Skip to main content

Antara perbincangan yang seing menjadi perdebatan adalah sama ada pekerja percubaan (probation) baru dibenarkan untuk menggunakan cuti tahunan serta-merta sebaik sertai syarikat atau hanya dibenarkan selepas setahun bekerja.

Perkara melibatkan cuti tahunan dan hak pekerja menggunakannya telah digariskan dalam Akta Kerja 1955 pada Seksyen 60E. Dan jika dirujuk sebenarnya pekerja yang baru bekerja dan tidak cukup bulan perkhidmatan masih belum layak menerima faedah cuti tahunan.

Hak-Hak Cuti Pekerja

Jika dirujuk pada Akta Kerja 1955, terdapat beberapa seksyen yang menggariskan faedah cuti kepada pekerja sebaik mereka memasuki kontrak perkhidmatan bersama majikan. Di sini faedah cuti pekerja tiada tolak gantinya, dan perlu dibayar kadar kerja lebih masa andai pekerja bekerja semasa hari cuti.

Mudah kata faedah cuti merupakan hak mutlak pekerja yang majikan perlu hormati selain daripada pembayaran gaji setiap bulan. Antara jenis cuti yang majikan tidak dibenarkan untuk mengganggu pekerja adalah,

  • Cuti Rehat Mingguan
    • Cuti sekurang-kurangnya 1 hari rehat dalam seminggu sama ada pada hari Sabtu atau Ahad atau kedua-duanya
  • Cuti Umum
    • Terdiri daripada 5 hari cuti wajib seperti
      • Hari Kemerdekaan
      • Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
      • Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri
      • Hari Buruh
      • Hari Malaysia
  • Cuti Tahunan
    • 8 hari cuti setahun untuk pekerja yang bekerja kurang 2 tahun tempoh perkhidmatan
    • 12 hari cuti setahun untuk pekerja yang bekerja genap 2 tahun tetapi kurang 5 tahun tempoh perkhidmatan
    • 16 hari cuti setahun untuk pekerja yang bekerja lebih 5 tahun tempoh perkhidmatan
  • Cuti Sakit
    • Sehingga 14 hari faedah cuti sakit bagi pekerja yang bekerja kurang 2 tahun tempoh perkhidmatan
    • Sehingga 18 hari faedah cuti sakit bagi pekerja yang bekerja genap 2 tahun tetapi kurang 5 tahun tempoh perkhidmatan
    • Sehingga 22 hari faedah cuti sakit bagi pekerja yang bekerja lebih 5 tahun tempoh perkhidmatan
  • Cuti Paterniti (Lelaki)
    • Jumlah cuti sebanyak 7 hari tetapi terhad kepada
      • 5 kelahiran
      • Sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 12 dengan majikan
      • Perlu maklumkan kehamilan 30 hari dari jangkaan berpantang atau seawal mungkin
  • Cuti Bersalin (Wanita)
    • Jumlah cuti sebanyak 98 hari dengan bersyarat
      • Terhad kepada 5 kelahiran
      • Sudah berkhidmat tidak kurang 90 hari dalam temoh 9 bulan mengandung
      • Diambil bekerja dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin
      • Perlu maklumkan tarikh jangkaan bersalin 60 hari sebelum
      • Usia kandungan tidak kurang 22 minggu

Selain daripada jenis cuti yang dinyatakan atas, terdapat juga beberapa lagi cuti lain seperti cuti tidak berekod, cuti tanpa bayaran, cuti peperiksaan serta cuti penggantian. Cuti-cuti tersebut walaupun tidak dinyatakan dalam Akta Kerja namun masih diguna pakai oleh kebanyakan syarikat di Malaysia.

Hak Pekerja Baru/ Percubaan Guna Cuti Tahunan

Bagi kes untuk pekerja baru atau masih dalam status percubaan sebenarnya mereka masih layak untuk menerima faedah cuti tahunan seperti yang digariskan dalam Akta Kerja 1955. Hal ini kerana pada Seksyen 60E (1) ada menyebut bahawa

Dan jika dia tidak cukup dua belas (12) bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama sepanjang tahun yang mana kontrak perkhidmatannya tamat, haknya untuk mendapatkan cuti tahunan berbayar hendaklah mengikut nisbah langsung dengan bilangan bulan perkhidmatan yang dicukupkan.

Jadi ini bermakna bahawa majikan tidak berhak untuk membekukan cuti atau menghalang pekerja daripada menggunakannya semasa mereka di dalam tempoh percubaan. Cuma bagi pekerja baru yang masih belum cukup tempoh perkhidmatan, mereka masih belum layak untuk menggunakan cuti tahunan.

Namun perlu difaham oleh majikan juga bahawa faedah cuti tahunan ini merupakan hak pekerja, jadi andai pekerja masih belum lengkap 12 bulan perkhidmatan tetapi berhenti separuh jalan maka cuti tersebut perlu dibayar.

Pembayaran untuk cuti tahunan tersebut akan dibuat mengikut cara pengiraan prorata, dan ini termasuk juga untuk kes pekerja percubaan yang tidak dapat menggunakan cuti mereka maka ia akan diproratakan.

Formula mudah untuk kira cuti tahunan prorata pekerja percubaan adalah seperti berikut:

Contoh Alif baru menyertai syarikat dan berada di bawah tempoh percubaan selama 3 bulan dan untuk setahun beliau layak dapat 8 hari cuti tahunan, maka pengiraan proratanya adalah,

3 (tempoh perkhidmatan) / 12 (bulan dalam setahun x 8 (jumlah cuti tahunan = 2 hari (cuti yang layak)

Secara kesimpulannya pekerja baru yang dalam tempoh percubaan sebenarnya masih belum layak menggunakan cuti tahunan berdasarkan keperluan bekerja selama 12 bulan yang ditetapkan oleh Akta Kerja 1955.

Akan tetapi standard di Malaysia kebanyakan syarikat akan membenarkan pekerja menggunakan cuti tahunan selepas pekerja tamat tempoh percubaan kelak. 

Automasikan Segala Pengiraan dan Pengurusan Cuti Dengan MySyarikat!

Adakah syarikat anda menghadapi masalah memproses cuti pekerja? Perlukan sistem pengurusan cuti yang efisien untuk selesaikan masalah permohonan cuti berperingkat-peringkat (multi-layer approval)? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! 

Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat!

Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply