Skip to main content

Adakah anda tahu betapa pentingnya faedah pekerjaan dalam meningkatkan kesejahteraan pekerja Malaysia? Faedah pekerjaan bukan sekadar ganjaran, tetapi ia memainkan peranan besar dalam mengekalkan motivasi dan produktiviti pekerja lebih-lebih lagi dengan kenaikan kadar gaji minimum yang akan datang..

Jadi bagi permilik perniagaan terutamanya SME di Malaysia artikel ini membincangkan pelbagai jenis faedah pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan di Malaysia, serta bagaimana ia memberi impak positif kepada pekerja, majikan, dan industri sumber manusia.

Apakah Itu Faedah Pekerjaan?

Faedah pekerjaan merujuk kepada pelbagai kelebihan tambahan yang diberikan oleh majikan kepada pekerja mereka di samping gaji asas. Faedah ini boleh merangkumi aspek kewangan, kesihatan, kesejahteraan, dan fleksibiliti kerja.

Contoh faedah pekerjaan termasuk:

  • Gaji kompetitif: Gaji asas yang seiring dengan pasaran pekerjaan.
  • Elaun: Contohnya elaun perjalanan, makanan, atau telefon.
  • Bonus: Ganjaran tambahan berdasarkan prestasi pekerja atau syarikat.
  • Hybrid working: Pilihan untuk bekerja dari rumah atau pejabat secara fleksibel.

Di Malaysia, Akta Kerja 1955 yang mengawal selia segala undang-undang dan peraturan kerja tidak menyatakan kewajipan untuk majikan menawarkan faedah tambahan ini namun ia juga tidak melarang daripada melakukannya.

Jenis Faedah Pekerja di Malaysia

Dalam konteks kerja di Malaysia selalunya faedah tambahan yang ditawarkan adalah dalam 2 bentuk; tunai atau bukan tunai. Bergantung kepada polisi syarikat ada majikan yang menawarkan salah satu daripada dua dan ada juga yang menawarkan kedua-duanya sekali.

Namun, antara faedah tambahan asas yang seing ditawarkan kebanyakan syarikat di Malaysia adalah:

  • Faedah Kesihatan dan Perubatan
    • Insurans Kesihatan
    • Perbelanjaan Perubatan dan Kesihatan
    • Program Kaunseling
  • Faedah Tunai Tambahan
    • Elaun 
    • Bonus
    • Perkongsian Keuntungan
    • Saham 
  • Faedah Kerja Fleksibel
    • Waktu Kerja Fleksibel
    • Penambahan Jumlah Cuti
    • Bekerja Hybrid
  • Faedah Perkembangan Kerjaya
    • Kursus Latihan
    • Elaun Kursus Latihan
    • Program Perkembangan Kerjaya

Trend Faedah Kerja di Malaysia

Sebagai persiapan memasuki tahun 2025, ini adalah beberapa cadangan pakej faedah tambahan yang majikan SME boleh pertimbangkan. Suka diingatkan ia adalah berdasarkan polisi syarikat dan majikan berhak secara mutlak ke atasnya.

  1. Pakej Faedah Aturan Kerja Fleksibel

Sebenarnya Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 sudah lama memperkenalkan aturan kerja fleksibel (AKF) ini dengan membenarkan pekerja memohon kepada majikan kebenaran untuk menentukan masa, tempat dan hari bekerja dari rumah.

Menurut kajian kebanyakan pekerja kini lebih cenderung untuk memilih syarikat yang menawarkan AFK atau kerja hybrid berbanding corak kerja tradisional. Oleh itu, tidak salah majikan SME pertimbangkan faedah seperti ini juga sesuai dengan corak perniagaan yang dijalankan.

  1. Pakej Faedah Insurans Keluarga

Normanya di Malaysia, syarikat menawarkan faedah insurans kepada pekerja apabila terlibat dalam kemalangan dan perlukan pembedahan atau duduk di dalam hospital. Hanya sesetengah syarikat sahaja menawarkan faedah insurans berkeluarga ini.

Jadi majikan SME boleh pertimbangkan untuk menawarkan faedah insurans berkeluarga kepada pekerja seperti berbelanjaan perubatan untuk sakit tenat atau membenarkan keluarga pekerja yang terlibat kemalangan menggunakan insurans pekerja itu.

  1. Pakej Faedah Program Kesihatan Mental

Kesedaran terhadap kesihatan mental semakin meningkat di Malaysia. Ramai pekerja mulai mementingkan kesihatan mental dan ingin mengamalkan kesimbangan kehidupan dan pekerjaan (work-life balance).

Oleh itu, majikan SME boleh mengutamakan kesihatan mental dalam kalangan pekerja dengan menawarkan faedah seperti program kesihatan mental, pemberian cuti tambahan, perbelanjaan kaunseling dan bekerja hybrid.

  1. Pakej Faedah Tunai

Penawaran pakej faedah tunai adalah perkara biasa dan terus diminati oleh pekerja. Ramai pekerja mungkin lebih memilih faedah seperti ini kerana ia dalam bentuk tunai dan boleh dikira serta dan dinilai.

Jadinya majikan SME dinasihatkan untuk rangka pakej faedah tunai yang sesuai untuk diberikan kepada pekerja, sama ada memberikan elaun tetap atau bonus secara tahunan ia mesti dirancang dengan baik.

Kepentingan Faedah Pekerjaan bagi Pekerja Malaysia

Selain untuk menarik bakat baru bekerja dengan syarikat, pemberian faedah tambahan juga boleh membantu memotivasikan pekerja sedia ada. Pemberian pakej faedah yang baik juga mempengaruhi budaya kerja sesebuah syarikat.

Kesimpulannya, faedah pekerjaan memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan pekerja dan kejayaan syarikat. Dengan menawarkan gaji yang adil, elaun, bonus, dan pilihan hybrid working, majikan dapat mencipta persekitaran kerja yang positif dan produktif.

Jangan tunggu lagi – mula meningkatkan pakej faedah pekerjaan anda untuk manfaat semua pihak.

Jadikan Pengalaman Kerja Syarikat Lebih Baik Dengan MySyarikat!

Untuk majikan yang ingin menarik dan mengekalkan bakat terbaik, adalah penting untuk menawarkan pakej faedah pekerjaan yang komprehensif dan kompetitif. MySyarikat boleh membantu anda merancang dan mengurus faedah pekerjaan dengan lebih efektif.

Pengurusan pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi-fungsi MySyarikat yang direka untuk membantu meningkatkan pengalaman kerja syarikat ke arah lebih positif secara automatik dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!

Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon

Leave a Reply