Skip to main content

Bayangkan satu situasi di mana pekerja yang ingin berhenti kerja, hantar surat berhenti atau notis penamatan kontrak tetapi majikan pula menolak perletakan jawatan tersebut. Atau majikan kata mereka hilang surat berhenti kerja tersebut, maka perletakan jawatan pekerja dikira tidak sah.

Persoalannya adakah boleh untuk majikan tolak surat berhenti kerja dari pekerja? Dan sah ke alasan majikan yang mengatakan kehilangan surat perletakan jawatan pekerja bermaksud pekerja itu tidak boleh berhenti?

Valid Ke Majikan Reject Surat Perletakan Jawatan?

Perkara melibatkan surat berhenti kerja atau disebut sebagai notis penamatan kontrak ini telah digariskan dalam buku perundangan kerja utama negara, Akta Kerja 1955. Ia tertulis pada Seksyen 12 berkenaan notis penamatan kontrak.

Secara ringkasnya seksyen ini mengatakan bahawa mana-mana pihak berkontrak boleh pada bila-bila masa memberikan pihak satu lagi notis penamatan perkhidmatan dan diberikan tempoh tertentu untuk menghantarnya atau dibayar ganti rugi notis jika perlu.

Jadinya berdasarkan penetapan dalam Akta Kerja, jawapan kepada persoalan majikan tolak surat berhenti kerja pekerja adalah TIDAK BOLEH. Malah, penghantaran surat berhenti kerja ini juga tidak perlu mendapat kelulusan majikan.

Peraturan notis penamatan kontrak ini meliputi semua kawasan dan jenis pekerjaan dalam Jadual Pertama Akta Kerja 1955 tanpa mengira sama majikan mengambil pekerja dengan kontrak bertulis atau tidak bertulis.

Secara khususnya apabila pekerja menghantar notis penamatan kontrak ia telah menyatakan niatnya untuk berhenti kerja, dan akan berada dalam tempoh notis pada tarikh surat itu dikemukakan.

Pihak majikan pada masa ini mungkin boleh memujuk pekerja tetapi tidak sama sekali boleh untuk menolak surat berhenti kerja tersebut walau apa pun keadaannya. Perlu difahamkan bahawa penghantaran surat berhenti tidak perlu dapat kelulusan kerana ia dianggap pemberitahuan.

Tetapi ini tidak bermakna nasib majikan tidak terbela kerana pekerja perlu meghantar surat berhenti kerja tersebut mengikut tempoh notis yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955. Andai pekerja ingin berhenti segera maka pekerja itu perlu membayar ganti rugi notis.

Situasinya juga sama apabila majikan mahu memberhentikan pekerja di mana ia perlu diberikan notis pada tempoh ditetapkan atau bayar ganti rugi notis jika mahu berkuatkuasa serta-merta.

Macam Mana Kalau Surat Berhenti Hilang?

Tanpa mengira alasan sama ada majikan menghilangkan surat berhenti kerja atau majikan mengatakan tidak menerima surat berhenti kerja, asalkan pekerja telah menyerahkan notis tersebut kepada pegawai sumber manusia (HR) ia dianggap sudah berkuatkuasa.

Atas faktor itu sekali lagi majikan TIDAK BOLEH menolak perletakan jawatan pekerja dengan memberi alasan kehilangan atau surat berhenti kerja tidak sampai di tangan. 

Malah, jika pihak majikan ingin membawa kes ke mahkamah keputusan yang akan dibuat hakim adalah majikan tidak perlu beri respond terhadap surat perletakan jawatan pekerja berdasarkan kes-kes lepas.

Untuk memastikan bahawa majikan tidak memberi alasan sebaiknya pekerja menghantar surat berhenti kerja secara fizikal dan emelkannya cengan CC kepada semua pihak atasan syarikat. Dengan cara ini tiada alasan untuk mengatakan majikan tidak terima surat.

Jelas di sini bahawa sebenarnya majikan tidak boleh meghalang apatah lagi menolak surat berhenti kerja dari pekerja. Majikan boleh cuba untuk memujuk pekerja untuk menarik balik surat tetapi tidak sama sekali boleh menolaknya.

Pihak pekerja juga perlu menghormati tempoh notis dan berikan surat mengikut kerangka masa yang telah ditetapkan. Ingat, peraturan yang ditetapkan Akta Kerja 1955 adalah untuk menjaga hak semua pihak bukan pekerja sahaja.

Tips HR

Tips Urus Pekerja Introvert

Zahin ByondZahin ByondMarch 25, 2024

Leave a Reply