Berbanding zaman dulu kadar seorang pekerja menukar tempat kerja telah meningkat hampir tiga kali ganda. Lebih memeranjatkan lagi kebanyakan pekerja kini hanya bekerja dalam satu syarikat sama untuk tempoh kurang dari 2 tahun atau 6 bulan sahaja.
Keadaan di mana pekerja menukar-tukar tempat kerja dalam tempoh masa singkat ini dikenali sebagai job-hopping. Ia telah menjadi norma biasa terutamanya dalam kalangan pekerja Generasi Z yang inginkan penawaran gaji lebih kompetatif.
Fahami Trend Job-Hopping
Job-hopping merujuk kepada satu amalan di mana pekerja menukar kerja dari satu syarikat ke satu syarikat lain dalam tempoh masa yang singkat. Selalunya, pekerja yang job-hopping akan menukar kerja selepas setahun bekerja atau merasakan tiada perkembangan kerjaya apabila bekerja dengan syarikat.
Trend job-hopping juga sangat tidak asing dalam kalangan pekerja muda dan baru. Terutamanya bagi mereka yang merasakan syarikat gagal penuhi keperluan serta kemahuan diri atau merasakan penawaran gaji adalah tidak setimpal dengan usaha diberikan.
Sungguhpun job-hopping memiliki risiko seperti jaminan pekerjaan dan ketidakpercayaan oleh majikan, namun ini tidak penghalang kepada pekerja dari terus melakukannya. Antara risiko utama yang boleh dihadapi pekerja yang selalu job-hopping adalah,
- Kesukaran Peroleh Kepercayaan Majikan
- Pengalaman Kerja Tidak Konsisten
- Ketidakpuasan Kerja
- Kehilangan Faedah dan Manfaat Ditawarkan Syarikat
- Tekanan dan Kebimbangan Jaminan Kerja
- Risiko Terbantunya Perkembangan Kerjaya
Sebab-sebab Utama Pekerja Job-Hopping
Disebalik risiko-risiko yang digariskan atas, masih ramai pekerja amalkan job-hopping. Hal ini kerana kebanyakan pekerja yang job-hopping adalah mereka yang masih muda dan tiada komitmen besar. Oleh itu, mereka anggap job-hopping sebagai peluang berbanding risiko yang membantutkan perkembangan kerja.
Antara sebab-sebab utama pekerja masih job-hopping walaupun terdapat risiko adalah,
- Gaji Lebih Tinggi
Faktor utama yang mendorong seseorang pekerja untuk bekerja tentunya gaji. Atas faktor ini pekerja pasti akan sertai syarikat yang mampu tawarkan gaji yang lebih tinggi. Selain dari pada gaji faktor insentif kewangan lain juga akan dipertimbangkan sebelum sertai sesebuah syarikat.
- Jawatan Lebih Tinggi
Seiring peningkatan gaji tentu pekerja juga mahukan jawatan yang lebih tinggi. Kebiasannya syarikat hanya akan tawarkan kenaikan jawatan kepada pekerja yang sudah lama bekerja, oleh itu cara paling cepat lain untuk naik jawatan adalah dengan menyertai syarikat yang tawarkan jawatan lebih tinggi.
- Perkembangan Kerjaya
Tidak kira dalam apa jua bidang kerjaya yang diceburi pasti terdapat peluang perkembangan yang ditawarkan. Namun, apabila bekerja dalam jawatan yang sama dan melakukan tugasan yang sama sahaja ia secara tidak langsung boleh mengehadkan peluang perkembangan kerjaya yang diceburi.
- Cabaran Baru
Perubahan minat atau mencari cabaran baru boleh berlaku lebih-lebih lagi dalam kalangan pekerja baru. Maka, tidak hairan pekerja mengambil keputusan untuk bertukar kerja demi mengasah kemahiran atau menaik taraf kemahiran dengan skill baru.
- Lokasi Lebih Strategik
Untuk sesetengah kes lokasi turut menjadi faktor yang menyumbang kepada keputusan pekerja menukar kerja. Atau pada sesetengah kes juga pekerja mahukan fleksibiliti kerja seperti bekerja hibrid atau lokasi syarikat yang lebih strategik dengan pengangkutan awam.
Secara kesimpulannya amalan job-hopping terdapat risikonya namun pada masa yang sama terdapat kelebihan yang tersendiri. Mungkin bagi seseorang individu amalan job-hopping tidak sesuai dengannya akan tetapi sukar untuk dinafikan bahawa pekerja perlu mengambil risiko jika mahukan perkembangan kerjaya.
Kurangkan Job-Hopping Dan Tingkatkan Kepuasan Pekerja Dengan MySyarikat
Adakah anda alami masalah pengurusan pekerja sehingga pekerja mahu berhenti? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk tingkatkan pengalaman dan kepuasan pekerja dengan MySyarikat!
MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!