Skip to main content

Undang-undang diwujudkan bukan sekadar peraturan semata-mata tetapi juga sebagai panduan cara hidup yang perlu diamalkan, selari dengan norma sosial masyarat. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memberi perlindungan apabila berlaku pertikaian dan masalah.

Dalam konteks pekerjaan undang-undang ini memainkan peranan sangat penting lebih-lebih lagi dalam memberi perlindungan dan menegakkan hak pekerja serta majikan. Tetapi sejauh manakah pengalikasian undang-undang kerja di dalam Malaysia?

Apakah Undang-Undang Kerja Utama Malaysia?

Sebagai pekerja mahupun sebagai seoarang majikan, anda perlu mengetahui bahawa setiap peraturan-peraturan pekerjaan di Malaysia ini dikawal selia oleh undang-undang bekerja yang terkandung dalam Akta Kerja 1955.

Akta Kerja 1955 atau Akta 265 (Employment Act 1955) adalah buku perundangan yang menjadi garis panduan cara, peraturan, menerangkan hak dan perlindungan kepada pekerja-pekerja di Malaysia. Ia menjadi sumber rujukan utama tentang cara hidup bekerja di Malaysia.

Antara intipati penting dari Akta Kerja 1955 yang majikan dan pekerja perlu tahu adalah:

  • Tempoh Waktu Bekerja
    • Tidak lebih 5 jam tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit
    • Tidak lebih 8 jam dalam sehari
    • Tidak lebih 10 jam dalam satu hari
    • Tidak lebih 45 jam dalam seminggu
  • Tempoh Pembayaran Upah
    • Tempoh upah tidak melebihi 1 bulan
    • Pembayaran upah mesti tidak lewat dari 7 hari selepas hari terakhir tempoh upah
  • Tempoh Notis
    • 4 minggu notis untuk kerja kurang 2 tahun
    • 6 minggu notis untuk kerja 2 ke 5 tahun
    • 8 minggu notis untuk kerja lebih 5 tahun
  • Jumlah Cuti Pekerja
    • Cuti Rehat Mingguan
    • Cuti Tahunan
    • Cuti Umum
    • Cuti Sakit
    • Cuti Paterniti
    • Cuti Bersalin
  • Potongan-Potongan Sah
    • Caruman KWSP
    • Caruman PERKESO
    • Caruman SIP
    • Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Kerja Syif
  • Aturan Kerja Fleksibel
  • Kontrak Kerja

Undang-Undang Kerja Lain Di Malaysia

Sungguhpun Akta Kerja menjadi sumber rujukan utama apabila melibatkan undang-undang dan peraturan kerja di Malaysia secara umumnya, namun terdapat juga buku perundangan lain yang menjelaskan tentang gerak kerja khas untuk setiap sektor serta industri.

Ini adalah beberapa buku undang-undang lain yang majikan dan pekerja perlu ambil tahu serta cerna.

  1. Perintah Gaji Minimum

Peraturan yang menetapkan tentang jumlah gaji minimum untuk pekerja di dalam negara. Ia dikawal selia oleh Akta Majlis Perundingan Gaji Negara. Penetapan terkini untuk kadar gaji minimum negara adalah RM1,500.

  1. Akta Kesatuan Sekerja

Akta yang menerangkan dan menyediakan garis panduan kepada pekerja serta majikan untuk menuhuhkan kesatuan sekerja (trade union) di Malaysia. Ia adalah rentetan daripada Akta Kerja 1955 dan mengandungi penjelasan lebih lengkap untuk tubuhkan kesatuan sekerja.

  1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994

Turut dikenali sebagai Occupational Safety and Health Act (OSHA), buku perundangan ini menerangkan tentang tanggungjawab majikan serta pekerja untuk memastikan tempat kerja selamat serta mengariskan keperluan menjaga keselamatan di kawasan kerja.

  1. Akta Kontrak 1950

Bagi pekerja yang berkontrak, Akta ini berfungi untuk memberi penerangan, penjelasan dan garis panduan utama tentang hak serta perlindungan kepada mereka yang memasuki perkhidmatan dalam bentuk kontrak dengan majikan.

Boleh Ke Anggap Akta Kerja 1955 Sebagai Garis Panduan Minimal Sahaja?

Terdapat satu persoalan yang sering menjadi tanda tanya semua iaitu adakah undang-undang kerja wajib diikuti atau sekadar garis panduan minimal semata-mata?

