Skip to main content

Aktiviti yang membina semangat berpasukan (team building) sangat penting untuk mencipta nilai bekerjasama dalam sekumpulan individu berbeza. Sama ada aktiviti tersebut dibuat di kawasan terbuka atau tertutup, ia dapat membantu setiap orang mengenali ahli pasukan sendiri.

Malah aktivti team building ini sangat penting dalam memupuk nilai kesamaan, meningkatkan penglibatan dan menyumbang kepada kesihatan pekerja di dalam sebuah syarikat. Terdapat banyak manfaat aktiviti team building kepada syarikat namun mana satukah yang paling berkesan?

Kelebihan Aktiviti Team Building Kepada Syarikat

Matlamat utama melakukan aktiviti team building ini adalah untuk meningkatkan komunikasi, kolaborasi dan penyelesaian masalah dalam sesebuah kumpulan yang terdiri daripada individu berbeza-beza latar belakang.

Terutamanya untuk sebuah syarikat dengan ramai pekerja dari latar belakang berbeza, aktiviti team building ini sangat penting dalam membantu setiap ahli berasa selesa untuk bekerja diantara satu sama lain.

Menariknya, satu kajian yang dibuat mendapati bahawa syarikat yang sering melakukan aktiviti team building secara berkala dapat meningkatkan kualiti kerja pekerja seprti berikut:

  • Komunikasi Menjadi Lancar

Melalui aktiviti team building yang berkesan corak komunikasi diantara pekerja dengan pekerja dan pekerja dengan bahagian lain menjadi lebih lancar. Apabila pekerja menjadi lebih selesa diantara satu sama lain segala tugasan dapat dibuat dengan lebih baik.

  • Penglibatan Pekerja Meningkat

Penglibatan pekerja dalam syarikat sangat penting kerana lebih aktif, lebih tinggi produktiviti sesebuah syarikat. Aktiviti team building terbukti dapat membantu meningkatkan penglibatan pekerja dalam syarikat lebih-lebih lagi untuk pekerja yang introvert.

  • Kurangnya Pekerja Berhenti

Punya utama berlakunya pekerja selalu berhenti adalah kerana pekerja tiada rasa penglibatan atau penghargaan daripada syarikat. Menurut kajian syarikat yang sering melakukan aktiviti team building mencatatkan purata pekerja berhenti yang lebih rendah.

  • Moral dan Produktiviti Bertambah Baik

Aktiviti team building ini bukan sahaja memberi kesan positif kepada fizikal pekerja tetapi turut menghasilkan impak positif kepada mental. Melalui aktiviti yang menyegarkan tubuh badan ia dapat memastikan kesihatan mental turut dijaga.

  • Kurangkan Jurang Dalam Syarikat

Kebanyakan kes aktiviti team building ini sangat membantu dalam merapatkan jurang antara pekerja contohnya pekerja muda dengan pekerja tua, pekerja dengan bahagian pengurusan atau pekerja dengan bahagian lain di dalam syarikat itu sendiri.

Aktiviti Team Building Khas Untuk Syarikat

Terdapat pelbagai jenis aktiviti team building yang berkesan untuk syarikat lakukan sama ada di dalam pejabat atau di luar. Perlu diingatkan objektif team building ini adalah untuk memastikan penglibatan jadi pertimbangkan keadaan kesihatan dan masa pekerja sebelum melakukannya.

Ini adalah beberapa aktiviti team buidling yang berkesan dan mudah untuk meningkatkan komunikasi, kolaborasi, semangat bekerjasama dan moral pekerja syarikat.

  1. Hari Sukan

Aktiviti team buidling yang menyentuh kesihatan fizikal dan mental pekerja tentunya melalui senaman atau bersukan. Aktiviti seperti ini biasanya dapat memupuk semangat bekerjasama yang kuat dan meningkatkan kolaborasi.

Antara aktiviti bersukan yang boleh dibuat adalah seperti badminton, ping-pong, bola tampar dan sebagainya. Bagi aktiviti bersukan dalam pejabat pula anda boleh pertimbangkan senaman aerobik.

  1. Kuiz Berkumpulan

Aktiviti seperti kuiz berkumpulan sangat membantu dalam mencapai matlamat menyelesaikan masalah. Kebanyakan syarikat sering melakukan aktiviti seperti kuiz berkumpulan ini dalam memupuk semangat bekerja sama.

Anda boleh pertimbangkan untuk membuat aktiviti kuiz berkumpulan ini di dalam pejabat atau di luar. Tetapkan tema untuk kuiz atau membuat trivia menarik yang semua ahli pasukan boleh sertai.

  1. Sertai Workshop

Menghadiri workshop ataupun kelas latihan diluar pejabat juga boleh dikategorikan sebagai sebuah aktiviti team buidling. Hal ini kerana adalah baik sebenarnya untuk pekerja mengambil masa untuk melakukan tugasan diluar tugasan hakiki sementara.

Jadinya majikan boleh pertimbangkan untuk menghantar pekerja menghadiri kursus latihan atau sebarang workshop yang bermanfaat. Ia bukan sahaja membantu pekerja berehat sebenatar dari tugasan hakiki tetapi menambah baik skill baharu.

  1. Tugasan Sukarelawan

Menyertai sukarelawan merupakan aktiviti team building paling banyak syarikat lakukan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (corporate social responsibility (CSR)) kepada masyarakat.

Aktiviti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja tetapi kepada masyarakat. Ia boleh memupuk nilai bekerjasama, kolaborasi dan kesamaan diantara semua pekerja. Pekerja bertambah rapat, imej syarikat juga meningkat.

  1. Jamuan Makan

Mengadakan jamuan syarikat juga adalah salah satu bentuk team building. Ia tidak memerlukan pergerakan fizikal ataupun pemikiran mental. Cukup hanya sekadar mengadakan aktiviti makan-makan dalam kumpulan.

Melalui aktiviti ini ia dapat memupuk nilai kesamaan diantara semua orang dan dapat juga membantu setiap orang mengenai semua ahli di dalam syarikat. Ia boleh dijadikan aktiviti bulanan ataupun tahunan.

Jadikan Syarikat Anda Lebih Best Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, aktiviti team buidling ini tidak semestinya mahal dan perlu dibuat di luar kawasan pejabat. Ia boleh dilakukan di mana sahaja kerana yang paling penting adalah untuk memastikan penglibatan pekerja tinggi.

Dalam pada itu, anda boleh meningkatkan komunikasi dan kolaborasi diantara pekerja anda dengan MySyarikat! Sistem MySyarikat dapat membantu meningkatkan pengalaman bekerja dengan penawaran pelbagai fungsi untuk kelancaran gerak kerja semua bahagian.

Selain itu, MySyarikat turut menawarkan segala fungsi lain yang dapat membantu majikan dan pegawai HR seperti pengurusan payroll, pengurusan cuti dan tuntutan, pengurusan kehadiran, pengurusan KPI dan banyak lagi! Paling best segala fungsi-fungsi ini boleh bantu anda untuk selaraskan gerak kerja dengan penetapan Akta Kerja 1955.

Dengan MySyarikat pengurusan syarikat anda akan menjadi lebih lancar dan efisien. Rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software terbaik di Malaysia – MySyarikat sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk tetapkan temujanji demo sistem secara percuma!

Leave a Reply