Skip to main content

Cuti tahunan adalah sebahagian daripada cuti bergaji yang layak untuk pekerja, selain dari cuti rehat mingguan dan cuti umum. Faedah cuti tahunan ini adalah hak pekerja dan digariskan dalam Akta Kerja 1955 pada Bahagian XII, Seksyen 60E.

Bergantung kepada tempoh perkhidmatan, jumlah cuti tahunan boleh capai 16 hari bagi pekerja yang bekerja 5 tahun atau lebih. Tapi bagaimana pula jika anda berhenti kerja dan baki cuti tahunan masih banyak? Adakah cuti tahunan anda burn begitu saja?

Cuti Tahunan, Akta Kerja 1955

Secara asasnya, seorang pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan layak untuk terima faedah cuti tahunan berdasarkan tempoh bekerja seperti berikut:

  • 8 hari setahun untuk pekerja yang bekerja kurang dari 2 tahun perkhidmatan
  • 12 hari setahun untuk pekerja yang bekerja lebih 2 tahun tapi kurang 5 tahun perkhidmatan
  • 16 hari setahun untuk pekerja yang bekerja lebih 5 tahun perkhidmatan

Di sini penting untuk pekerja ambil maklum bahawa kelayakan cuti tahunan pekerja dikira pada asas tahunan, iaitu kitarannya bermula 1 Januari tahun kalendar. Nama pun cuti tahunan kan!

Contoh mudahnya pekerja layak dapat 12 hari cuti tahunan, maka ini bermakna pekerja dapat 1 hari cuti sebulan. Kemudian pada 1 Januari tahun berikutnya kelayakan cuti akan ditetapkan semula (reset) jika ia tidak dibawah ke depan (carry forward).

Andai pekerja sertai syarikat pada pertengahan tahun contohnya mula bekerja pada 1 Julai dan diperuntukan 12 hari cuti tahunan, maka cuti tahunannya akan diprorata. Ini bermakna pekerja itu layak dapat 6 hari cuti tahunan bagi tahun itu.

Cuti Tahunan Tidak Dipakai

Kadang-kala pekerja terlalu rajin bekerja sampai tidak guna faedah cuti tahunan yang diberikan. Pada kes ini terdapat 2 pilihan yang boleh pekerja dan majikan lakukan terhadap lebihan cuti tahunan terkumpul itu.

Namun, penting untuk anda faham yang penetapan Seksyen 60E mengatakan jumlah cuti tahunan perlu digunakan dalam tempoh 12 bulan dan andai tidak digunakan lebihan cuti akan tidak dikira (burn).

1. Carry forward Cuti Tahunan

Seperti yang dinyatakan tadi kitaran cuti tahunan akan reset setiap 1 Januari tahun kalendar. Jika terdapat lebihan cuti tahunan, pekerja boleh carry forward sebahagian kecilnya ke tahunan depan bergantung kepada polisi syarikat.

Contohnya, polisi syarikat benarkan pekerja untuk carry forward 5 hari baki cuti tahunan ke tahun depan dan perlu digunakan sebelum 30 April. Pekerja pula layak dapat 12 hari cuti setahun tetapi guna 2 hari saja.

Di sini lebihan 5 hari cuti tahunan daripada 10 hari boleh carry forward ke tahun depan, bermakna 17 hari cuti (5 carry forward + 12 yang layak) untuk tahun depan tetapi dengan syarat baki 5 hari tersebut perlu digunakan sebelum 30 April.

2. Bayaran untuk Cuti Tahunan

Pilihan lain jika cuti tahunan tidak carry forward adalah dengan syarikat bayar lebihan cuti. Pilihan ini biasanya digunakan bagi pekerja yang ingin berhenti kerja tetapi ada lebihan cuti tahunan yang tidak digunakan. 

Dalam kes ini, syarikat perlu bayar lebihan cuti tahunan pekerja sebagai ganti baki pada kadar gaji biasa atau Ordinary Rate Pay (ORP).

Contohnya ORP sehari pekerja sebanyak RM90 dan lebihan cuti tahunan yang tak digunakan adalah sebanyak 12 hari. Maka, majikan perlu bayar RM1080 (RM90 x 12 hari) sebagai ganti cuti tahunan tersebut.

Perlu diingatkan bahawa pembayaran ganti lebihan cuti tahunan ini tidak boleh diguna pakai terhadap pekerja yang diberhentikan tanpa notis atas kesalahan tingkah laku kerja seperti yang tersenarai pada Seksyen 14, Akta Kerja 1955.

Penting untuk majikan dan pekerja faham bahawa pilihan yang disenaraikan atas adalah berdasarkan polisi syarikat yang ditetapkan dalam kontrak pekerja. Akta Kerja 1955 tidak sebut tentang lebihan cuti tahunan pekerja boleh carry forward atau dibayar.

Walau apa pun pilihan, anda sebagai pekerja dan majikan perlu ambil maklum berkenaan baki serta jumlah kelayakan cuti tahunan yang diperuntukan. Gunakan cuti tahunan anda sebaiknya dan manfaatkan faedah cuti untuk dapat rehat yang diperlukan.

14 Comments

  • Firdaus says:

    Hi, saya ada soalan nk tnye… Saya ada balance cuti tahunan 5hari, saya baru bekerja selama 7 bulan dan saya akn behenti pada bulan 5 kerana dpt kerja baharu…. so saya ada apply cuti tpi ditolak dan takboleh digunakan.. adakah balance 5 hari tu dikira burn ?

    • Zahin Byond says:

      Cuti merupakan hak pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Di sini pekerja boleh menggunakan cuti tersebut mengikut jumlah ditetapkan. Bagi pekerja yang ingin berhenti, cuti tersebut boleh dihabiskan atau jika memiliki baki majikan perlu membayarnya.

  • Safura says:

    Saya nak tanya kalau saya nk resign notice saya 2 bulan, saya hantar pada 13/3/2024 dan berakhir pada 14/5/2024. Tapi saya ada AL sebanyak 5 hari untuk berhenti awal. Jika saya guna 5 hari tu adakah saya masih terima bayaran untuk 5 hari tu?

    • Zahin Byond says:

      AL merupakan hak pekerja, sekiranya pekerja ingin berhenti dan masih mempunyai baki AL maka pekerja dinasihatkan untuk menggunakannya namun jika tidak digunakan syarikat perlu membayar lebihan cuti tersebut.

  • Parmelaa says:

    Hi,Saya nak tanya
    Boleh ke majikan guna annual leave kita untuk ganti public holiday yg mereka tk mahu kasi double?

    • Zahin Byond says:

      Cuti tahunan merupakan hak pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Di sini pekerja layak menggunakan cuti tahunan yang diberikan mengikut penetapan yang dibenarkan, dan andai pekerja berhenti dan memiliki baki cuti majikan perlu membayarnya dalam bentuk wang.

  • diana says:

    saya telah diberhentikan..majikan membayar bayaran cuti tahunan saya sebanyak RM1033.00 dan carry forward leave RM 794.81..tetapi semua bayaran ni telah ditolak dengan kwsp dan cukai..bolehkah majikan buat sebegitu?

    • Zahin Byond says:

      Setiap pembayaran yang dikreditkan sebagai gaji adalah subjek kepada caruman wajib seperti KWSP, PERKESO dan SIP. Rujukan lanjut untuk jenis pembayaran yang menjadi subjek kepada caruman gaji boleh rujuk pada portal rasmi KWSP dan PERKESO.

  • isma says:

    saya hantar notis perletakan jawatan ( satu bulan notis ) pada 15/07/2024 hingga 14/08/2024..
    kemudian pada 16/07/2024 saya apply cuti tahunan 30/07/2024 hingga 14/08/2024.. ada ka saya berhak apply cuti tahunan dalam tempoh notis perletakan jawatan saya tengah berjalan..

    • Zahin Byond says:

      Cuti tahunan merupakan hak pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Ini bermakna pekerja berhak untuk menggunakannya walaupun dalam tempoh notis. Andai masih terdapat lebihan cuti yang tidak digunakan maka wajib membayar baki cuti tersebut dalam bentuk wang.

  • YANA says:

    sekiranya majikan ingin membayar baki cuti tahunan berasingan dengan gaji bulanan, adakah perlu penolakan cukai, perkeso & kwsp?

    • Zahin Byond says:

      Setiap badan seperti KWSP dan PERKESO memiliki definisi tersendiri untuk membuat potongan pada caruman gaji pekerja. Dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi KWSP atau PERKESO untuk lihat jenis caruman pekerja yang lebih lengkap.

  • hidayu says:

    saya ingin bertanya. vacation leave pay (VLP) daily rated pekerja selalu dibayar pd hujung tahun semula..sekiranya pekerja tersebut adalah pekerja kontrak..adakah pekerja kontrak itu layak untuk mendapat VLP tersebut?

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja tiada mengatakan dengan vacation leave pay jadi adalah dinasihatkan untuk rujuk semula kontrak dan polisi yang mengatakan layak serta kelayakan cuti tersebut.

Leave a Reply