ada pekerja sepenuh masa dan ada juga pekerja separa masa malah mungkin juga ada pekerja bermusim (seasonal worker).
Atas faktor itu pembayaran gaji bagi pekerja juga berbeza-beza contohnya pekerja sepenuh masa dibayar gaji pada kadar bulanan sementara pekerja separa masa mungkin dibayar pada kadar mingguan atau harian.
Tetapi masalah pembayaran yang pelbagai ini boleh dimudahkan dengan sistem HRMS yang mempunyai fungsi pengurusan gaji efisien seperti Secured Payroll MySyarikat. Ia menawarkan fleksibiliti pembayaran yang mudah digunakan dan efisien.
Majikan hanya perlu tetapkan pembayaran gaji pekerja kemudian sistem akan membuat pengiraan dan mengeluarkan pembayaran tepat pada waktunya. Ini secara tidak langsung meningkatkan lagi efisensi pembayaran gaji dalam kuantiti yang banyak.
Pembayaran Diautomasikan Pengiraannya
Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh pekerja dan majikan dalam industri F&B adalah pembayaran caruman EPF dan SOCSO. Hal ini kerana majikan itu sendiri boss, pegawai HR dan kadang-kala pekerja jadi semua tugas perlu dibuat dalam satu.
Ekoran daripada kepelbagaian pekerja yang menerima jumlah gaji berbeza, agak sukar dan rumit proses pengiraan untuk caruman EPF dan SOCSO pekerja. Suka diingatkan bahawa pembayaran caruman-caruman ini adalah hak pekerja dan wajib dibuat.
Maka, memiliki sistem HRMS seperti Secured Payroll MySyarikat yang menawarkan automasi potongan wajib dapat memudahkan urusan caruman. Majikan hanya perlu tetapkan potongan wajib pada gaji pekerja kemudian sistem akan buat pengiraan dan pembayaran.
Dengan adanya sistem seperti MySyarikat ia bukan sahaja dapat meringankan tugasan majikan tetapi pada masa yang sama memastikan perniagaan yang dijalankan mengikut penetapan undang-undang kerja.
Gaji Dikreditkan Walaupun Pada Hari Cuti
Antara kebimbangan mana-mana pengusaha perniagaan tidak kira dalam industri F&B atau tidak adalah masalah pembayaran gaji pada hari cuti. Ini termasuklah pengiraan gaji bagi mereka yang bekerja pada waktu hari rehat yang dikira sebagai overtime.
Jam bekerja yang berbeza-beza, pekerja pada hari cuti rehat mingguan dan hari cuti umum adalah sangat sinomim dengan perniagaan runcit maka ini bermakna terdapat pengiraan pembayaran gaji yang pelbagai.
Sistem HRMS yang boleh menyelaraskan pembayaran dan agihan gaji walaupun pada waktu cuti seperti Secured Payroll MySyarikat sangat diperlukan lebih-lebih bagi perniaga yang mementingkan pembayaran mengikut masa.
Sistem MySyarikat akan mengira segala pembayaran termasuk overtime dalam kitaran penggajian semasa dan mengagihkannya walaupun hari penggajian jatuh pada hari cuti. Ini secara tidak langsung melancarkan urusan penggajian pekerja.
Segala Rekod Disimpan Dan Mudah Diakses
Penyimpan rekod yang baik adalah sangat penting untuk mana-mana perniagaan dan dalam industri F&B terutamanya yang banyak membeli barang perlukan resit bukti ketika mengira keuntungan.
Ketiadaan sistem untuk menyimpan rekod bukan sahaja boleh menjejaskan keuntungan perniagaan tetapi juga memberi kesan kepada pembayaran gaji apabila ketiadaan wang mencukupi akibat kekhilafan pengiraan.
Namun, masa ini dapat diatasi dengan penggunaan sistem HRMS seperti MySyarikat yang menawarkan fungsi Secured Payroll dan Claim Management yang menguruskan segala aliran kewangan termasuk menyimpan bukti dengan selamat.
Melaluinya sebarang resit pemberian boleh disimpan dalam sistem dan pengiraan akan dibuat secara automatik. Jadi segala proses pembayaran dapat dijana dengan lebih mudah dan majikan juga boleh akses semula resit yang telah tersimpan selamat dalam rekod.
Dapat Penyelesaian Masalah Gaji Dengan MySyarikat
Kesimpulannya, jenis perniagaan yang bergerak pantas seperti industri F&B sangat sesuai menggunakan sistem HRMS dalam menyelesaikan pembayaran gaji pekerja. Selain itu, banyak lagi fungsi-fungsi pada sistem HRMS yang boleh dimanfaatkan untuk mengembangkan perniagaan.
Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju.
Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!
Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!
Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!
Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!