Skip to main content

Surat penarikan peletakan jawatan adalah dokumen rasmi yang digunakan oleh pekerja untuk membatalkan hasrat mereka untuk meletakkan jawatan. Dalam situasi tertentu, pekerja mungkin ingin kekal di tempat kerja atas pelbagai sebab seperti tawaran baru daripada majikan, perubahan situasi atau keputusan.

Oleh itu, artikel ini akan menerangkan apa itu surat penarikan peletakan jawatan, sama ada ia boleh dilakukan atau tidak, hak pekerja dan majikan berkaitannya serta contoh surat tersebut untuk membantu anda.

Apa itu Surat Penarikan Peletakan Jawatan?

Dalam bahasa mudahnya surat penarikan peletakan jawatan adalah surat rasmi di mana pekerja menyatakan hasrat mereka untuk menarik balik notis perletakan jawatan yang telah diberikan kepada majikan.

Ia bertujuan untuk memaklumkan kepada majikan bahawa pekerja ingin terus bekerja di syarikat tersebut.

“Boleh ke hantar surat macam ini?”

Boleh. Surat ini biasanya dihantar pekerja sebelum tarikh akhir notis peletakan jawatan berkuat kuasa atau seawal mungkin sebelum habis tempoh notis. Ia penting untuk memastikan komunikasi yang jelas dan profesional antara pekerja serta majikan bagi mengelakkan sebarang salah faham.

Undang-Undang Berkaitan Surat Penarikan Peletakan Jawatan

Undang-undang kerja di Malaysia tiada penetapan berkaitan surat penarikan peletakan jawatan, namun ia tidak menghalang pula pekerja daripada menarik balik peletakan jawatan. Tetapi keputusan akhir sama ada untuk menerima atau tidak terletak di tangan majikan.

Terdapat beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan majikan sama ada untuk menerima atau menolak surat penarikan perletakan jawatan pekerja termasuk:

  • Keperluan Operasi Syarikat: jika jawatan pekerja telah diisi oleh calon lain, majikan mungkin menolak surat penarikan peletakan jawatan pekerja. 
  • Rekod Prestasi Pekerja: majikan cenderung untuk pertimbangkan rekod prestasi pekerja dalam membuat seberang keputusan termasuk untuk menerima surat penarikan peletakan jawatan.
  • Sikap Profesionalisme: cara pekerja mengemukakan surat penarikan peletakan jawatan juga memainakan peranan kepada majikan dalam membuat keputuan.

Hak Pekerja dan Majikan Berkaitan Surat Penarikan Peletakan Jawatan

Seperti dinyatakan awal tadi undang-undang kerja di Malaysia tidak menyatakan sebarang peraturan berkaitan surat penarikan perletakan jawatan ini. Boleh dikatakan ia berdasarkan budi bicara majikan itu sendiri.

Ini adalah beberapa penjelasan ringkas berkaitan hak pekerja dan majikan apabila berkaitan dengan surat penarikan perletakan jawatan.

  1. Hak Pekerja
    1. Pekerja mempunyai hak untuk cuba menarik balik peletakan jawatan sebelum tarikh akhir notis.
    2. Pekerja perlu mengemukakan surat secara rasmi dan disampaikan dengan profesional.
    3. Pekerja perlu memastikan surat penarikan disampaikan dengan jelas dan dalam tempoh masa yang munasabah.
  2. Hak Majikan
    1. Majikan mempunyai hak untuk menerima atau menolak permohonan pekerja untuk menarik balik peletakan jawatan.
    2. Majikan boleh mempertimbangkan pelbagai aspek sebelum menerima atau menolak permohonan pekerja untuk menarik balik peletakan jawatan.
    3. Majikan perlu memberi maklum balas terhadap permohonan pekerja untuk menarik balik peletakan jawatan dalam tempoh masa yang munasabah.

Contoh Surat Penarikan Peletakan Jawatan

Sama seperti mana-mana surat rasmi lain, ia perlu mengikut format surat rasmi. Ini adalah contoh tempat yang boleh menjadi rujukan pekerja.

Kesimpulannya, surat penarikan peletakan jawatan ini merupakan satu dokumen rasmi yang perlu dirangka secara profesional. Walaupun majikan tidak wajib menerima permohonan penarikan ini, sikap yang betul dan surat teratur dapat meningkatkan peluang ia diterima.

Jika anda sedang dalam situasi ini, harapnya rujukan contoh surat yang disediakan dapat membantu. Pastikan komunikasi anda dengan majikan jelas dan menghormati proses kerja syarikat.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasi tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk akses PERCUMA sistem MySyarikat sekarang!

feature mysyarikat

Leave a Reply