Jawapannya adalah WAJIB untuk semua majikan dan pekerja ikuti. Hal ini kerana Akta Kerja 1955 berperanan sebagai garis panduan yang melindungi hak serta kebajikan semua. Perlu diingatkan bahawa majikan tidak boleh mengurangkan sebarang penetapan yang digarikan Akta Kerja contohnya dengan mengurangkan waktu cuti atau pembayaran overtime.

Bagaimana pula undang-undang yang lain?

Mana-mana majikan sama sekali tidak boleh melanggar sebarang penetapan minimal yang digariskan oleh undang-undang bekerja negara. Ini termasuk penetapan pada Akta Kesatuan Sekerja dan sebagainya.

Kegagalan mana-mana majikan untuk mengikuti penetapan pada undang-undang kerja negara, sama ada Akta Kerja 1955 atau Perintah Gaji Minimum contohnya, boleh dikenakan tindakan oleh Jabatan Buruh.

Bentuk-bentuk hukuman atas pelanggaran mana-mana undang-undang kerja boleh dikenakan denda penalti, dipenjarakan atau ditarik lesen perniagaan. Jadi bagi mana-mana pekerja yang rasa dianyai oleh majikan boleh buat aduan ke saluran yang betul.

FAQ

Adakah Polisi Kerja Sama Dengan Akta Kerja 1955?

Polisi kerja yang dikeluarkan oleh syarikat mesti selari dan mengikuti penetapan minimal yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Ini termasuk tempoh waktu bekerja, jumlah pembayaran overtime, kadar caruman daripada gaji pekerja, jumlah cuti dan sebagainya.

Adakah Majikan Dibenarkan Untuk Tambah atau Tolak Jumlah Cuti Pekerja?

Majikan tidak dibenarkan untuk menolak atau mengurangkan jumlah cuti pekerja tanpa mendapat kebenaran Ketua Pengarah. Sebaliknya, majikan dibenarkan untuk tambah cuti contohnya berikan cuti tambahan khas. Rujukan lanjut boleh dibuat pada Akta Kerja 1955 sendiri.

Jika Tempoh Notis Tidak Dinyatakan Dalam Kontrak Perlu Ikut Akta Kerja ke?

Andai tempoh notis tidak dinyatakan dalam kontrak kerja pekerja, maka ia perlu dirujuk kembali ke penetapan Akta Kerja 1955. Ini juga diguna pakai untuk semua penetapan seperti tempoh pembayaran gaji. Kegagalan majikan untuk sertakannya boleh dikenakan tindakan.

Sejauh Manakah Pengaplikasian Akta Kerja 1955?

Liputan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 ini terpakai di semua sektor dan industri kerja di Malaysia. Kegagalan majikan untuk mematuhinya boleh dikenakan tindakan dan pekerja yang ditindas boleh kemukakan aduan di Pejabat Buruh.

Selaraskan Pengaplikasian Akta Kerja Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, semua syarikat di Malaysia wajib mengikuti penetapan yang digariskan dalam Akta Kerja 1955. Tidak boleh sama sekali mengurangkan sebarang penetapan yang telah digazetkan.

Dalam pada itu, syarikat anda memiliki masalah pengurusan kerana tiada sistem yang selari dengan penetapan undang-undang Akta Kerja 1955?

Berita baik kepada anda kerana MySyarikat turut menawarkan segala fungsi lain yang dapat membantu majikan dan pegawai HR seperti pengurusan payroll, pengurusan cuti dan tuntutan, pengurusan kehadiran, pengurusan KPI dan banyak lagi! Paling best segala fungsi-fungsi ini boleh bantu anda untuk selaraskan gerak kerja dengan penetapan Akta Kerja 1955.

Dengan MySyarikat pengurusan syarikat anda akan menjadi lebih lancar dan efisien. Rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software terbaik di Malaysia – MySyarikat sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk tetapkan temujanji demo sistem secara percuma!

2 Comments

  • nurul safika says:

    hai saya bekerja masa ditetapkan untuk pagi -9:45 -6:45 satu jam rehat
    tengah hari – 1:15 -10:15 satu jam rehat
    full day -9:45 – 10:15 dua jam rehat
    tapi setiap pagi kena datang sebelum 9:30 punch card sebelum waktu bekerja dikira OT ke ?

Leave a Reply