MySyarikat adalah platform tadbir urus yang berfokus pada pengurusan sumber manusia dalam syarikat. Oleh itu, ia memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa syarikat mematuhi undang-undang pekerjaan yang berlaku, termasuk pembaharuan terkini dalam Akta Pekerjaan 1955 di Malaysia. Namun sejauhmanakah sistem MySyarikat mengaplikasikan pembaharuan terkini dalam Akta Pekerjaan 1955?
Aplikasi ini memainkan peranan penting dalam membantu syarikat mematuhi peraturan baru dalam undang-undang pekerjaan di Malaysia seperti had waktu bekerja, cuti, gaji dan elaun. Penggunaan MySyarikat sememangnya dapat membantu syarikat dalam mematuhi peraturan baru dalam Akta Pekerjaan 1955 dan memastikan kepatuhan terhadap undang-undang yang berkaitan, dan pada masa yang sama membantu kerajaan dalam mengoptimumkan pelaksanaan akta pekerja di peringkat syarikat dengan meluas.
1. Pengurusan waktu bekerja
Sistem MySyarikat akan menetapkan peruntukan jam kerja kepada 45 jam seminggu seperti ditetapkan akta pekerja dan membolehkan mana-mana pekerja yang merekodkan jam kerja yang lebih dari itu untuk membuat tuntutan bayaran upah kerja lebih masa. Syarikat boleh mengatur jadual waktu bekerja pekerja dengan lebih efisien dan mengehadkan bilangan maksimum jam kerja lebih masa yang boleh diambil oleh pekerja. Dengan itu, syarikat dapat memastikan pematuhan terhadap had waktu bekerja yang ditetapkan dalam undang-undang dan memberi keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan (work-life balance).
2. Pengurusan Cuti
Sistem MySyarikat akan mengemaskini segala cuti-cuti baharu yang diperkenalkan kerajaan seperti 98 hari bagi pekerja wanita yang bersalin dan cuti paterniti 7 hari bagi pekerja lelaki. Sistem ini akan memudahkan pengurusan cuti pekerja dengan cara yang efektif dan telus. Syarikat dapat mengurangkan masalah seperti pertindihan jadual cuti dan mengesan cuti yang telah diambil atau berhak diambil oleh pekerja. Dengan pengurusan yang telus melalui sistem, syarikat dapat memastikan semua pekerja termaktub dan jelas dengan 6 jenis cuti yang berhak untuk pekerja mengikut Akta Pekerja 1955. Hal ini akan menimbulkan kepercayaan dan keyakinan pekerja terhadap kebajikan mereka di tempat kerja.
3. Pengurusan gaji
Sistem HR MySyarikat juga memperkenalkan pengiraan gaji tidak lengkap bulan iaitu yang telah ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan ‘calendar of month’ dan bukannya 26 hari. Sistem HR MySyarikat membolehkan syarikat untuk memastikan bahawa pemotongan cukai dan kontribusi KWSP, SOCSO dan EIS dilakukan dengan tepat dan memenuhi keperluan undang-undang yang berkaitan. Selain itu rekod gaji disimpan dalam pangkalan data sistem dan boleh diakses dengan mudah oleh pengurus HR atau pentadbir sistem.
4. Pengurusan elaun
MySyarikat membolehkan pengurusan elaun yang meliputi elaun kerja lebih masa, elaun makan, elaun perjalanan dan lain-lain, dengan memenuhi ketentuan yang telah ditetapkan dalam Akta Pekerjaan 1955. MySyarikat juga membolehkan pemberian elaun kepada pekerja berdasarkan pencapaian kerja, anugerah atau tugas tambahan. Dengan menggunakan sistem MySyarikat, pengurusan elaun dapat dilakukan secara lebih teratur, tepat dan efisien, serta memastikan segala pengiraan elaun yang diberikan setimpal dan berdasarkan terhadap akta pekerja.
5. Pemberitahuan maklumat
Dalam aplikasi MySyarikat terdapat sebuah fungsi yang sangat berkuasa iaitu fungsi pengumuman yang boleh mengeluarkan kemaskini dan notis terbaru berkaitan segala bentuk pengumuman, peraturan pekerjaan, notis mahupun amaran di peringkat syarikat atau kerajaan kepada semua pekerja. Ini memastikan bahawa tidak ada satu pekerja pun yang terkecuali dan semua pekerja mempunyai maklumat yang sama dan pada masa yang terkini. Dengan fungsi ini, syarikat dapat mengumumkan sebarang bentuk maklumat dan cara untuk memastikan pematuhan yang konsisten terhadap undang-undang syarikat dan akta pekerja.
