Skip to main content

Cuti tahunan (annual leave) adalah hak pekerja yang termaktub dalam undang-undang dan polisi kebanyakan syarikat di Malaysia. Ia bukan sekadar waktu untuk berehat, tetapi juga penting untuk kesihatan mental dan keseimbangan hidup. Namun, ramai yang tertanya-tanya: berapa banyak cuti tahunan boleh dibawa ke tahun berikutnya?

Artikel ini akan memberikan panduan lengkap tentang dasar cuti tahunan di Malaysia, jumlah yang boleh dibawa ke hadapan, dan cara terbaik untuk memanfaatkan cuti anda.

Hak Anda Tentang Cuti Tahunan di Malaysia

Di Malaysia, cuti tahunan adalah hak yang dilindungi di bawah Seksyen 60E, Akta Kerja 1955. Berikut adalah kelayakan cuti tahunan berdasarkan tempoh perkhidmatan dengan majikan:

  • Kurang daripada 2 tahun: 8 hari setahun
  • 2 hingga 5 tahun: 12 hari setahun
  • Lebih daripada 5 tahun: 16 hari setahun

Syarikat boleh memberikan lebih banyak cuti tahunan berdasarkan polisi dalaman mereka. Walau bagaimanapun, apabila cuti tidak digunakan sepenuhnya, kebanyakan syarikat membenarkan pekerja untuk membawa baki cuti ke tahun berikutnya (carry forward annual leave).

Dalam pada itu suka diingatkan Akta Kerja juga menyatakan bahawa pekerja hanya layak untuk mendapat faedah cuti tahunan selepas lengkap berkhidmat 12 bulan dengan majikan. Ini bermakna selepas setahun bekerja barulah pekerja layak mendapat cuti tahunan.

Sungguhpun begitu, kebanyakan syarikat di Malaysia biasanya sektor swasta terus membenarkan pekerja untuk menggunakan cuti tahunan selepas melengkapkan tempoh percubaan (probation period) namun dengan pengiraan prorata.

“Apa Itu Prorata?”

Prorata adalah bermaksud mengikut kadar atau mengikut bahagian tertentu. Jadi cuti prorata membawa maksud cuti tahunan yang berkadar atau yang ditetapkan. Selalunya pengiraan cuti prorata ini dibuat untuk pekerja yang kerhidmat tidak cukup setahun atau berbaki cuti ketika ingin berhenti.

Formula Pengiraan Prorata

Contohnya katakan anda mula bekerja pada 1 Januari dan ingin memohon cuti pada 15 Mei, di sini ada sudah bekerja lengkap 5 bulan maka pengiraannya adalah seperti berikut:

8 / 12 x 5 = 3.33

Jadinya di sini jumlah 3.33 tersebut akan dibundarkan dan akan memiliki 3 hari cuti tahunan sepanjang tmepoh 5 bulan bekerja tersebut. 

Polisi ‘Carry Forward’ Cuti Tahunan

Tidak semua cuti tahunan boleh dibawa ke hadapan. Polisi ini berbeza antara syarikat, tetapi kebanyakannya tertakluk kepada beberapa had:

  1. Jumlah Maksimum Baki Cuti
    Biasanya, hanya 3 hingga 5 hari cuti tahunan dibenarkan untuk dibawa ke tahun berikutnya.
  2. Tempoh Sah Guna Cuti
    Cuti tahunan yang dibawa ke hadapan sering perlu digunakan dalam tempoh tertentu, contohnya 3 hingga 6 bulan pertama tahun baru. Jika tidak, cuti tersebut akan dianggap luput.
  3. Terma dan Syarat Majikan
    Majikan anda mungkin mempunyai peraturan khas, contohnya cuti yang dibawa ke hadapan hanya untuk sebab tertentu seperti kecemasan atau projek kritikal.

Nota Penting: Anda disarankan untuk merujuk kontrak kerja atau bertanya kepada Jabatan Sumber Manusia untuk memastikan polisi semasa organisasi anda.

“Jadi kalau tak guna cuti tahunan kira burn?”

Berdasarkan penetapan Akta Kerja cuti tahunan diberikan untuk tempoh 12 bulan perkhidmatan dan pekerja berhak menggunakannya dalam tempoh 12 bulan perkhidmatan itu sahaja. Ini bermakna sekirannya pekerja tidak gunakan cuti tahunan ia dikira burn apabila kalendar reset ke tahun baharu.

Andai kata sekirannya pekerja ingin berhenti dan masih memiliki baki cuti tahunan, maka majikan wajib membayar cuti tersebut pada kadar tunai. Hal ini kerana cuti tahunan merupakan cuti berbayar khas untuk pekerja.

Kenapa Majikan Tetapkan Had untuk ‘Carry Forward’?

Had ini diwujudkan untuk memastikan pekerja menggunakan cuti mereka setiap tahun. Jika pekerja menyimpan terlalu banyak baki cuti, ia boleh membawa kepada:

  • Burnout: Tidak berehat cukup boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal pekerja.
  • Produktiviti Rendah: Pekerja yang terlalu penat cenderung kurang fokus dan efisien.
  • Beban Kos kepada Majikan: Jika pekerja berhenti, majikan perlu membayar baki cuti tahunan yang tidak digunakan.

Had ini bertujuan untuk menggalakkan pekerja berehat dan mengekalkan keseimbangan hidup.

Kesimpulannya, jumlah cuti tahunan yang boleh dibawa ke tahun hadapan bergantung kepada polisi syarikat anda. Sebagai pekerja, anda perlu memahami hak anda dan merancang cuti dengan bijak supaya ia tidak terbazir.

Ingat, cuti tahunan bukan sekadar hak, tetapi juga peluang untuk menjaga kesejahteraan anda. Mulakan perancangan anda hari ini dan nikmati rehat yang berkualiti!

Automasikan Penjadualan dan Proses Cuti Dengan MySyarikat!

Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah memproses cuti pekerja secara efisien? Atau sering berdepan masalah penjadualan gerak kerja pekerja semasa bercuti? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! 

Pengurusan cuti pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi Leave Management MySyarikat yang direka untuk membantu proses permohonan cuti pekerja, selaraskan penjadualan kerja syarikat secara automatik dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!

Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon

Leave a Reply