Kemalangan di tempat kerja atau dalam perjalanan ke/dari tempat kerja boleh berlaku tanpa diduga. Nasib baik, pekerja di Malaysia dilindungi oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang menyediakan pelbagai faedah, termasuk bayaran perubatan, elaun pemulihan, dan pampasan jika berlaku kemalangan.
Namun, ramai pekerja tidak pasti bagaimana membuat tuntutan (claim) dengan betul. Oleh itu, artikel ini memberikan panduan lengkap untuk membantu anda memahami proses tuntutan kemalangan dengan PERKESO, langkah demi langkah.
Apa Itu Tuntutan Kemalangan dengan PERKESO?
PERKESO atau SOCSO (Social Security Organization) merupakan sebuah badan yang diselia kerajaan yang berperanan untuk menyediakan perlindungan kepada pekerja di Malaysia di bawah penetapan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Tujuan utama pengenalan PERKESO ini adalah untuk menawarkan bantuan kepada pekerja yang mengalami kecederaan, hilang upaya bekerja atau kematian akibat kemalangan semasa melakukan tugasan bekerja.
Tuntutan kemalangan dengan PERKESO pula adalah hak pekerja untuk mendapatkan perlindungan kewangan jika berlaku kemalangan berkaitan pekerjaan. Contoh situasi:
- Kemalangan kerja: Contohnya, terjatuh di tempat kerja.
- Kemalangan perjalanan: Berlaku semasa pergi atau balik kerja.
- Penyakit pekerjaan: Penyakit akibat pendedahan kepada bahan berbahaya di tempat kerja.
Manfaat utama yang boleh dituntut ialah:
- Bayaran perubatan penuh di klinik atau hospital panel PERKESO.
- Elaun hilang upaya sementara atau kekal.
- Pampasan kepada keluarga sekiranya berlaku kematian.
Dengan perlindungan ini, pekerja tidak perlu risau akan kos perubatan atau kehilangan pendapatan. Selain itu, terdapat beberapa skim yang ditawarkan PERKESO kepada ahlinya yang terlibat dengan kemalangan di tempat kerja seperti:
- Skim Bencana Pekerjaan
- Menawarkan perlindungan kepada pekerja daripada kemalangan dan penyakit yang berpunca semasa bekerja.
- Skim Keilatan
- Menawarkan perlindungan terhadap ketidakupayaan atau kematian akibat apa sebab semasa bekerja.
Melalui skim-skim yang ditawarkan PERKESO ini pekerja boleh membuat permohonan bantuan atau pampasan berkaitan sebagai perlindungan sekirannya berlaku kemalangan semasa bekerja sehingga menyebabkan pekerja sukar untuk bekerja.
Cara Membuat Tuntutan Kemalangan dengan PERKESO
Jadi sebagai pekerja yang mencarum PERKESO setiap bulan penting untuk tahu cara claim dengan PERKESO apabila berlaku kemalangan. Di bawah ini adalah tutorial ringkas cara mohon claim PERKESO. Untuk rujukan lanjut boleh layari laman PERKESO sendiri.
1. Laporkan Kemalangan kepada Majikan
Langkah pertama ialah maklumkan kepada majikan secepat mungkin. Majikan perlu diberitahu untuk mengesahkan tuntutan anda.
- Jika kemalangan serius, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital panel PERKESO.
- Simpan semua laporan doktor dan resit perubatan.
2. Isi Borang Tuntutan
PERKESO menyediakan borang khusus untuk tuntutan. Anda boleh dapatkan borang ini di pejabat PERKESO atau laman web rasmi mereka. Dua borang utama ialah:
- Borang 21: Laporan kemalangan pekerja.
- Borang 10: Permohonan faedah.
3. Serahkan Dokumen Sokongan
Pastikan anda menyediakan dokumen berikut bersama borang:
- Salinan Kad Pengenalan
- Slip gaji terkini
- Laporan polis (jika kemalangan melibatkan kenderaan)
- Laporan perubatan daripada doktor yang merawat anda
- Gambar kemalangan jika ada
4. Hantar Borang kepada PERKESO
Majikan bertanggungjawab menghantar borang tuntutan dan dokumen lengkap kepada PERKESO. Sekiranya majikan tidak membantu, anda boleh terus menghantar borang ke pejabat PERKESO.
5. Pantau Status Tuntutan
Anda boleh memantau perkembangan tuntutan melalui Portal ASSIST atau menghubungi hotline PERKESO. Proses ini biasanya mengambil masa beberapa minggu, bergantung kepada kelengkapan dokumen.
Soalan Lazim (FAQ)
Berapa Lama Proses Tuntutan PERKESO?
Tempoh proses bergantung kepada kelengkapan dokumen. Biasanya, ia mengambil masa 2-4 minggu.
Apa yang Perlu Dilakukan Jika Tuntutan Ditolak?
Jika tuntutan anda ditolak:
- Jika tidak puas hati, anda boleh membuat rayuan kepada Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial.
- Hubungi PERKESO untuk mendapatkan sebab penolakan.
Adakah Saya Dilindungi Jika Kemalangan Berlaku di Luar Waktu Kerja?
Kemalangan dalam perjalanan ke/dari tempat kerja dilindungi, tetapi kemalangan ketika membuat urusan peribadi tidak layak untuk tuntutan.
Automasikan Pembayaran Caruman dan Gaji Dengan MySyarikat!
Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pengurusan gaji pekerja? Atau sering berdepan masalah membayar caruman? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut!
Pengurusan gaji pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi Payroll MySyarikat yang direka untuk membantu proses pengiraan, agihan, pembayaran dan selaraskan caruman secara automatik dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!