Macam kita semua sedia maklum setiap kali masuk bulan baru pasti akaun bank akan ‘penuh’. Tempoh pembayaran gaji ini telah ditetapkan dalam buku undang-undang kerja negara, Akta Kerja 1955 dan kegagalan untuk mematuhinya boleh dikenakan tindakan.
Jadi penting, terutamanya majikan, mengambil maklum tentang tempoh pembayaran gaji yang telah ditetapkan dalam perundangan. Selain itu, perkerja juga perlu ambil maklum tarik-tarik tempoh pembayaran gaji supaya tidak dianiaya.
Tempoh Pembayaran Gaji, OT dan Elaun
Seperti biasa apabila hendak bincangkan tentang hak penggajian ini mari kita rujuk pada Akta Kerja 1955.
Pada Seksyen 19, Tempoh Upah ada menerangkan tentang tempoh pembayaran gaji yang perlu majikan buat atas perkhidmatan diberikan pekerja. Di sini ia ada menyatakan tempoh panggajian tersebut mesti untuk tempoh 1 bulan.
- Sesuatu kontrak perkhidmatan hendaklah menetapkan suatu tempoh upah tidak melebihi satu bulan.
- Jika dalam mana-mana kontrak perkhidmatan tiada tempoh upah yang ditetapkan, tmepoh upah hendaklah bagi maksud-maksud kontrak tersebut dianggap sebagai satu bulan.
Kemudian pada seksyen berikutnya pula, Seksyen 19 ada menyatakan masa pembayaran upah. Pada bahagian ini ia ada menggariskan keperluan majikan untuk mengkreditkan upah (gaji) pekerja tidak lewat 7 haribulan selepas memasuki bulan baharu.
- Tertakluk kepada subseksyen (2), setiap majikan hendaklah membayar kepada setiap pekerjanya tidak lewat dari hari ketujuh selepas hari terakhir bagi mana-mana tempoh upah, ditolak potongan-potongan yang sah yang diperolehi oleh pekerja tersebut dalam tempoh upah tersebut.
- Upah bagi kerja yang dijalankan pada hari rehat, hari kelepasan am yang diwartakan yang dirujuk dalam perenggan 60D(1)(a) dan (b) dan kerja lebih masa yang dirujuk dalam seksyen 60A hendaklah dibayar tidak lewat dari hari terakhir tempoh upah yang berikutnya.
- Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pembayaran di dalam masa tersebut adalah tidak boleh dibuat dengan munasabah, da boleh, atas permohonan majikan, melanjutkan masa pembayaran dengan bilangan hari tertentu sebagaimana yang dia fikirkan patut.
Maka, jelas di sini untuk pembayaran gaji termasuk overtime (OT) serta sebarang elaun yang layak pekerja terima mesti dibuat selepas memasuki bulan baharu. Segala pembayaran tersebut juga mesti dibuat tidak lewat daripada 7 hari pertama bulan tersebut.
Contoh:
Hidayat seorang pegawai sumber manusia (HR). Dia perlu menguruskan gaji pekerjanya untuk tempoh bulan Oktober. Jadinya, gaji pekerja Hidayat pada bulan Oktober mesti dibayar apabila memasuki bulan November.
Selain itu, Hidayat perlu memastikan pembayaran tersebut dibuat di antara 1 haribulan November sehingga 7 haribulan November. Dan pembayaran gaji tersebut adalah gaji bersih, bukannya gaji kasar.
Tempoh Pembayaran Caruman Gaji
Untuk pembayaran caruman wajib, yang merupakan sebahagian daripada potongan-potongan sah yang digariskan Akta Kerja 1955, ia perlu dibuat untuk KWSP, PERKESO atau PCB selepas 15 haribulan pada bulan berikutnya.
Ringkasan tempoh pembayaran caruman untuk KWSP, PERKESO dan SIP adalah seperti berikut:
- KWSP
- Dibayar kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
- Caruman mesti dibuat selepas 15 haribulan pada bulan berikutnya.
- Jika 15 haribulan adalah hari cuti, ia perlu dibuat pada hari bekerja berikutnya selepas 15 haribulan tersebut.
- Contoh: caruman PERKESO untuk Oktober mesti dibuat pada 15 haribulan November, dan andai 15 haribulan tersebut adalah hari cuti maka ia perlu dibuat pada 16 haribulan November.
- Faedah akan dikenakan untuk pembayaran lewat caruman berdadarkan kadar dividen oleh Lembaga Pengarah KWSP setiap tahun.
- PERKESO
- Dibayar kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
- Caruman mesti dibuat selepas 15 haribulan pada bulan berikutnya.
- Jika 15 haribulan adalah hari cuti, ia perlu dibuat pada hari bekerja sebelum 15 haribulan tersebut.
- Contoh: caruman PERKESO untuk Oktober mesti dibuat pada 15 haribulan November, dan andai 15 haribulan tersebut adalah hari cuti maka ia perlu dibuat pada 14 haribulan November.
- Kegagalan untuk mencarum boleh dikenakan denda 6% setahun untuk setiap hari tertunggak.
- PCB
- Dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Caruman mesti dibuat selepas 15 haribulan pada bulan berikutnya.
- Jika 15 haribulan adalah hari cuti, ia perlu dibuat pada hari bekerja sebelum 15 haribulan tersebut.
- Contoh: caruman PERKESO untuk Oktober mesti dibuat pada 15 haribulan November, dan andai 15 haribulan tersebut adalah hari cuti maka ia perlu dibuat pada 14 haribulan November.
- Kegagalan menghantar pembayaran boleh didenda dan/atau dipenjara dengan denda minimum RM200, maksimum RM2,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
- Penalti pembayaran lewat sebanyak 10% boleh dikenakan ke atas baki cukai yang tidak dibayar selepas 30 April tahun taksiran.
Formula Kira Gaji Yang Betul
Masih lagi dengan contoh yang sama seperti di atas. Hidayat bekerja sebagai seorang pencipta kandungan dan menerima gaji bulanan sebanyak RM2,500 beserta elaun sebanyak RM500. Jumlah caruman dia adalah sebanyak 11% KWSP, 0.5% PERKESO dan 0.2% SIP.
Jadi pengiraan untuk gaji Hidayat untuk bulan November adalah seperti berikut:
Gaji Bulanan = Gaji Asas + Elaun – (Caruman*)
*KWSP = Gaji Kasar x Kadar Caruman
*PERKESO = Gaji Kasar x Kadar Caruman
*SIP = Gaji Kasar x Kadar Caruman
RM2,649 = RM2,500 + RM500 – (RM330*+RM15**+RM6***)
*RM330 = RM3,000 x 11%
*RM15 = RM3,000 x 0.5%
*RM6 = RM3,000 x 0.2%
Automasikan Pengiraan, Bayaran dan Agihan Gaji Dengan MySyarikat!
Kesimpulannya, majikan dan pekerja wajib untuk mengetahui tempoh serta cara pembayaran gaji termasuk caruman-caruman wajib dengan betul. Ia bukan sahaja membantu memahami proses penggajian tetapi mempelajarinya dapat membantu melindungi hak kedua-dua belah pihak.
Dalam pada itu, syarikat anda memiliki masalah pengurusan, pengiraan, pengagihan dan pembayaran gaji secara efisien?
Berita baik untuk anda semua kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! Pengurusan gaji syarikat ada boleh jadi efisien dengan fungsi Secured Payroll yang boleh bantu untuk pengiraan, agihan dan bayaran gaji serta OT dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!
Kalau majikan tolak elaun bulanan belandas kan % sales bulanan adakah boleh atau tidak boleh.
Contoh
Kerja 26 hari – Cuti tahun 6 hari elaun bulan tersebut hanya akan di kira 20 hari saja.
Pemberian elaun adalah berdasarkan polisi syarikat semata-mata, jadi majikan berhak untuk mengubah pemberian elaun kepada pekerja.
Saya bekerja normal 8jam Dan waktu rehat 45min dalam 8 jam tersebut. ..Dan dlm kesibukan kerja saya terpaksa lajak 1jam sahaja …adakah 1jam tersebut dikira sebagai ot .?? Majikan berkata kena punch kad yg 8jam dahulu..lepas tu rehat 1 jam Baru masok balik dikira ot.. tetapi keadaan saya tidak seperti itu… Saya tidak boleh untuk rehat atas sebab keadaan sangat bz..Dan kerja saya selama 9 jam hanya dikira 8 jam sahaja…
Perlu ikut majikan kerana OT hanya dibenarkan jika mendapatkan persetujuan majikan ya.