6. Laporan dan dokumentasi
Sistem MySyarikat membolehkan syarikat memantau dan melaporkan secara berkala aktiviti yang berkaitan dengan sumber manusia syarikat anda. Misalnya, syarikat boleh mengeluarkan laporan tentang had waktu bekerja, cuti dan elaun yang telah diambil oleh pekerja. Dengan laporan tersebut, syarikat dapat menilai pematuhan mereka terhadap peraturan baru dalam undang-undang pekerjaan dan sebagai pekerja anda dapat melihat dengan terperinci pelaksanaan akta pekerjaan yang diambil oleh syarikat anda.
Laporan yang mengandungi dokumen-dokumen yang membuktikan pematuhan syarikat terhadap pindaan Akta Pekerjaan 1955 adalah sangat penting untuk didokumentasikan dan disimpan dengan baik. Laporan ini dapat membantu syarikat untuk membuktikan bahawa syarikat telah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang dan dapat membantu syarikat untuk menghindari sebarang tindakan undang-undang yang mungkin timbul akibat ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk mempunyai sebuah platform bagi pekerja mahupun majikan mengekses kepada fungsi-fungsi tersebut.
Adakah syarikat anda bersedia untuk sepenuhnya mengaplikasikan pindaan Akta Pekerjaan 1955 dalam tadbir urus syarikat? Tidak kira mahu atau tidak, syarikat perlu melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Pekerjaan yang terbaru bagi menghindari sebarang risiko undang-undang.
4 cadangan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan sistem HR MySyarikat dalam mematuhi peraturan baru dalam Akta Pekerjaan 1955, iaitu:
- Melakukan latihan dan kesedaran: Syarikat bertanggungjawab memberikan latihan menggunakan sistem MySyarikat dan kesedaran mengenai peraturan baru dalam Akta Pekerjaan 1955. Ini dapat membantu mereka memahami hak-hak mereka, peraturan baru dan mematuhi undang-undang yang berkaitan dengan pekerjaan. Syarikat juga perlu memastikan bahawa pekerja memahami peraturan baru dan kepentingannya dalam mematuhi undang-undang.
- Memantau pematuhan: Syarikat harus memantau pematuhan peraturan baru dalam Akta Pekerjaan 1955 oleh pekerja dalam aplikasi MySyarikat. Ini dapat dilaksanakan dengan mengadakan audit atau pemeriksaan berkala ke atas rekod dan proses dalam sistem MySyarikat untuk memastikan semua pekerja patuh terhadap segala ketetapan yang dilakukan syarikat.
- Mengadakan kajian dan penilaian: Syarikat juga perlu mengadakan kajian dan penilaian berkala terhadap penggunaan MySyarikat untuk memastikan keberkesanan dan keberfungsian sistem. Ini dapat membantu syarikat mengenal pasti kelemahan dan menambahbaik sistem bagi memastikan pematuhan peraturan baru dalam Akta Pekerjaan 1955.
- Menambah fungsi sistem: Sistem MySyarikat juga boleh dinaik taraf dengan lebih baik dan lebih kefungsian serendah RM8 untuk Pakej Premium mereka. Dengan pakej ini, fungsi seperti menarik seperti Pengurusan Tuntutan, Pengurusan Lebih Masa, Borang Tahunan dan banyak lagi boleh diakses oleh pengguna. Ini membolehkan pengguna mendapatkan akses yang lebih jelas terhadap segala perubahan yang dilakukan syarikat mengikut pindaan akta pekerja 1955.
Aplikasi MySyarikat memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan melaksanakan Akta Pekerjaan dengan lebih berkesan. Dengan memudahkan syarikat untuk mematuhi peraturan baru dalam undang-undang pekerjaan, aplikasi ini dapat membantu kerajaan mengurangkan ketidakpatuhan undang-undang dan meningkatkan perlindungan hak pekerja.
Ia juga memudahkan pengumpulan data dan pemantauan pelaksanaan undang-undang secara efisien, yang dapat membantu kerajaan mengenal pasti isu-isu yang perlu diperbaiki dan mengoptimumkan pelaksanaan pindaan Akta Pekerjaan 1955 di peringkat syarikat dengan lebih meluas. Merupakan sebuah elemen penting dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan keselamatan, kesejahteraan, dan keadilan pekerja di negara ini. Jadi, muat turunlah aplikasi MySyarikat dan nikmati kelebihan-kelebihan yang disediakan untuk mempermudahkan pengurusan syarikat anda.