Diskriminasi antara jantina di tempat kerja merupakan isu serius yang boleh mempengaruhi kesejahteraan dan produktiviti dalam sesebuah organisasi syarikat. Isu ini bukan sahaja merujuk kepada layanan tidak adil antara jantina tetapi turut melibatkan gangguan seksual.
Oleh itu, dalam artikel ini kita akan bincangkan langkah-langkah menangani diskriminasi jantina di tempat kerja di Malaysia dengan berfokus kepada langkah-langkah praktikal yang boleh diambil oleh majikan dan pekerja.
Situasi Diskriminasi Jantina di Tempat Kerja
Umumnya, diskriminasi merujuk kepada sebarang layanan yang berbeza diantara seorang individu dengan individu lain. Ia juga boleh terjadi dalam kalangan kumpulan bersama dengan kumpulan lain atau dari seorang individu kepada kumpulan berbeza.
Dalam konteks di tempat kerja pula diskriminasi berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk diantara bangsa, agama, fahaman politik sehingga kuasa. Namun, salah satu bentuk diskriminasi yang sering berlaku di tempat kerja ada diskriminasi jantina.
Agak sukar sebenarnya untuk kenal pasti bagaimana diskriminasi jantina di tempat kerja ini bermula. Tetapi jika diikutkan sejarah ia bermula ketika zaman dahulu lagi apabila kebanyakan tempat kerja didominasi oleh kaum lelaki berbanding wanita.
Tips Tangani Isu Diskriminasi Jantina di Tempat Kerja
- Didik Tentang Bias Jantina
Langkah pertama dalam menangani diskriminasi jantina adalah melalui pendidikan. Majikan perlu memastikan pekerja memahami apa itu bias jantina, baik yang jelas mahupun yang tersirat.
Ini termasuk memberi contoh-contoh praktikal dan latihan yang menjelaskan bagaimana mengenali dan mengelakkan bias jantina dalam pekerjaan seharian. Pendidikan ini penting untuk semua peringkat, dari pekerja bawahan hingga ke pihak pengurusan.
- Penilaian dan Seragamkan Gaji
Masalah jurang gaji antara jantina masih wujud di banyak tempat kerja. Majikan perlu menilai struktur gaji sedia ada untuk mengenal pasti sebarang ketidakseimbangan. Pembayaran yang sama harus diberikan untuk kerja yang sama tanpa mengira jantina.
Langkah ini termasuklah menggalakkan wanita untuk meminta kenaikan gaji seperti mana lelaki. Dengan menilai dan menyesuaikan gaji berdasarkan prinsip keadilan, organisasi dapat menghapuskan jurang gaji yang berasaskan jantina.
- Proses Pengambilan Pekerja Adil
Penggunaan bahasa dalam iklan pekerjaan boleh mempengaruhi siapa yang memohon dan siapa yang diambil bekerja. Majikan perlu berhati-hati dalam memilih kata-kata yang tidak memberi konotasi jantina tertentu.
Contohnya, elakkan penggunaan perkataan seperti ‘kompetitif’ atau ‘dominan’ yang mungkin menarik lebih ramai pemohon lelaki. Sebaliknya, gunakan bahasa yang neutral untuk memastikan keterangkuman dalam proses pengambilan pekerja.
- Tegas Tangani Bias Jantina
Bias jantina, termasuk komen yang tidak sesuai atau jenaka yang menyinggung, perlu ditangani dengan tegas. Setiap kali kejadian seperti ini berlaku, ia adalah peluang untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang layanan yang adil di tempat kerja.
Pengurus dan pemimpin dalam organisasi perlu berperanan aktif dalam menangani isu ini dan memastikan tempat kerja bebas dari bias jantina.
- Sediakan Pilihan Kerja Fleksibel
Kerja fleksibel dapat membantu mengurangkan bias jantina dengan membolehkan lelaki dan wanita menyesuaikan waktu kerja mereka mengikut keperluan peribadi. Ini termasuklah kerja dari rumah, waktu kerja yang boleh diubahsuai, dan cuti yang fleksibel.
Dasar mesra keluarga dan pilihan kerja fleksibel meningkatkan kepuasan dan penglibatan pekerja, terutamanya pekerja wanita.
- Program Mentoring
Program mentoring penting untuk membantu wanita mencapai aspirasi kerjaya mereka. Dengan menyediakan mentor yang dapat memberi panduan dan sokongan, wanita dapat mengembangkan jaringan, kemahiran, dan pengetahuan organisasi yang diperlukan untuk kemajuan kerjaya.
Mentoring ini boleh melibatkan mentor lelaki atau wanita, kerana kerjasama antara jantina penting untuk memperkukuhkan budaya kerja yang inklusif.
- Bina Semangat Berpasukan
Mewujudkan persekitaran kerja yang beragam dan inklusif adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan diskriminasi jantina. Wanita yang bekerja dalam pasukan yang terdiri daripada pelbagai jantina kurang berkemungkinan merasa terpinggir atau mengalami gangguan.
Oleh itu, organisasi perlu berusaha untuk membentuk pasukan yang menyokong dan memberi peluang yang sama kepada semua pekerja tanpa mengira jantina.
Naik Taraf Pengalaman Kerja Syarikat Dengan MySyarikat!
Mengatasi diskriminasi jantina di tempat kerja memerlukan usaha berterusan dari semua pihak dalam organisasi. Dengan melaksanakan langkah-langkah yang telah dibincangkan, majikan boleh mewujudkan persekitaran kerja yang adil dan inklusif, di mana setiap pekerja merasa dihargai dan dihormati.
Dalam pada itu adakah anda perlukan HR software terbaik yang boleh bantu naik taraf pengalaman pekerjaan? Jika jawapannya ‘YA’ HR software MySyarikat adalah pilihan pengurusan terbaik kepada bisnes-bisnes di Malaysia.
Dengan sistem HR software MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! Daripada pengurusan gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang moden dan inovatif ini.
Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat!
Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!