Skip to main content

Era kini memperkenalkan dunia yang menggunakan HR Software untuk menyimpan dan menguruskan data sebagai pengganti dokumen serta kertas. Ini dapat dilihat dalam pelbagai situasi termasuk untuk kegunaan peribadi mahupun syarikat.

Syarikat yang terlibat terdiri daripada pelbagai industri seperti perniagaan, pertanian, perkhidmatan, automotif dan perkilangan. Hampir semua syarikat dalam industri-industri tersebut sudah menggunakan HR software untuk pengurusan mereka. 

Terutamanya dalam bidang sumber manusia, proses mengumpul data yang banyak boleh menambah bebaban tugasan sedia ada pegawai HR. Mahupun begitu, perkara ini boleh dielakkan dengan menggunakan HR software yang teratur dan terkawal. 

Dengan itu, solusi untuk bidang sumber manusia adalah dengan digitalisasi data syarikat menggunakan HR software. Antara aplikasi terbaik yang terdapat di Malaysia untuk pengurusan HR adalah MySyarikat.

Kelebihan Guna HR Software

  1. Meningkatkan Kualiti Kerja HR

Kemudahan merekod data secara online dapat memudahkan urusan seperti masa clock in pekerja, cuti, pengumuman dan penggajian. Pegawai HR juga boleh mengemaskini dan semak semula data tersebut dengan mudah. 

  1. Penyimpanan Data Yang Lebih Selamat

Penyimpanan dokumen berasaskan kertas dan fail adalah kurang selamat berbanding dengan menyimpan di online. Kertas dan fail terdedah kepada risiko kerosakan seperti banjir dan senang dicuri. Maka, sistem online boleh mengelakkan risiko tersebut. 

Dengan HR software, syarikat juga boleh menjimatkan kos untuk menyimpan data dengan mengurangkan penggunaan kertas dan fail. Tambahan lagi, ruang dalam tempat kerja juga akan menjadi lebih selesa tanpa kehadiran rak, kertas dan fail berlebihan. 

  1. Tingkatkan Disiplin Pekerja

Fungsi rekod prestasi pekerja seperti kehadiran dapat membuatkan pekerja lebih sedar dan peka terhadap waktu bekerja mereka. Secara tidak langsung dengan HR software ia boleh melatih pekerja untuk jadi lebih berdisiplin. 

  1. Analisis Data Yang Lebih Mendalam

Data yang dikumpulkan daripada pekerja boleh digunakan untuk melihat trend dalam kalangan pekerja. Seterusnya, trend daripada data tersebut boleh dijadikan panduan untuk menjalankan sebarang penambahbaikkan dalam persekitaran pekerjaan.

  1. Akses Yang Mudah

Disebabkan smartphone telah menjadi norma untuk setiap orang pada era ini, akses untuk menggunakan kemudahan HR software menjadi mudah dan lancar. Justeru, tiada halangan yang besar untuk menafikan kegunaan peralatan HR digital ini. 

Fungsi MySyarikat – HR Software Lengkap Untuk Syarikat Anda

MySyarikat adalah aplikasi pengurusan HR (HR Software) yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengguna. Kemudahan tersebut adalah:

  1. Smart Announcement 

Fungsi Smart Announcement ini merupakan feature yang memudahkan pegawai HR untuk memberi sebarang makluman kepada pekerja. Pekerja juga boleh mendapatkan sebarang notis hanya dengan melihat notifikasi di telepon masing-masing. 

  1. Pengurusan Tuntutan 

Tuntutan perbelanjaan atau elaun perjalanan, serta permintaan kerja lebih masa menjadi lebih mudah dengan MySyarikat. Pekerja boleh menggunakan aplikasi MySyarikat untuk mengemukakan permintaan, dan pegawai HR boleh meluluskannya. 

  1. Pengurusan Gaji Automatik

Proses penggajian boleh menjadi rumit. MySyarikat, boleh membantu untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengiraan gaji bulanan untuk pekerja, termasuk caruman-caruman wajib seperti KWSP, SOCSO, HRDC dan LHDN. 

Setiap pekerja juga akan menerima slip gaji mereka secara automatik sebaik proses penggajian dibuat. Dengan hanya satu klik pekerja boleh mengakses slip gaji terus daripada aplikasi sahaja.

  1. Kehadiran Pintar

Mengemaskini rekod kehadiran lebih mudah dengan cara yang moden. Pekerja hanya perlu merekodkan kehadiran mereka melalui aplikasi pintar MySyarikat. Aplikasi ini akan merekodkan waktu masuk dan keluar pekerja, menyediakan bukti foto, dan menjejak lokasi tepat mereka. 

  1. Pengurusan Pekerja

Dengan MySyarikat, pemantauan rekod pekerja menjadi lebih mudah dan efisien. Pegawai HR boleh memeriksa serta mengemaskini maklumat peribadi pekerja, rekod cuti, tuntutan, dan gaji di mana-mana sahaja, setiap masa.

Akhir kata, era ini telah menyediakan struktur digitalisasi yang cekap dan dipercayai untuk kegunaan ramai. MySyarikat merupakan hasil daripada usaha tersebut yang ingin membantu meningkatkan kualiti pengurusan yang sedia ada. 

Menarik bukan fungsi-fungsi MySyarikat? Dengan MySyarikat, syarikat akan akan menajadi lebih teratur, serba boleh dan yang paling penting, segala data disimpan dengan selamat digunakan semua! 

Alami kehebatan dan pengalaman menggunakan HR software yang lengkap MySyarikat ini sekarang. Jangan tunggu lagi, lawati website MySyarikat untuk dapatkan DEMO sistem sekarang!

Leave a Reply